CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Zul Ariffin Mempertahankan Abby Abadi

19-6-2014 10:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28698| Komen: 73

Description: "Hubungan Dengan Gayatri Masih Berjalan Seperti Biasa Tetapi Jarang Berjumpa Kerana Masing-Masing Sibuk Dengan Pelbagai Perkara Tetapi Kami Sering Berhubung Menerusi Telefon," Ujarnya.

Zul menepis kononnya dia pernah menjadi mangsa kekasaran bekas kekasihnya, Abby Abadi.


PETALING JAYA: Ketika banyak pihak menghentam Abby Abadi selepas bekas suaminya mendakwa dicederakan pelakon berkenaan, aktor Zul Ariffin pula bertindak mempertahankan bekas kekasihnya itu.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 28, berkata, sepanjang tiga tahun mereka menjalinkan hubungan cinta, Abby bukan seorang wanita yang digambarkan sedemikian.

Malah Zul juga menepis tuduhan kononnya dia pernah mengalami nasib menjadi mangsa kekasaran Abby.

"Selama tiga tahun kami bercinta hubungan kami baik-baik sahaja dan dia bukan seorang wanita seperti mana didakwa," katanya kepada mStar Online.

Zul ditemui pada majlis Seindah Ramadan & Syawal TV3, yang diadakan di Hotel One World di sini sini, Rabu.

Terdahulu, bekas suami Abby iaitu  Muhammad Noor Farhan Che Bakar , 24, mendakwa Abby, pernah mencederakan dia dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan lebam  selain pernah mencakar mukanya.

Pasangan berkenaan disahkan bercerai pada 11 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini selepas hampir setahun berkahwin.  




Dalam pada itu, Zul turut menyangkal dakwaan kononnya dia memutuskan hubungan dengan Abby kerana tidak tahan dikongkong oleh wanita berkenaan.

Jelas Zul, perkara itu tidak pernah wujud dalam hubungan mereka sebelum ini selain dia tidak mahu mengungkit kisah lama.

"Tidak, itu tidak benar. Seperti saya katakan dia bukan seorang wanita yang begitu," ujarnya.

Zul juga enggan mengulas mengenai perceraian bekas kekasihnya itu dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat wanita berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai hubungannya dengan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, Zul mengakui jarang berjumpa dengan kekasihnya itu sejak akhir-akhir ini kerana kesibukan.

Bagaimanapun kata Zul, percintaan mereka berada dalam fasa baik namun dia tidak berani untuk bercakap tentang perancangan berkahwin buat masa ini.

"Hubungan dengan Gayatri masih berjalan seperti biasa tetapi jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai perkara tetapi kami sering berhubung menerusi telefon," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zul  bakal muncul dengan sebuah drama istimewa menerusi slot Akasia di TV3 pada bulan Ramadan ini berjudul Rindu Awak 200 Peratus.

Drama 28 episod yang turut menampilkan Ayda Jebat yang akan ditayangkan bermula 14 Julai depan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.


4

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote achik2009 19-6-2014 12:34 AM
@dino


Quote bambimo 19-6-2014 12:35 AM
Hihihi malu nk ngaku ke...mklumlah badan gagah prkasa malu pulak klo org kata takut pompuan...
Bagus jugak xperlu ungkit kisah lama kuikuikui
Quote gusikuberdarah 19-6-2014 12:51 AM
back up makwe lama nmpk...ada perasaan lg ke?
Quote drivethru 19-6-2014 12:58 AM
bersangka baik jer la. abby jd ganas sejak jd setazah pas. sblm ni dia mmg baik. kalo dari dulu dia ganas mcm sekarang, dh lama k**e norman kena potong mcm kat kelantan tu.
Quote DARSITA 19-6-2014 01:00 AM
Baguslah tak memburukkan bekas ex.
Quote mommymonster82 19-6-2014 01:37 AM
Zul ni very polite n humble...
Quote tinker_bell 19-6-2014 02:19 AM
ioll tak tahu knp ioll selalu rasa heol ni tua..adakah kerana aura bergf dgn pmpn tua??muda je..heol baru 28..
Quote lnakass 19-6-2014 02:55 AM
Yela, mana brani. Kang si Abby pulak yng kena henyak dngn dia. Almaklumla badan body builder
Quote rimau_belang 19-6-2014 07:43 AM
Abby ni aku pon x reti nk ckp pompan cemane huhuhu
Quote jamilah 19-6-2014 08:23 AM
sambung balik nak zul.. tanya abby dengan lirikan manja
Quote Husna 19-6-2014 08:39 AM
bgus zul ni..xde nk burukkan abby.. dlu mse couple nmpk abby syg btoi kt zul tp xde jodoh kan
Quote putehkundor 19-6-2014 08:40 AM
Sbb tak kahwin lagi kan dulu...cuma sempat bercinta jah.
Cuba dah kahwin....tentu hang dah jadi mangsa bdsm abby
Quote chickenwing 19-6-2014 09:13 AM
Abby jadik ganas maybe sebab tekanan hidup yang melampau-lampau.....seriusly Norman kena rujuk balik Abby....then complete la family diorg mcm dulu2.....Memey kena terima la sbb dulu dia yg jadi punca perceraian Abby-Norman.

Payung emas untuk mu Memey....elok membantu janda ibu tunggal plak tu....
Quote juecy 19-6-2014 09:14 AM
Hargai Persahabatan namana tu.... Bila Baik Dipuji, X Elok jgn lah mengeji.
Kita tutup aib org, Allah tutup aib kita...
Quote ladyfree 19-6-2014 09:21 AM
oklah tu...
tindakan bijak.
Quote CrowneGlory 19-6-2014 09:22 AM
Amboi wartawan seronok korg nak create benda yg xde.. Ko ingat si zul nak layan mcm scha dgn linda onoff bertag team nak kenakan fahrin... Walau mmg kena lempang
Quote ryshaNur 19-6-2014 09:23 AM
wartawan ni mmg bodoh abadi
nak kaitkan lagi dgn zul apehal
Quote cik_penguin 19-6-2014 09:23 AM
Zul ni aku suka tgk die dalam bikers kental. Pandai btol berlakon. Natural jek. Mungkin abby blom mcm tu dlu.. Dah kwen tak tahu. Tapi tgk size zul ni..die sekeh je abby ni kalau abby berkasar dgn die
Quote iman_aly 19-6-2014 09:24 AM
tak baik fitnah

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.053314 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top