CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Malaysia Boleh Huru-Hara Kata Tun M

1-7-2014 12:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7624| Komen: 41

Description: Beliau Berkata, Walaupun Ramai Mungkin Akan Marah Terhadap Hasutan Untuk Menghapuskan Sistem Beraja, Tetapi Kerana Hasutan Dibenar, Mereka Yang Berminat Untuk Mendirikan Republik Malaysia Berhak Dan B ...

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia boleh menjadi huru-hara jika kerajaan meneruskan cadangan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.

Katanya, ini kerana undang-undang baharu yang dicadang untuk menggantikan akta berkenaan tidak mampu untuk menghalang pelbagai hasutan yang akan berlaku. 

“Rakyat akan menerima pelbagaiberbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda Perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi Raja juga dihapuskan,” katanya dalam entri terbaharu blog beliau.

Kemungkinan huru-hara akan berlaku dalam negara, kesan daripada sikap liberal yang kita agungkan sekarang” Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri

Peningkatan jenayah

Dr Mahathir turut menyifatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri menyebabkan peningkatan pelbagai jenis jenayah di negara ini.

“Bagaimanapun, hasutan walaupun ada dilakukan (sekarang) tetapi tidak melampaui batas,” katanya.

Dr Mahathir berkata, tanpa akta seumpamanya, pelampau dalam kalangan rakyat bebas mengkritik Raja dan sistem beraja secara terbuka, serta akhirnya membuat desakan supaya institusi Raja dihapuskan. 


“Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh,” katanya sambil menambah bahawa di Malaysia tidak ada undang-undang yang boleh menghalang sebarang cemuhan dilakukan terhadap Raja dan institusi Raja seperti mana undang-undang Lese Mejeste yang wujud di Thailand.

Hasutan dibenarkan

Beliau berkata, walaupun ramai mungkin akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja, tetapi kerana hasutan dibenar, mereka yang berminat untuk mendirikan Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka.

“Kemungkinan huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan daripada sikap liberal yang kita agungkan sekarang,” katanya.

Kerajaan pada 30 Mei lalu mengumumkan cadangan memperkenalkan akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan dan mengesahkan menerima tiga draf rang undang-undang baharu berhubung keharmonian nasional.

Ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2012 untuk menghapuskan akta kontroversi itu antaranya untuk meningkatkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.

Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 1-7-2014 08:03 AM
aku berharap sangat malaysia huru hara, melayu x pernah pandai, saling jatuh menjatuhi
Quote muo1202 1-7-2014 08:10 AM
tun nie buat drama la... mcm la kami tak tau... akta tu sebenarnya tukar nama je...
Quote nurul_akmar 1-7-2014 08:12 AM
aku rasa nnt keluar akta baru.
Quote cmf_almondpecan 1-7-2014 08:18 AM
Saya rasa tak perlu nak tunggu mansuh akta2 ni baru orang berani kritik raja. Contohnya, zaman Tun Mahathir jadi PM dulu, akta2 ni bukan ke berkuatkuasa sepenuhnya? Tapi Tun Mahathir tetap boleh je mengkritik raja. Bukan saja mengkritik, malah menghapuskan kekebalan dsb. Mmg la benda tu bukan tak elok, untuk kebaikan rakyat juga.

Jadi, kesimpulannya ada dua: 1. Ada atau tidak akta2 ni tak menjamin ada atau tidak kritikan terhadap raja; dan 2. Melihat kpd tindakan Tun Mahathir sendiri dalam hal mengkritik raja, tak semestinya kritikan terhadap raja tu satu benda yg buruk.

Oleh itu, tak perlulah agaknya Tun Mahathir terlampau risau tentang pemansuhan akta2 ni atas sbb nak pertahankan raja dari dikritik.
Quote ~anya~ 1-7-2014 09:09 AM
Harap huru hara kohnon...cakap bukan main bedegar2 disini....
Pastu bila jadi huru hara... semunyik bawah meja... yang akan kena kerah mengamankan keadaan itu nanti bukan anda... you'll be that spineless coward that you are for sure...
Quote gede-bab 1-7-2014 09:16 AM
~anya~ posted on 1-7-2014 09:09 AM
Harap huru hara kohnon...cakap bukan main bedegar2 disini....
Pastu bila jadi huru hara... semunyik ...

betul anya...bila dah huru hara kelak depa dulu yang lari lintang pukang....
Quote jengkoil 1-7-2014 09:19 AM
~anya~ posted on 1-7-2014 09:09 AM
Harap huru hara kohnon...cakap bukan main bedegar2 disini....
Pastu bila jadi huru hara... semunyik ...

