CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Menangis Denda Khalwat Rm 4,900

8-7-2014 04:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16383| Komen: 83

Description: Mengikut Pertuduhan Pertama, Tertuduh Didakwa Berada Di Dalam Bilik Sebuah Hotel Di Jalan Sultan Sulaiman, Di Sini, Bersama Syed Mustaffa Syed Zainal A'Biden, 24, Yang Tiada Hubungan Suami Isteri Atau ...
Gambar hiasan


Kuala Terengganu: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi menangis teresak-esak apabila dijatuhi hukuman denda RM4,900 atau sembilan bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas dua pertuduhan berkhalwat, tahun lalu.

Siti Noor Syaidatul Husna Mohd Yusof, 21, yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki di sebuah hotel pada April tahun lalu sekali lagi mengulangi kesalahan sama bersama seorang lelaki di sebuah rumah tiga bulan kemudian.

Bagaimanapun, kesalahan kedua pada Julai lalu, tertuduh ditahan bersama dua lagi rakan wanitanya juga berusia 21 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berada di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Sulaiman, di sini, bersama Syed Mustaffa Syed Zainal A'biden, 24, yang tiada hubungan suami isteri atau mahram, jam 1.10 pagi pada 5 April 2013.

Bagi kesalahan itu, Siti Noor Syaidatul Husna yang didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dikenakan hukuman denda RM2,200 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.

Bagaimanapun, kes pasangannya, Syed Mustaffa masih dalam proses perbicaraan.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu ke bilik berkenaan dan sebaik pintu diketuk, ia dibuka seorang lelaki.

Pemeriksaan lanjut ke dalam bilik itu mendapati terdapat seorang perempuan yang tiada hubungan suami isteri atau mahram turut berada di dalamnya.

Bagi pertuduhan kedua, Siti Noor Syaidatul Husna sekali lagi ditangkap berkhalwat bersama dua rakan wanitanya dan seorang lelaki yang tiada hubungan suami isteri atau mahram di sebuah rumah di Kampung Tok Jembal, di sini, jam 4.45 pagi pada 27 Julai 2013.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu selepas menerima maklumat awam.

Sebaik tiba di rumah itu, pintu rumah dibuka Siti Nadhirah Kamrul Anuar, 21, selepas diketuk selama tiga minit sebelum pemeriksaan menemui ada dua lagi wanita iaitu Siti Noor Syaidatul Husna dan Nur Aini Fazni Mohd Lazim, 21, masing-masing di bilik berasingan.

Pemeriksaan turut menemui seorang lelaki, Muhammad Arif Mohd Nor, 22, yang juga teman lelaki Siti Noor Syaidatul Husna di dalam sebuah bilik lain.

Bagi kesalahan itu, Kamalruazmi mengenakan hukuman denda RM2,700 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap Siti Noor Syaidatul Husna manakala teman lelakinya dikenakan denda RM2,600 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda.

Rakannya, Nur Aini Fazni pula dikenakan denda RM2,400 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda manakala Siti Nadhirah pula dikeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah.


Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penari 8-7-2014 09:02 AM
amboi...ramainye jantan....
Quote bluehedgehog 8-7-2014 09:05 AM
tandas awam la ni.
Quote fifie_olin 8-7-2014 09:05 AM
gila sex tul pmpn murah ni...
seme bebird ko nk merasa
meringkuk la ko dlm jel
Quote chinta89 8-7-2014 09:05 AM
semoga mereka insaf.. entah mak ayah tahu ke tidak kes2 anak mereka ni...
Quote ifanonline 8-7-2014 09:05 AM
mungkin depa tengah orgy di kampung tok jembal...
Quote gaara_X 8-7-2014 09:07 AM
ermmmm...dah ketagih laa nie...
Quote idril 8-7-2014 09:07 AM
Sebaik tiba di rumah itu, pintu rumah dibuka Siti Nadhirah Kamrul Anuar, 21, selepas diketuk selama tiga minit sebelum pemeriksaan menemui ada dua lagi wanita iaitu Siti Noor Syaidatul Husna dan Nur Aini Fazni Mohd Lazim, 21, masing-masing di bilik berasingan.

Pemeriksaan turut menemui seorang lelaki, Muhammad Arif Mohd Nor, 22, yang juga teman lelaki Siti Noor Syaidatul Husna di dalam sebuah bilik lain.


ni seludup jantan bawak masuk umah la nih..... birah betui pompuan nih, dlm masa 3 bulan dah carik jantan lain....
Quote sapp73 8-7-2014 09:09 AM
Dah beberapa di tangkap, selayaklah dikenakan denda yang tinggi...dah tak gheti nak insaf
Quote afie_m 8-7-2014 09:12 AM
dgn lain2 lelaki ni...teruk2....ha bayarlah napa nak ngais plak...
Quote budakmanentah 8-7-2014 09:12 AM
foursome kot?
Quote upper_case 8-7-2014 09:17 AM
pandai2 masuk hotel dgn jantan.. reti la plak nak nangis tu...
Quote prettyuglybabe 8-7-2014 09:17 AM
habis duit ptptn bayar denda
Quote lipans 8-7-2014 09:23 AM
tangisan malam pertama.... uhuk uhuk...
Quote otai_g 8-7-2014 09:25 AM
fb tade? csi cari jalankan tugas

Quote neotoxin 8-7-2014 09:30 AM
gambar mana?
Quote itik_kuning 8-7-2014 09:30 AM
abis la macam mana nak bayar denda. muda lagi budaknya. belajar pun belum habis. kesiannnnn.
Quote mahmoode 8-7-2014 09:35 AM
elok kawin jer la.....tapi jangan pulak kalau dah kawin nak berskandel dengan bebird lain....
Quote haryatie 8-7-2014 09:41 AM
kesian jugak...
tp salah tetap salah..
smoga selps ni mreka insaf & bertaubat..
Quote PEPPERMAN 8-7-2014 09:50 AM
tumpang simpati,
sudahlah hak dan privasi mereka dicabuli,
kena denda pula

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.297563 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top