CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Tegar Dipaksa Makan Tauhu Dan Tempe

26-5-2014 11:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15127| Komen: 12

Description: “Bukan Sahaja Perbelanjaan Dan Sumber Kewangan Saya Disekat, Malah Saya Hanya Diberi Makan Tauhu Dan Tempe,” Ujar Penyanyi Cilik, Tegar Mengenai Penipuan Oleh Pengurus Peribadinya Sebelum Ini.


Tegar ditipu pengurus

“BUKAN sahaja perbelanjaan dan sumber kewangan saya disekat, malah saya hanya diberi makan tauhu dan tempe,” ujar penyanyi cilik, Tegar mengenai penipuan oleh pengurus peribadinya sebelum ini.

Tegar akui, perjalanannya menjadi seorang penyanyi tidak semudah yang dibayangkan apabila perkara seperti itu berlaku kepadanya.

“Walaupun saya bekerja keras mendapatkan kewangan, tapi saya tidak mampu untuk membeli apa-apa kerana bekas pengurus saya tidak berikan wang kepada saya.

“Nasib saya baik kerana ditemukan dengan seseorang yang boleh dipercayai dan sanggup membantu saya untuk selesaikan masalah ini,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya, di Seri Pasific, kelmarin.

Pada masa yang sama, pengurus peribadi barunya, Arif Dollah berkata buat masa ini, pihak Tegar tidak akan mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Setakat ini, kami bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara baik dan bekas pembantu peribadinya itu juga beri kerjasama.

“Sekarang Tegar gembira kerana dapat merasai wang hasil titik peluhnya sendiri.

“Memandangkan Tegar masih muda, atas persetujuan ibu bapanya dan juga Tegar sendiri, beberapa perancangan telah disusun rapi supaya dapat menjamin masa depan dan juga keluarganya,” katanya.


Bertemu peminat Malaysia

Mengulas lanjut mengenai album terbarunya yang mengandungi tujuh buah lagu, Tegar memberitahu dia masih selesa membawa konsep yang sama seperti album pertamanya.

“Menerusi album ini, saya masih membawakan lagu yang menceritakan  mengenai diri saya yang masih sama seperti sebelum ini.

“Untuk muzik video pula, walaupun konsep anak jalanan masih dikekalkan, namun ia memiliki jalan cerita yang tersendiri,” katanya.

Antara tujuh buah lagu yang diselitkan dalam album terbarunya adalah Indah Pada Waktunya, Gitar Kecil, Sekeping Recehan, Aku Masih Tegar, Tak Boleh Sombong, Lihat,

Dengar Dan Rasa serta Ke Mana Kasih Sayang.

Bagi aktiviti mempromosikan album terbaru itu, Tegar akan berada di empat lokasi terpilih iaitu Johor Baru, Kuala Lipis, Alor Setar dan Pulau Pinang untuk bertemu dengan peminat-peminatnya di sini.

Dalam perkembangan lain, Tegar bakal membuat persembahan di Taiwan dan Hong Kong.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote donut_1752 26-5-2014 03:42 PM
baru je smlm tgk tegar kt meletop
Quote ninjago 27-5-2014 11:30 AM
tp dia nie pun ntah boleh caye ke tidak apa dia cakap. Husband member aku pnah uruskan event yg melibatkan Tegar, dia cakap budak nie degil ya hamat 1, nakal, pastu kuat mencuri! Cam jadik habit dia tau seluk2 poket/handbag org.. pengurus dia yg lama tu dulu siap sound sume org kat set hati2 ngan barang msg2 especially wallet & handphone. Masa tu, mmg ada org hilang cap. Cap mahal la kot kalau tak takkan nak kecoh. Then pengurus dia jumpa dalam bag Tegar rupanya cap tu.. kalau tak awatnye dorg xnak saman je pengurus lama dia tu! Wallahua'lam la kalau pengurus dia pun sama amik kesempatan kt Tegar yg xbrapa nak pandai urus duit nie..
Quote wanzulina 27-5-2014 11:50 AM
dah blh agak Tegar ni degil dan nakal budaknya. Masa tgk dlm MELETOP hari tu pun nmpak dia x duk diam.  lagi satu dia dah dr kecik mcm tu. Hidup dia kan susah mestilah mencuri tu dah sebati, Lagi pun budak ni mcm kena kejutan budaya jer. So harap2 pengurus boleh bi,bing dia jadi lebih baik. Rugi kalau bakat yg ada x seiring dgn kelakuan.
Quote salimrock 27-5-2014 04:06 PM
Indon..... mcm ni lah....
Quote cikatilia 27-5-2014 05:48 PM
ninjago posted on 27-5-2014 11:30 AM
tp dia nie pun ntah boleh caye ke tidak apa dia cakap. Husband member aku pnah uruskan event yg meli ...

eee nakal nya
dah kaya pon masih nak mencuri gak
Quote sapeka 28-5-2014 08:23 AM
tak minat tegar nih..
Quote miminn 28-5-2014 09:44 AM
tula. tak boleh caya cerita side tegar je kan. hmm. susah bila dah biasa buat benda tak baik. lama2 jadi habit.
Quote cputeri 28-5-2014 09:50 AM
tak baik menuduh..diam2 je sudah hehe
Quote berrygurl 28-5-2014 07:57 PM
Based kalu dgr kat radio..sker menyampuk sebelum org nak interview..ada je nak interframe..
Quote arira_arora 9-6-2014 05:56 PM
cikatilia posted on 27-5-2014 05:48 PM
eee nakal nya
dah kaya pon masih nak mencuri gak

jadi habit dah la tu...
Quote valetta1811 10-6-2014 03:39 PM
kalau dari indon memang susah aku nak support. tak boleh pakai orang indon nih
Quote khaira01 12-6-2014 09:26 AM
harap ada org bimbing dia jd baik.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.069283 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top