CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Nik Michael Ada Tatu?

8-7-2014 04:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3485| Komen: 1

Description: Mengulas Lanjut Mengenai Isu Itu, Tambah Nik Michael Lagi, Dia Berasa Terkilan. Malah Jejaka Berdarah Kacukan Melayu-Australia Ini Tekad Mahu Mengambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Yang Se ...
Nik Michael Ada Tatu?

Mengulas lanjut mengenai isu itu, tambah Nik Michael lagi, dia berasa terkilan. Malah jejaka berdarah kacukan Melayu-Australia ini tekad mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang sengaja menyebarkan fitnah tersebut.


"Perkara ini sikit sebanyak telah menjejaskan nama saya dan juga restoran saya. Saya mahu mengambil tidakan terhadap individu yang telah menyebarkan fitnah ini.

"Bahkan tabah mengecewakan, ekoran laporan akhbar tersebut, ada pula komen mengatakan saya mempunyai tatu. Tuduhan tentang itu mengarut!", katanya dengan nada tegas.


Bagaimanapun dia mengaku yang makanan hidangan utama dihidangkan lewat 20 minit. Tetapi sementara menanti, para tamu telah dijamu dahulu dengan juadah 'alas perut' iaitu kurma, kuih buah melaka, kuih seri muka dan kentang goreng.

"Saya akui hidangan utama siap lewat 20 minit kerana saya sendiri yang mahu masakkan di hadapan mereka. Tetapi sementara menunggu, kami sediakan kurma, kuih buah melaka, kuih seri muka dan kentang goreng untuk mereka jamah dulu.


"Saya terkilan bila dituduh tak bagi orang makan. Sedangkan sudah menjadi tugas saya untuk memberi makan kepada orang. Sudah dua tahun saya uruskan restoran saya, jadi semestinya saya sudah tahu bagaimana hendak melayan para pelanggan yang datang di restoran saya terutama ketika bulan Ramadan", tuturnya.

Ditanya sekiranya individu berkenaan tampil dan memohon maaf kepadanya, apakah dia tetap mahu mengambil tindakan?

"Saya sudah pun mendapat kerjasama daripada pihak agensi yang menganjurkan acara berkenaan, tempoh hari. Saya akan tetap ambil tindakan terhadap individu itu kerana pada saya, kalau pun dia datang minta maaf, dia tidak ikhlas.

"Saya buat semua ini untuk mempertahankan nama baik saya. Pada saya, orang seperti ini hanya berani cakap di belakang saja tetapi tidak berani untuk cakap depan-depan", katanya.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=815333


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote deanswify 25-7-2014 11:30 AM
ada tatu ker tak ada?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.102520 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top