CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Hans Isaac Wakili Malaysia Ke Kejohanan Golf Amatur Dunia

12-6-2014 12:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11498| Komen: 53

Description: Menurut Hans, Dia Tekad Mahu Meraih Kejayaan Sebagai Juara Di Kejohanan Itu Nanti Kerana Sekiranya Dia Berjaya Bergelar Juara, Dia Punya Peluang Untuk Bermain Dengan Pemain Golf Profesional Terkenal D ...


Walaupun ketika ini beliau sibuk dengan persiapan projek terbaru terbitan produksinya (Tall Order Productions) iaitu 'Supermokh Sebuah Musical Re-staging', dalam diam-diam rupanya pelakon dan penerbit kacak, Hans Isaac juga sedang giat membuat persiapan dan berlatih untuk bertanding di Kejohanan Golf Amatur Dunia (Turkish Airlines World Amatur Open).

Difahamkan, kejohanan tersebut akan berlangsung pada November depan dan Hans adalah satu-satu wakil tunggal yang akan mewakili negara pada kejohanan yang akan diserta sebanyak 72 buah negara seluruh dunia itu.

Tidak hairanlah jejaka berusia 43 tahun ini kelihatan sedikit gelap ketika ditemui pada sidang media 'Supermokh Sebuah Musical Re-staging', bertempat di Menara CIMB, KL Sentral, semalam.


"A'ah, kulit saya gelap sikit. Sebenarnya saya sekarang tengah berlatih untuk kejohanan dunia pada 9 hingga 16 November ini.

"Masa saya banyak dihabiskan di KLGCC dan di Mines. Saya ada lebih kurang 5 bulan lagi untuk berlatih", katanya yang mempunyai 4 handicap.

Mengidolakan pemain golf seperti Gary Player dan Adam Scott, kata Hans, dia sudah berjinak-jinak dengan sukan golf ini sejak lama dahulu.

Menurut Hans, dia tekad mahu meraih kejayaan sebagai juara di kejohanan itu nanti kerana sekiranya dia berjaya bergelar juara, dia punya peluang untuk bermain dengan pemain golf profesional terkenal dunia iaitu Tiger Woods.

"Peringkat yang saya bertanding ini adalah peringkat amatur. Tapi kali ini saya memang betul-betul target nak menang. Kalau saya menang sebagai juara, saya ada peluang main dengan pemain profesional, Tiger Woods. Memang dah lama saya impikan nak berain golf dengan beliau", ujarnya dengan nada teruja.

Penuhi Hasrat Sultan Selangor

Sementara itu bercerita tentang 'Supermokh Sebuah Musical Re-staging', Hans berkata, beliau sama sekali tidak menyangka yang teater Supermokh yang dipentaskan pada tahun lalu bakal dipentaskan semula.

Ekoran sambutan yang cukup mengalakkan daripada penonton dan juga permintaan rasmi daripada Sultan Selangor sendiri yang mahu kisah lagenda bola sepak terkenal tanah air ini, lantas telah memberi keyakinan pada dirinya juga para pelakon untuk mempersembahkan semula teater ini.

"Pihak kami sangat berbesar hati apabila Sultan Selangor sendiri mahukan teater ini dipentaskan semula. Pada pementasan lalu pun kita mendapat respon yang baik daripada para penonton dan ahli keluarga Mokhtar Dahari sendiri.

"Tidak banyak perubahan dari segi jalan ceritanya malah barisan pelakonnya juga dikekalkan. Tetapi bagi yang pernah menonton Supermokh pada pementasan lalu, apa yang saya boleh katakan, pementasan kali ini lebih banyak peningkatan.

Dan saya harap kali ini lebIh ramai lagi generasi anak muda yang datang menonton kerana ini sebuah kisah lagenda bola sepak tanah air kita. Ramai anak muda hari ini yang tidak mengenali siapa Mokhtar Dahari dan ini lah peluang mereka untuk mengetahu kisah lagenda kebanggaan negara ini", katanya.


'Supermokh Sebuah Musical Re-staging' bakal dipentaskan di Istana Budaya mulai 8 September hingga 21 September 2014. Kredit foto Faisol Mustafa.

'Supermokh Sebuah Musical Re-staging' dibarisi oleh Awie sebagai teraju utama serta pelakon hebat lain seperti Maya, Karin, Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Poon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.

Teater yang mendapat penajaan utama daripada CIMB Bank ini akan dipentas di Istana Budaya mulai 8 September hingga 21 September 2014 dengan harga tiket yang sama iaitu mulai harga RM36 hingga RM236.

5

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miminn 12-6-2014 10:25 AM
boleh lah tu. good luck hans!
Quote watiemacyleo 12-6-2014 10:42 AM
Good luck Hans...
Quote amyainsamad 12-6-2014 10:50 AM
i love HI
Quote hanezzafirah 12-6-2014 10:51 AM
amyainsamad posted on 12-6-2014 10:50 AM
i love HI

amboi...meroyan lopa nanti
Quote swetie 12-6-2014 01:56 PM
gd luck HANS....

Quote nurfariezza 12-6-2014 02:03 PM
hanezzafirah posted on 12-6-2014 10:51 AM
amboi...meroyan lopa nanti

kapel lg ke dorg 2..
Quote hanezzafirah 12-6-2014 02:04 PM
nurfariezza posted on 12-6-2014 02:03 PM
kapel lg ke dorg 2..

rasanye couple kot...bkn ura2 nk kawen
Quote prettymanja 12-6-2014 02:09 PM
wah... masyuk tu Hans
Cepat2 le msok meminang Lopak, itu pon lau Ko sudi laa khen.. huhu
Quote nurfariezza 12-6-2014 02:11 PM
prettymanja posted on 12-6-2014 02:09 PM
wah... masyuk tu Hans
Cepat2 le msok meminang Lopak, itu pon lau Ko sudi laa khen.. huhu

masuk minang i jela...hahahha..
Quote nurfariezza 12-6-2014 02:12 PM
hanezzafirah posted on 12-6-2014 02:04 PM
rasanye couple kot...bkn ura2 nk kawen

nth la...lepas cite lemak kg santan 2, tgk mcm da xde pape je..
Quote prettymanja 12-6-2014 02:14 PM
nurfariezza posted on 12-6-2014 02:11 PM
masuk minang i jela...hahahha..

hihi.. sanggup ke bergusti dgn Lopak nnti Uols??
Quote ninjago 12-6-2014 02:19 PM
all the best Hans!!!
Quote nurfariezza 12-6-2014 02:22 PM
prettymanja posted on 12-6-2014 02:14 PM
hihi.. sanggup ke bergusti dgn Lopak nnti Uols??

i ade bljar ilmu cakar harimau bakyah...hahah
Quote mizahanan 12-6-2014 02:25 PM
Lopaque nak ke dgn HI.....
all the best HI! Last edited by mizahanan on 12-6-2014 02:27 PM

Quote ell768 12-6-2014 02:25 PM
baik laa main golf hans dr ko buat filem merapu x tentu pasal syok sendiri gitu....good luck laa ekk...
Quote pentium_catz 12-6-2014 02:25 PM
HC 4? wah..hebat rupanya......
Quote setia00 12-6-2014 02:51 PM
bangga neelofa
Quote afie_m 12-6-2014 02:52 PM
wah tak sangka .... dasyat gak hans n..
Quote lylea 12-6-2014 03:14 PM
tahniah la..semoga berjya

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.069242 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top