Reply post dia laaa kaka...
mungkin dia berada dibumi oceania yg hanya berpuasa 9 jam (working hour??)..
Sambil mendoakan bumi mesia terchenta ini huru harare...
Quote ~anya~ 1-7-2014 09:20 AM
gede-bab posted on 1-7-2014 09:16 AM
betul anya...bila dah huru hara kelak depa dulu yang lari lintang pukang....

Cakap dasyat tak hengat kan...
Akal nak menyusahkan dan menghuru harakan hidup orang lain yang aman damai ini memang panjang....
Quote jengkoil 1-7-2014 09:21 AM
Beliau berkata, walaupun ramai mungkin akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja, tetapi kerana hasutan dibenar, mereka yang berminat untuk mendirikan Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka.

Hmmm... ada yg tersirat dlm ayat ni....mcm ayat pancing jee..
Quote nebulagazer 1-7-2014 09:23 AM
Kurgkan menteri kabinet dlu la..amik yg mmg ahli dlm bidang tu je.
Quote ~anya~ 1-7-2014 12:13 PM
jengkoil posted on 1-7-2014 09:19 AM
Reply post dia laaa kaka...
mungkin dia berada dibumi oceania yg hanya berpuasa 9 jam (working ho ...

Even worse...
Kalau pon dia takde disini....keluarga dia ada disini...takde keluarga kalu,  kawan2 baik...sedara terdekat masih ada disini kan... lain lah kalau kesemua orang yang kenal dgn dia, dia bawa menetap di oceania sana...
Quote bangcak 1-7-2014 12:30 PM
madey mudah lupa

kalu tak huru-hara, umngok tak diharamkan so, madey takbleh daptar umngok baru
yg akhirnya mengangkat dia menjadi suci berjawatan TUN seperti skang
Quote slippergombak 1-7-2014 12:44 PM
Malaysia jadi huru hara kan mmg ini idaman umno bn dari dulu supaya bila jadi huru hara dan berperang sesama sendiri, nanti umno datang jadi hero dan bersatu semula, lepas tuh suh wajib sujud syukur pada umno bn.... tektik 13 mei...

Kalau tak, takdernya hari2 umno dok maki hamun cina, india ajak bergaduh, syukur kaum lain tak melayan kebodohan umno yg nak cetus gaduh sana sini...
Quote spiderman80 1-7-2014 01:00 PM
cmf_almondpecan posted on 1-7-2014 08:18 AM
Saya rasa tak perlu nak tunggu mansuh akta2 ni baru orang berani kritik raja. Contohnya, zaman Tun M ...

Orang Cina ada satu pepatah untuk apa yang Tun M pernah lakukan. " Dialah manusia, dia jugalah hantu"
Quote spiderman80 1-7-2014 01:03 PM
slippergombak posted on 1-7-2014 12:44 PM
Malaysia jadi huru hara kan mmg ini idaman umno bn dari dulu supaya bila jadi huru hara dan berperan ...

Benar. Orang buta pun tahu UMNO merupakan parti yang paling suka ajak gaduh, buat provokasi,  racist dan bangsat. Rakan-rakannya dalam BN walaupun parti kapir sepet pun jauh lebih baik darinya.
Quote Al-Patih 1-7-2014 01:37 PM
akta untuk ...kegunaan party memerintah...
Quote karlee 1-7-2014 02:45 PM
dr. m yg lupa
Quote Gnot 1-7-2014 05:43 PM
apa akan terjadi jika malaysia betul betul huru hara mcm syria, ukraine...
Quote slippergombak 1-7-2014 05:49 PM
pengkhianat sebenar pencetus huru hara dalam malaysia....


Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.217262 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top