CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Nurul Izzah Tuntut Hak Penjagaan Anak

3-6-2014 10:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16924| Komen: 117

Description: Kes Perceraian Di Antara Nurul Izzah Anwar Dan Suami, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim Dilihat Semakin Sampai Ke Penghujungnya Terutamanya Selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai Itu Memfailkan Permohonan Ha ...
Nurul Izzah tuntut hak penjagaan anak

Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR 29 Mei - Kes perceraian di antara Nurul Izzah Anwar dan suami, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dilihat semakin sampai ke penghujungnya terutamanya selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memfailkan permohonan hak penjagaan anak (hadanah) ke atas dua cahaya mata mereka.


Permohonan tersebut difailkan Nurul Izzah pada 30 April lalu dan hari ini tuntutan itu disebut buat pertama kali di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Amran Mat Zain.

Bagaimanapun, terma permohonan yang dibuat mengikut Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 itu tidak didedahkan kepada pihak media.


Nurul Izzah, 34, selaku plaintif hadir pada prosiding yang dijalankan di kamar hakim tanpa ditemani oleh mana-mana ahli keluarga atau sahabat manakala Raja Ahmad Shahrir, 35, yang dinamakan sebagai defendan tidak hadir kerana berada di London.

Anak perempuan sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diwakili peguam syarie, Normawaddah Ramli manakala suaminya diwakili peguam-peguam syarie, Zulkifli Che Yong dan Azmi Mohd. Rais.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 di kediaman Anwar di Damansara dan dikurniakan dua anak, Raja Nur Safiyah, 7, dan Raja Ahmad Harith, 5.

Sementara itu, Azmi ketika ditemui selepas tamat prosiding memberitahu, mahkamah menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

"Pada tarikh tersebut, defendan perlu memasukkan wakalah pelantikan peguam secara rasmi. Mahkamah juga dijangka bertanya kepada defendan mengenai permohonan plaintif dan berkemungkinan diarahkan untuk memfailkan pembelaan," katanya.

Peguam terbabit turut memberitahu, anak guamnya dan pihak peguam menerima salinan permohonan terbabit pada 24 Mei lalu.

Nurul Izzah memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahrir pada 8 Januari lalu dengan alasan, tiada lagi persefahaman dan rasa kasih sayang (tiada mawaddah dan rahmah).

Pasangan itu sekarang dalam proses perbincangan melalui wakil-wakil yang dilantik dalam Jawatankuasa Pendamai yang diketuai oleh seorang pegawai agama bagi membantu pasangan itu mencapai sebarang penyelesaian.

Penubuhan Jawatankuasa Pendamai tersebut dibuat mengikut Seksyen 47(5) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Menurut akta tersebut, jawatankuasa berkenaan diberi masa sehingga enam bulan bagi membantu pasangan untuk mencapai sebarang penyelesaian.

Sekiranya jawatankuasa tersebut gagal mencapai sebarang persetujuan atau pasangan terbabit enggan meneruskan perkahwinan mereka, mahkamah perlu menasihati si suami untuk melafazkan talak.

Hasil perbincangan dalam jawatankuasa tersebut akan dibentangkan di Mahkamah Rendah Syariah pada 12 Jun ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 2-6-2014 05:21 PM
baru nak ingat anak?
Quote mak_wa95 2-6-2014 05:26 PM
apa2 pun selesai cepat2..
Quote lurve82 2-6-2014 05:30 PM
Dorg ni dh bercerai la eh...so skrg berebut anak? Gitu? Bru aku tahu klu dh xde kasih sayg pun blh failkan cerai...
Quote annehuda 2-6-2014 05:32 PM
benda ni prosedur je kot. at least ade hitam putih psl hak penjagaan anak. takdela nnt timbul kes bapak bawak lari anak ke ape ke
Quote kukulangau 2-6-2014 05:34 PM
all this while anak2 sapa jaga?
Quote dino 2-6-2014 05:40 PM
tumpang simpati....mujur la nurul izzah ni dr parti pkr... org tak kutuk sgt....
Quote Anak_Nogori 2-6-2014 05:42 PM
dino posted on 2-6-2014 05:40 PM
tumpang simpati....mujur la nurul izzah ni dr parti pkr... org tak kutuk sgt....

