CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Scarlett Megan Juara Unduk Ngadau Kaamatan Kota Marudu 2014

3-6-2014 04:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 49361| Komen: 154

Description: Bulan Mei Merupakan Bulan Yang Ditunggu-Tungu Oleh Ramai Orang Kerana Ia Adalah Bulan Kaamatan Di Negeri Sabah. Secara Rasminya 1 Mei Membuka Tirai Pesta Dan Kota Marudu Telah Dipilih Untuk Menjadi Da ...
Scarlett Megan Juara Unduk Ngadau Kaamatan Kota Marudu 2014

Bulan Mei bulan Kaamatan

Bulan Mei merupakan bulan yang ditunggu-tungu oleh ramai orang kerana ia adalah bulan Kaamatan di negeri Sabah. Secara rasminya 1 Mei membuka tirai pesta dan Kota Marudu telah dipilih untuk menjadi daerah perasmi bagi Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2014. Kami sebagai warga Kota Marudu amat berbangga kerana telah dipilih sebagai perasmi untuk pelancaran ini.

Pelbagai acara telah diadakan. Namun paling mencuri perhatian setiap tahun adalah Pertandingan Unduk Ngadau. Persaingan hebat dari peserta yang cantik cantik begitu memukau namun keputusan juri telah memilih Scarlett Megan sebagai Juara bagi 2014.



Juara Unduk Ngadau Kaamatan Kota Marudu 2014 jatuh kepada 
Scarlett Megan!

(Gambar dari Nelson Michael Photography)



Pemenang:

Juara (tengah) : Scarlett Megan

Naib Juara (kiri) : Melissa Loley

Ketiga (kanan) : Miesha

  (Gambar dari Nelson Michael Photography)





Senyuman dari pemenang

( Gambar dari Nelson Michael Photography)





Rumah tradisi yang dibina di padang Kota Marudu.

( Gambar dari Nelson Michael Photography)






Pentas dalam Dewan Komuniti Kota Marudu dihias cantik dengan lampu yang gemerlapan.

(Gambar dari Nelson Michael Photography)




Barisan pemenang Top 7 Unduk Ngadau Kota Marudu 2014





Bekas Juara Unduk Ngadau Kota Marudu 2013 turut hadir iaitu Daphne Fay William Santor.

(Gambar dari Nelson Michael Photography)



Juara Sugandoi Kaamatan Kota Marudu 2014: Sheryll Josh
Juara Tug of War Kaamatan Kota Marudu 2014: 4WD

Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2014 di Kota Marudu ini dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Hadir sama, Huguan Siou yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. Kira-kira separuh anggota Kabinet Negeri yang terdiri daripada Menteri dan Pembantu Menteri negeri hadir dalam majlis pelancaran ini.

Terima Kasih Kepada Semua yang terlibat di dalam menjayakan Pesta Kaamtan Kota Marudu 2014!!




























Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 28-5-2014 11:27 AM
cantik la..

ada potensi join Miss Universe Malaysia! mekap dia mcm mekap miss2 pinoy..
peserta2 nye pun ada 2-3 org yg lawo..
Quote Cik_Andak 28-5-2014 11:51 AM
Santik bah tu sumandak semua....
Quote boyagombak 28-5-2014 11:58 AM
ekeke, Aikk, mana punya Jawa caprut tersesat ni
Ini Jawa Johor manyiak cun punya sumandak
tarak berkerak bak kata penyo
calling2 @ penyo


Last edited by boyagombak on 28-5-2014 12:00 PM

Quote amyainsamad 28-5-2014 12:00 PM
cantik...mekap pn mampan kalah artis
Quote shuk_one 28-5-2014 01:05 PM
ada yang cantik, ada yg biasa je...
Quote ratna 28-5-2014 02:14 PM
ada gak nama 'johor' ek..
Quote lkick2113 28-5-2014 02:15 PM
ni, gadis dusun/murut/kadazan islam ada masuk ke?????

bukan apa nanti jabatan agama bukak kertas siasatan
Quote alphawolf 28-5-2014 02:19 PM
Wow..Ratu Cantik Pesta Kaamatan pun world event....
Quote dauswq 28-5-2014 05:16 PM
mohon org sabah cerita sket susur galur pesta keamatan ni

@Peterpan17 @chazey  
Quote chazey 28-5-2014 05:35 PM
Semoga daerah lain yang tidak femes menang ini kali.

Bosan hampir tiap tahun Penampang saja monopoli (sebab politik penganjur).
Quote chazey 28-5-2014 05:36 PM
dauswq posted on 28-5-2014 05:16 PM
mohon org sabah cerita sket susur galur pesta keamatan ni

@Peterpan17 @chazey

Google jah nok.



Quote dauswq 28-5-2014 05:40 PM
chazey posted on 28-5-2014 05:36 PM
Google jah nok.

sedih
iols tak tahu apa2 pun psl pesta keamatan ni sblm ni
Quote chazey 28-5-2014 05:41 PM
ratna posted on 28-5-2014 02:14 PM
ada gak nama 'johor' ek..

Aku pun takajut tiba2 tahun ni ada wakil kawasan Johor. Sebelum ini Klang Valley saja.

Ini kompem student ini. Atau Sabahan yang kerja sana.

Macam Daphne Iking penah menang pertandingan ini wakil Klang Valley tahun bila entah. Masa tu dia stoden kat USM.
Quote chazey 28-5-2014 05:43 PM
dauswq posted on 28-5-2014 05:40 PM
sedih
iols tak tahu apa2 pun psl pesta keamatan ni sblm ni

Ni macam Gawai la nok.

Kaamatan untuk meraikan itew semangat padi.

Unduk Ngadau ini pula demi memperingati dewi Huminodun katanya.

Btw,

Bidaah suma nih.



Quote Peterpan17 28-5-2014 06:17 PM
dauswq posted on 28-5-2014 05:16 PM
mohon org sabah cerita sket susur galur pesta keamatan ni

@Peterpan17 @chazey

Bak kata si Chazey, gugel saja.

Pjg story mory nya. Jenuh aku nak taip.

Quote Peterpan17 28-5-2014 06:18 PM
chazey posted on 28-5-2014 05:35 PM
Semoga daerah lain yang tidak femes menang ini kali.

Bosan hampir tiap tahun Penampang saja monop ...

Kan. Balik balik Penampang mcmlah sumandak tampat lain ndak cantik. Ko punya wakil daerah tu boleh tahan juga lawa
Quote chazey 28-5-2014 06:24 PM
Peterpan17 posted on 28-5-2014 06:18 PM
Kan. Balik balik Penampang mcmlah sumandak tampat lain ndak cantik. Ko punya wakil daerah tu boleh ...

Tiada harapan itu. Biasa saja. Budak lagi. Mana boleh lawan undergrads wakil daerah lain.

Sudah sampai masa ini sebelah Papar, Sandakan, Pedalaman segala kana tingu.

Tapi mungkin juga IQ diurang rendah sebab itu susa mau manang lawan yang sebelah bandar ni.
Quote Peterpan17 28-5-2014 06:42 PM
chazey posted on 28-5-2014 06:24 PM
Tiada harapan itu. Biasa saja. Budak lagi. Mana boleh lawan undergrads wakil daerah lain.

Suda ...

hahahaha!! IQ rendah kah. Jgnlah begitu. Byk juga tu yg sd pigi sikul. Pandai2 juga. Talampau muda mengkali bah. Jd mana bulih lawan yg tua sikit dr durang yg sd kena expose dgn dunia luar.
Quote farhana008 28-5-2014 08:39 PM
ini kali ada calon Johor.

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.080234 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top