CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Nofa Tetiba Menghilang, Ibu Susah Hati

25-4-2014 04:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12112| Komen: 41

Description: Seorang Ibu, Zarini Yanisar, 40, Kini Sering Termenung Sambil Menyebut Nama Anaknya, Nofa Henndini Emnasdi, 18, Yang Menghilangkan Diri Selepas ‘Membuang Air’ Di Tandas Awam Dataran Pulau, Mersing S ...





KOTA TINGGI 24 April - Seorang ibu, Zarini Yanisar, 40, kini sering termenung sambil menyebut nama anaknya, Nofa Henndini Emnasdi, 18, yang menghilangkan diri selepas ‘membuang air’ di tandas awam Dataran Pulau, Mersing sejak 14 Mac lalu. Abang sulung Nofa, Mohamad Hanafi, 28, berkata, sejak kehilangan adiknya itu, ibunya sering sakit kerana terlalu merindui Nofa.

Pulanglah adik, emak tak sihat rindukan adik," katanya yang meminta bantuan media untuk menyiarkan gambar adiknya yang hilang itu ketika ditemui di sini semalam.

Mohamad Hanafi memberitahu, ibunya yang berniaga pakaian pada Ekspo Kembara Usahawan Tenggara di Dataran Pulau bersama Nofa untuk ke tandas awam di situ kira-kira pukul 5 petang. 
“Sebaik sahaja kembali semula ke khemah perniagaan, ibu dapati Nofa tiada di situ dan dia kembali semula ke tandas awam namun Nofa tidak kelihatan.


“Ibu bertanya kepada seorang penjaga tandas awam di situ dan dia mendakwa ada terlihat Nofa mengikut seorang lelaki menaiki kereta Proton Wira berwarna hitam. Puas kami berusaha mencarinya di sekitar bandar Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru selain menghubungi kawan-kawannya, namun hingga kini masih gagal menemuinya," katanya yang telah membuat laporan di Balai Polis Mersing pada hari yang sama.

Mohamad Hanafi berkata, ibu-nya kini sering menangis kerana me-rindui Nofa yang merupakan anak keempat daripada lima beradik.

Menurutnya, Nofa baru sebulan berhenti daripada meneruskan pe-ngajiannya dalam bidang perundangan di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Bandar Penawar.

“Difahamkan dia ambil keputusan berhenti belajar kerana mahu membantu ibu berniaga. Kami tidak dapat menghubungi Nofa sebab semasa kejadian, dia tidak membawa bersama telefon bimbitnya kerana rosak," katanya.

Mohamad Hanafi turut meminta orang ramai yang pernah terserempak atau mengenali Nofa menghubunginya di talian 017-7305988 dan 017-7984487.


9

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
15

Sedih
9

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 25-4-2014 09:26 AM
esok dah susah tu, balik la dia
Quote ren0_0 25-4-2014 09:27 AM
Nofa Henndini Emnasdi.....mersing...johor.....

nama serupa nama indon jah
Quote Eliadaisy83 25-4-2014 09:29 AM
Tak logik ibunya umur 40, anak sulong umur 28..apa kah?
Quote genchi 25-4-2014 09:29 AM
pmpuan ke ni?? napa nama dia adoi...
Quote blackred99 25-4-2014 09:30 AM
indon ke ni?
Quote mamanurulhasbi 25-4-2014 09:30 AM
igtkan neelofa
Quote pinkypinkylady 25-4-2014 09:32 AM
lari ikut bf bkn hilang
Quote kikuri 25-4-2014 09:56 AM
nanti esok dah takde duit balik la dia
Quote amiraira 25-4-2014 09:57 AM
mcm pergi dgn rela je...
# terlihat Nofa mengikut seorang lelaki menaiki kereta Proton Wira berwarna hitam#
Quote iman_aly 25-4-2014 10:11 AM
Eliadaisy83 posted on 25-4-2014 09:29 AM
Tak logik ibunya umur 40, anak sulong umur 28..apa kah?

anak angkat kooooott...
Quote rospinki 25-4-2014 10:14 AM
Sabah aka indon
Quote lima_kupang 25-4-2014 10:26 AM
mcm bkn kes ikut orng ja... elok2 beniaga tetiba hilang...

takutnya dipukau suruh ikut orng...

kesian klu jd apa2 kat budak tu...

semoga allah melindungi dia dri segala kejahatan makhluk...
Quote yayah8989 25-4-2014 10:36 AM
Sian maknye
Quote pakweneelofa 25-4-2014 11:01 AM
uih lawa....mana la larinya
Quote -electrifying- 25-4-2014 11:07 AM
Darul Hilang
Quote crossfire 25-4-2014 11:23 AM
pakweneelofa posted on 25-4-2014 11:01 AM
uih lawa....mana la larinya

ada iras2 LOFA
Quote asyriqa 25-4-2014 11:28 AM
dah sampai ke lombok kot...tak pun dah sampai ke nepal nun...
Quote asermullen 25-4-2014 11:45 AM
diminta puan Zarini Yanisar, 40 sila ke tempat kejadian untuk tabur garam satu guni, atas kehilangan anak nya Nofa Henndini Emnasdi, 18...
Quote munchkin 25-4-2014 11:47 AM
nanti susah nofa akan balik.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.364290 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top