tulah pasai...habis2 pun...cepat2 lah selesaikan.

ce kalau puteri umno?..berbakui2 dah..
Quote bidacool 2-6-2014 05:43 PM
belum cerai tp ni prosedur biasa tentukan hak jagaan anak 'sementara'.... itu je......

nnt dh confirm cerai, baru file hadanah yg betul2........
Quote tobby 2-6-2014 05:47 PM
lurve82 posted on 2-6-2014 05:30 PM
Dorg ni dh bercerai la eh...so skrg berebut anak? Gitu? Bru aku tahu klu dh xde kasih sayg pun blh f ...

berebut anak pulak dah ... mcmn nak jaga negara ni?
Quote pakwetizzaqyah 2-6-2014 05:47 PM
hahahaha...nampak sangat masing2 tk tahu undang2...main serbu je komen...ini yg nk gelak ni...paling best sebut prosedur....kihkihkih
Quote Anak_Nogori 2-6-2014 05:50 PM
kucen_miang posted on 2-6-2014 05:21 PM
baru nak ingat anak?

selama ni nurul buat apa?..
Quote lurve82 2-6-2014 05:50 PM
bidacool posted on 2-6-2014 05:43 PM
belum cerai tp ni prosedur biasa tentukan hak jagaan anak 'sementara'.... itu je......

nnt dh con ...

Ooo...ingt dh bercerai..bru nak suh @dino atau @ifanonline msuk jarum...
Quote lurve82 2-6-2014 05:51 PM
dino posted on 2-6-2014 05:40 PM
tumpang simpati....mujur la nurul izzah ni dr parti pkr... org tak kutuk sgt....

Eleh sbb dia cun la ko xkutuk sgt kan...cuba bakyah..
Quote kucen_miang 2-6-2014 05:52 PM
lurve82 posted on 2-6-2014 05:51 PM
Eleh sbb dia cun la ko xkutuk sgt kan...cuba bakyah..

tang mana cunnya?
Quote Anak_Nogori 2-6-2014 05:54 PM
lurve82 posted on 2-6-2014 05:30 PM
Dorg ni dh bercerai la eh...so skrg berebut anak? Gitu? Bru aku tahu klu dh xde kasih sayg pun blh f ...

belum bercerai lagi...

isteri nak minta cerai tak ada sefahaman tu boleh je...tapi lama lah kes tu..nak cepat...isteri buat suami marah...debuknya muka isteri sampai patah batang hidung...pi hospital mintak laporan perubatan...buat repot polis...pi mahkahmah syariah tuntut cerai..lagi cepat cerainya..
Quote lurve82 2-6-2014 05:54 PM
kucen_miang posted on 2-6-2014 05:52 PM
tang mana cunnya?

Blh la kategori cun...sbb ada lelaki yg ckp kat aku dia cun...klu ahkak pink xde plak yg ckp...
Quote Anak_Nogori 2-6-2014 05:55 PM
pakwetizzaqyah posted on 2-6-2014 05:47 PM
hahahaha...nampak sangat masing2 tk tahu undang2...main serbu je komen...ini yg nk gelak ni...paling ...

so..ikut undang2nya macam mana?.
Quote Babai 2-6-2014 05:55 PM
Ada kaitan ngan bidiyo yang kuar sebelum pru tahun lepas ke ni?
Quote lurve82 2-6-2014 05:56 PM
Anak_Nogori posted on 2-6-2014 05:54 PM
belum bercerai lagi...

isteri nak minta cerai tak ada sefahaman tu boleh je...tapi lama lah kes ...

Susahnye nk bercerai pun smpi mcm tu...lelaki ni ceraikan ajelah klu dh isteri smpi bwk ke court...dh xfhm2 lg?

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.061859 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top