CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beg Angin Jadi Penyelamat

30-4-2014 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10796| Komen: 81

Description: "Akibat Rempuhan Kuat, Lori Terbabit Berpusing Beberapa Kali Dan Dalam Masa Sama, Sebuah Lori Tangki Yang Datang Dari Arah Kuantan Cuba Mengelak Lalu Terbabas Ke Tebing Kiri Jalan Sebelum Merempuh S ...
Beg angin jadi penyelamat

KUALA PILAH - Seorang pegawai tentera nyaris maut apabila kereta dipandu dirempuh sebuah lori tiga tan dalam nahas jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 6, Jalan Kuala Pilah-Bahau, di Kampung Pelangai, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Mejar Zulfazli Zamri, 36, yang memandu kereta jenis Proton Preve, dalam perjalanan ke tempat kerja di 1 Armor Kem Batu 10, Kuantan Pahang tergamam apabila sebuah lori datang dari arah bertentangan, dan menuju tepat ke arah keretanya.

"Ketika menghampiri satu selekoh tajam, tiba-tiba sebuah lori tiga tan dipandu Ameer Salleh, 31, datang dari arah Juasseh telah memasuki lorong bertentangan.

“Saya sedaya upaya cuba mengelak sambil menekan brek tetapi gagal kerana pada waktu kejadian hujan lebat dan jalan licin.

"Akibat rempuhan kuat, lori terbabit berpusing beberapa kali dan dalam masa sama, sebuah lori tangki yang datang dari arah Kuantan cuba mengelak lalu terbabas ke tebing kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok durian," katanya ketika ditemui.

Kata Zulfazli, dia bernasib baik berikutan beg angin keretanya berfungsi, sekali gus menjadi penyelamat daripada mengalami kecederaan parah.

Sementara itu, pemandu lori tangki, E. Rajah Guanaraj, 57, berkata, dia dalam perjalanan pulang ke Seremban setelah selesai menghantar minyak diesel di Kuantan, Pahang.

“Semasa tiba di selekoh tajam, saya ternampak satu kemalangan yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja, lalu saya segera memaut stereng lori ke arah kiri jalan bagi mengelakkan dari merempuh kereta dan lori terbabit.

“Bagaimanapun, saya merempuh pengadang jalan sebelum melanggar sebatang pokok durian berhampiran rumah orang,” katanya.

Dalam pada itu, saksi, Razali Wahid, 40, berkata, ketika kejadian, dia berada di anjung rumah sambil berbual dengan keluarga dan terdengar dentuman kuat sebelum ternampak sebuah lori berpusing beberapa kali.

“Beberapa saat kemudian, sebuah lori tangki terbabas dan menghala ke rumah saya, namun saya bersyukur kerana lori tangki itu tidak merempuh rumah ini ekoran terhalang oleh sebatang pokok durian. Jika tidak pasti sesuatu yang buruk akan berlaku,” katanya yang turut membantu jiran-jirannya mengeluarkan kesemua mangsa sebelum menghubungi ambulans dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sementara itu, ketiga-tiga pemandu tersebut yang mengalami cedera ringan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) bagi mendapatkan rawatan lanjut.


6

Bagus
9

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
11

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 29-4-2014 02:17 PM

cc: @peYno
Quote annehuda 29-4-2014 02:19 PM
fuh seb baik tak meletup
Quote peYno 29-4-2014 02:25 PM
nasib baik preve...

see rakyat moden pentingkan safety
Quote mrseller 29-4-2014 02:33 PM
Apo nak di kato
Quote lkick2113 29-4-2014 02:40 PM
rakyat sayang preve!!!!!!!!
Quote tebuanharimau 29-4-2014 02:44 PM
sib la preve bukan viva
Quote kecimpret 29-4-2014 02:47 PM
ni versi 6 airbags ka?
Quote lkick2113 29-4-2014 02:49 PM
kecimpret posted on 29-4-2014 02:47 PM
ni versi 6 airbags ka?

2 je rasanya...yg 6 tu preve LE kan.....???

Quote kecimpret 29-4-2014 02:50 PM
lkick2113 posted on 29-4-2014 02:49 PM
2 je rasanya...yg 6 tu preve LE kan.....???

skg sume preve ada 6 airbags..tak kira laa LE ka standard spec..dulu memula kuar ada 2 airbags ada 6 airbags
Quote TuntungReturn 29-4-2014 03:16 PM
nurul syg prevelol
Quote prettyuglybabe 29-4-2014 03:37 PM
kesian pokok durian.. takziah

Quote dasatgiler 29-4-2014 03:53 PM
TuntungReturn posted on 29-4-2014 03:16 PM
nurul syg prevelol

asalnya nurul sayang saga sv ja.. sbb pak dia mampoo belikan dia saga sv sbb dia dok mengaji lagi noh..

kalu dah grad pastu dpt ghesa gaji besaq mungkin itu jam baru dia mula nak menyayangi prevey


Quote peYno 29-4-2014 07:30 PM
lkick2113 posted on 29-4-2014 02:49 PM
2 je rasanya...yg 6 tu preve LE kan.....???

2???? standard preve 4 airbags
Quote peYno 29-4-2014 07:31 PM
kecimpret posted on 29-4-2014 02:50 PM
skg sume preve ada 6 airbags..tak kira laa LE ka standard spec..dulu memula kuar ada 2 airbags ada ...

ishhh dulu minimum 4 la.. ko ingat cam keta jepun celup ke?? 1 atau 2 je max
Quote peYno 29-4-2014 07:49 PM
TuntungReturn posted on 29-4-2014 03:16 PM
nurul syg prevelol

keta ada safety
Quote peYno 29-4-2014 07:54 PM
peYno posted on 29-4-2014 07:49 PM
keta ada safety

utk caprut yg tak pernah ada kereta berairbag atau hanya 2 airbgas

dlm gambar tu yg tepi tu la dipanggil side airbags.. pengguna perodua , jepun celup cam vios , almera mesti jakun kan
Quote wana89 29-4-2014 07:57 PM
@airfilterkotor
Quote peYno 29-4-2014 07:59 PM
dah la ada 4-6 airbags... terbukti berfungsi dan menyelamatkan nyawa... keta yg max hanya 2 airbags tu .. ntah function ke tak
prrfthhhh
Quote peYno 29-4-2014 08:02 PM
peYno posted on 29-4-2014 07:59 PM
dah la ada 4-6 airbags... terbukti berfungsi dan menyelamatkan nyawa... keta yg max hanya 2 airbags  ...

oooo camni ye rupa side airbags bila deployed

sutimah

myvi extreme 2 airbags

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.193810 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top