CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Umie Aida Pula Berhijab

7-7-2014 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26602| Komen: 119

Description: “Ketika Menunaikan Solat Tarawih, Perasaan Hendak Memakai Tudung Bertambah. Tak Lengkap Hari Tanpa Mengenakan Tudung. Jadi, Saya Rasa Sudah Tiba Masanya Untuk Saya Berimej Begini Dan Saya Sudah Berse ...
Umie lebih tenang berhijab


Selepas Neelofa, seorang lagi artis wanita mengambil keberkatan Ramadan untuk berhijrah. Pelakon, Umie Aida kini berhijab seperti yang dikongsi dalam sosial Instagram, sejak awal bulan puasa ini.

Hip difahamkan, pada mulanya, Umie enggan menghebahkan soal penghijrahannya kerana ia dianggap peribadi membabitkan dirinya dan Allah.
Namun, ketika bertemu dengannya pada hari pengebumian Allahyarham Datuk Sharifah Aini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Petaling Jaya, kelmarin, Umie terbuka bercerita mengenai perubahannya.

“Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa.

“Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal,” katanya kepada Hip.

Tak risau soal rezeki

Umie mengakui, keberkatan Ramadan mendorong dirinya untuk terus berhijab. 


“Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100 peratus.

“Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. InsyaAllah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya,” katanya.

1

Bagus
1

Marah
6

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 7-7-2014 09:34 AM
Eloklah yg kertu2 pun pakai tudung... Tggu erra lak..
Quote bloomy 7-7-2014 09:39 AM
Alhamdulillah..
Quote jeygi 7-7-2014 09:39 AM
alhamdulillah...ramadhan kali neh ramai retis yg sdh berhijab.
mudah2an kekal buat selama2nya..
Quote kenyang_ 7-7-2014 09:40 AM
siti saleha dalam drama tu lagi mengancam pakai tudung
Quote cikanggun 7-7-2014 09:40 AM
alhamdulillah
Quote mattzzx 7-7-2014 09:41 AM
Sebenarnya bertudung lebih cantik dan lebih ayu kepada kaum wanita...
Quote missyqaldina 7-7-2014 09:41 AM
alhamdulillah..
ramai artis da berhijab...
kwn2 aku pon rmai da berhijab tahun ni..
Quote kauado? 7-7-2014 09:42 AM
tunggu ere n ziana zain plak
Quote smurfetz 7-7-2014 09:43 AM
alhamdulillah
Quote hanuma 7-7-2014 09:45 AM
alhamdulillah... moga istiqomah...
Quote reenz013 7-7-2014 09:46 AM
alhamdulilah..lawa tgk dia bertudung
Quote pinkzara 7-7-2014 09:50 AM
kauado? posted on 7-7-2014 09:42 AM
tunggu ere n ziana zain plak

Bukan ke ZZ dah berhijab?
Quote haryatie 7-7-2014 09:50 AM
cntik dia bertudung...
Quote lonso 7-7-2014 09:50 AM
alhamdulillah suka umie nih.. lakonan kelas pertamalah....
Quote myakayina 7-7-2014 09:57 AM
bagus la kan retis2 yg dah senja ni menutup aurat.. tapi biarlah ikhlas dan kerana Allah.. bukan sekadar ikut trend..
Quote deananie 7-7-2014 09:59 AM
alhamdulillah. semoga istiqamah.
Quote watachiwa 7-7-2014 10:00 AM
pinkzara posted on 7-7-2014 09:50 AM
Bukan ke ZZ dah berhijab?

mane ade.. gmbr kat Ig tu ZZ ckp dia mmg pakai tudung kalo g amik anak2 kat kelas agama. n kalo g jumpe ostad n ostazah skolah anak2 dia
Quote kodokemas 7-7-2014 10:01 AM
alhamdullikah. cantik sungguh Umi bila bertudung
Quote drivethru 7-7-2014 10:03 AM
alhamdulillah.....

aku nk tgk norlia ghani (joyah) berhijab plak. x pernah lg tgk dia berhijab. dlm lakonan pun sekadar pakai selendang jer.

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.107561 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top