CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Jac Kahwin Atau Tidak Bakal Terjawab 12 Ogos Ini

9-5-2014 04:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5028| Komen: 10

Description: Meskipun Sebelum Ini Pihak Media Cuba 'Memujuk Pelantun 'Jagalah Diri' Ini Untuk Berkongsikan Mengenai Hal Tersebut, Namun Jac Tetap Mengunci Mulut. Reaksi Yang Sama Diberikan Tatkala Bertemu Beliau, ...


Selama ini dia memang tidak mudah berkongsi mengenai kisah peribadinya pada umum. Namun sekitar April lalu, penyanyi Jaclyn Victor mengkhabarkan satu berita gembira menerusi laman sosial Instagramnya. Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik, seperti memberitahu yang dia akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Namun cukup sekadar 'memberitahu' yang dia hendak berkawin. Bila? Dengan siapa? Sehingga kini penyanyi bersuara lantang ini masih merahsiakan tentang semua itu.

Meskipun sebelum ini pihak media cuba 'memujuk pelantun 'Jagalah Diri' ini untuk berkongsikan mengenai hal tersebut, namun Jac tetap mengunci mulut. Reaksi yang sama diberikan tatkala bertemu beliau, semalam.


"(Gelak) Semuanya akan saya beritahu pada 12 Ogos nanti. Selama ni saya tak cakap pun pada media yang saya akan umumkan tarikh kahwin ker atau apa. Tapi apa-apa pun, saya dah bersedia mendedahkan segala-galanya pada hari tersebut", kata Jac secara ringkas.

Pemilik nama sebenar, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, ini ditemui pada pada sidang media sitkom popular yang berkonsepkan pendidikan, 'Oh My English' musim ketiga di S.M.K Sri Serdang, semalam.

Dalam sitkom tersebut, Jac muncul sebagai cameo di episod ke-18. Menariknya dalam episod berkenaan berkonsepkan muzikal.

Musim baru 'Oh My English!' yang akan bermula pada 18 Mei ini menampilkan gabungan mantap barisan pelakon seperti Nadiya Nisaa, Ogy, Carmen Soo dan Amira Rosly. Selain mengekalkan watak-watak terdahulu seperti Jibam (Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa a/p Ravindran) serta guru-guru kesayangan mereka Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) dan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah).


http://www.malaysiandigest.com/h ... ab-12-ogos-ini.html


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biskut_milo 8-5-2014 08:56 AM
Album baru le tu...
Quote tomet05 8-5-2014 09:28 AM
kahwin dengan album sendiri perhaps ?
Quote kakikuDibibirmu 8-5-2014 09:51 AM
jika mahu menjadi pacarku haruslah ikut rentak ku dulu

[youtube]emRiqsGDeEc[/youtube]

http://youtu.be/emRiqsGDeEc
Quote ex-bantal.B 9-5-2014 10:44 PM
sian nya. sendu habis benang ni
Quote putehkundor 9-5-2014 10:46 PM
Bf dia mat salleh kan?
Quote munchkin 9-5-2014 11:21 PM
Takde ngar gosip pasal dia
Quote enchikfitz 9-5-2014 11:24 PM
dah tiba masanya Jac kawen. Umur pun dah lanjut. Takkan x de yang berkena di hati kot?

luv u Jac
Quote devilito2 12-5-2014 01:06 PM
kawen jer la
Quote sokmogitu 12-5-2014 03:00 PM
param x nak pinang dia ke?
Quote user2012 12-5-2014 03:29 PM
tomet05 posted on 8-5-2014 09:28 AM
kahwin dengan album sendiri perhaps ?

Iolls pun rasa camtu jgk. Sendukah sheolls?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.045321 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top