CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Cari Info Kiosk Lihat artikel

Astro Tawarkan Pilihan Bagi Menikmati Piala Dunia FIFA 2014

30-4-2014 04:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8789| Komen: 0

Description: Pemegang Pas Bola Sepak yang mempunyai kotak PVR dan akses Astro on the Go akan turut menerima siaran Piala Dunia FIFA On Demand dengan kandungan selama hampir 100 jam yang meliputi pelbagai perlawana ...



ASTRO TAWARKAN LEBIH BANYAK PILIHAN UNTUK PELANGGAN BAGI MENIKMATI PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL


Tonton kesemua perlawanan dengan pas bola sepak atau perlahwanan tertentu melalui pay per view,

KUALA LUMPUR 30 April 2014 - Astro selaku stesen penyiar rasmi PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL akan membawa liputan yang lengkap dan konprehensif untuk acara sukan terbesar di dunia ini kepada rakyat Malaysia melalui platform 'TONTON , MAIN , BACA dan DENGAR'

Platform TONTON akan memperlihathan para pelanggan Astro Superpack sehingga 31 Mei 2014 menerima 'Pas Bola Sepak untuk menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung melalui saluran-saluran khusus yang disediakan meliputi lima saluran berdifinisi tinggi (HD) dan lima saluran definisi standard (SD) di siaran televisyen Astro dan Astro On The Go.

Buat para pelanggan Astro yang lain dan pelanggan NJOI bolehe menyaksikan kesemua perlawanan tersebut melalui pembelian 'Pas Bola Sepak' yang bernilai RM 100 bermula dari 1 Mei 2014.

Emile Heskey (kiri) bersama Lee di pelancaran of Astro's FIFA World Cup 2014


Lee Choong Kay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata, "Astro terus komited dalam menyampaikan liputan menyeluruh Piala Dunia FIFA kepada rakyat Malaysia sejak siri Piala Dunia FIFA 1998 lagi.

Pasukan Astro kini gigih berusaha menyediakan pelbagai rancangan baru yang menyeronokkan meliputi rancangan temu bual, saluran berita dan variasi program melalui 10 saluran khusus yang boleh ditonton secara mudah dengan menekan butang merah interaktif pada alat kawalan jauh Astro serta dalam aplikasi inovatif pada telefon bimbit dan web untuk menonton perlawanan-perlawanan siaran langsung dari pelbagai sudut kamera, ulang tayang, sorotan perlawanan dan liputan berita terkini mengenai Piala Dunia FIFA'.


Turut diperkenalkan buat pertama kali untuk tahun ini ialah Aplikasi Astro Go FIFA World Cup di mana para pemegang Pas Bola Sepak boleh menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung melalui tablet, telefon pintar dan komputer.

Pengalaman platform TONTON akan diperhebatkan lagi di Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup dengan sorotan secara langsung dari enam buah kamera pelbagai yang pasti dapat merakam kesemua aksi menarik sepanjang perlawanan.

Tambah lagi, ciri unik penanda acara membolehkan detik-detik kegemaran diulang tayang semasa perlawanan secara langsung hanya dengan menggunakan jari. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan detik-detik penting setiap perlawanan dalam sudut yang pelbagai.

Lee dan Emile Heskey menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah


Pemegang Pas Bola Sepak yang mempunyai kotak PVR dan akses Astro on the Go akan turut menerima siaran Piala Dunia FIFA On Demand dengan kandungan selama hampir 100 jam yang meliputi pelbagai perlawanan klasik siri Piala FIFA dari tahun 1966, 10 perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 yang disiarkan secara 3D dan program-program rasmi Piala Dunia dari FIFA.


Selain itu, terdapat beberapa pilihan yang disediakan buat mereka yang bukan pelanggan Astro untuk turut sama merasai kemeriahan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil melalui perkhidmatan Astro on the Go dengan cara berikut :-

  • Pembelian Pas Bola Sepak bernilai RM100 untuk menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung di peranti pilihan mereka.
  • Buat pertama kalinya mereka boleh menonton perlawanan-perlawanan tertentu dengan sistem bayaran untuk setiap tontonan (pay per view) pada RM6 untuk setiap perlawanan.
  • Tonton 30 perlawanan siaran langsung secara percuma.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.040134 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top