CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Zizan Razak Jadi Artis Astro..Dibayar 2 Juta?

16-5-2014 05:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14926| Komen: 64

Description: "Saya Juga Terkejut Pihak Astro Mengumumkan Saya Sebagai Artis Di Bawah Pengurusan Mereka Pada Malam Itu (Isnin Lalu) Kerana Malam Itu Juga Kami Berbincang Dan Mereka Tawarkan Untuk Menguruskan Kerj ...
Bayaran Lumayan Punca Zizan Razak Jadi Artis Astro

Zizan menyokong keputusan Emma Maembong jika memilih urus kerjaya sendiri.


PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak memberitahu tawaran dengan bayaran yang agak tinggi antara punca dia bersetuju untuk berada di bawah pengurusan pihak Astro.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak berkata, dia juga yakin pengurusan syarikat itu mampu merancang kerjayanya dengan lebih baik dan tersusun.

"Saya juga terkejut pihak Astro mengumumkan saya sebagai artis di bawah pengurusan mereka pada malam itu (Isnin lalu) kerana malam itu juga kami berbincang dan mereka tawarkan untuk menguruskan kerjaya saya.

"Insya-Allah akan ada satu sidang media yang akan menjelaskan perkara ini. Saya tidak boleh beritahu berapa mereka tawarkan tetapi tidak dinafikan tawaran mereka agak tinggi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Pada malam pelancaran program baharu hlife! yang diadakan di Stadium Chin Woon pada malam Isnin lalu, Zizan disebut sebagai artis baharu di bawah pengurusan stesen televisyen berbayar itu.

Pada majlis berkenaan Nabil Ahmad yang bertindak sebagai pengacara turut mengusik Zizan telah menerima kontrak bernilai RM2 juta.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia masih lagi bersama dengan syarikat pengurusannya Wirefame Entertaiment sebagai rakan kongsi dan akan terus memantau aktiviti syarikat tersebut.

"Saya masih pemegang saham 70 peratus dengan Wirefame dan saya akan terus memantau perkembangan syarikat tersebut. Cuma mereka tidak uruskan kerjaya saya lagi," katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada kekasihnya Emma Maembong akan mengikut jejak langkahnya bersama stesen televisyen tersebut, Zizan berkata, buat masa ini dia sahaja yang menerima tawaran berkenaan.

"Emma masih lagi di bawah pengurusan Wirefame sehingga dia tamat kontrak pada Jun depan. Selepas itu terpulang kepada dia jika ingin menguruskan kerjayanya sendiri.

"Jika dia ingin uruskan kerjaya sendiri bagus juga, saya hanya menyokong apa juga keputusan dia," katanya.

Sementara itu, Zizan berkata, dia masih lagi memikul tanggungjawab sebagai pengacara rancangan Melodi di TV3, biarpun berada di bawah pengurusan stesen televisyen lain.

Tambahnya, perkara tersebut sudah dibincangkan dan pihak Astro memberi kelonggaran untuk dia menerima tawaran daripada syarikat televisyen lain.

"Kami sudah berbincang tentang itu dan tidak ada masalah dan saya akan terus menjadi pengacara Melodi," katanya.


5

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amiraira 15-5-2014 06:30 AM
Tahniah, semuga terus berjaya
Quote achik2009 15-5-2014 06:37 AM
untung Emma Maembong dapat boifren jutawan...
Quote espri6006 15-5-2014 06:42 AM
Semuga murah rezeki mu Zizan dan muga2 rezekiku juga sepertimu.
Quote hanakikan 15-5-2014 06:43 AM
Jgn boros2. Nanti sampai satu tahap ko x akan laku dan akan dilupakan. Time tu job makin kurang. Invest buat bisnes ke masyuk. Bulan2 bole dpt rm20k
Quote rosasa 15-5-2014 06:46 AM
ni contoh muka so so poket tebal
Quote fifie_olin 15-5-2014 07:17 AM
dh bole la masuk minang ema membong
Quote naina 15-5-2014 07:34 AM
Besnye emma
hope pndila manage duit2 tu..
jgn boros sgt..
Quote zaidi_jb 15-5-2014 07:40 AM
wah...tahniah Zizan...kaye dier....
Quote ahmad_dhani91 15-5-2014 07:51 AM
euwwwwwwwww..... ade lagi ke yang tengok zizan?
Quote miss_rose 15-5-2014 08:02 AM
Untung emma dpt zizan ..
Berkepok2..
Quote makton 15-5-2014 08:03 AM
pandai2 la manage duit. jgn makin over sudah.
Quote taji2906 15-5-2014 08:19 AM
hope dia bersyukur dengan rezki dia...
Quote Dahsyat!! 15-5-2014 08:20 AM
untungnya dapat hidung special macam zizan. murah rezeki
Quote mangkok 15-5-2014 08:33 AM
rosasa posted on 15-5-2014 06:46 AM
ni contoh muka so so poket tebal

Bukan kah lebih baik rezeki tidak hanya berdasarkan paras rupa aje?
Anyways, congratulations Zizan.
Semoga ini mendatangkan kebaikan.
Quote miniminimor 15-5-2014 08:35 AM
tahniah zizanggg
makin murah rezeki
Quote chenoni 15-5-2014 08:35 AM
apa yg best zizan ni..selain idung gan kaki terhenjut2...dengar lagu dia mcm bercakap je ..tk dak beza pn
Quote xtahumenahu 15-5-2014 08:37 AM
kontrak program apa agaknye yerr?program mancing tu ke?
Quote nurwa 15-5-2014 08:40 AM
baik jugak astro ni, mau lepaskan zizan utk melodi...

2 juta tu bukan one off kan? monthly ada bayo jugak ek?
Quote pasuoren 15-5-2014 08:57 AM
zizan ni, kalau duo ok laaa..
ada orang leh bekap dia..

macam jozan..ngan johan..
macam melodi dengan awal..

kalau sensorang..?
emmmmm....

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.182025 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top