CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kakak Bawa Rm30 Ribu Pergi Terawikh?

10-7-2014 09:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25091| Komen: 181

Description: “Jumlah Kerugian Tersebut Saya Anggarkan Sebanyak Rm30,000. Ketika Kejadian Juga, Saya Bersolat Di Saf Paling Hadapan Dan Berhampiran Pintu Ke Tempat Mengambil Air Sembahyang Dan Menjadi Kebiasaan Je ...
SEGAMAT - Seorang suri rumah yang tinggal di Jalan Muar, dekat sini, kerugian kira-kira RM30,000 apabila beg tangan yang dibawanya ke masjid untuk menunaikan solat tarawih dicuri.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam kelmarin, suri rumah berkenaan yang hanya ingin dikenali Idah, 50an, berkata, sepanjang Ramadan ini, dia dan suaminya sering solat berjemaah dan bertarawih di sebuah masjid di Jalan Muar, di sini.

Gambar hiasan


“Saya sedar beg tangan saya tidak ada selepas selesai menunaikan solat tarawih kira-kira pukul 10.15 malam dan ketika itu ramai juga jemaah wanita yang datang. Beg tersebut saya letakkan di hadapan saf wanita.

“Di dalam beg tersebut ada barang kemas dan wang tunai milik saya dan saya risau meninggalkan barangan tersebut di rumah kerana hanya tinggal saya dan suami berdua sahaja di rumah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dia merasakan lebih selamat membawa semua barang kemas dan wang  tunai tersebut ke masjid dan tidak menyangka ada  individu yang tergamak mencuri di dalam  rumah ALLAH ketika jemaah lain sedang beribadah.

Akibat kejadian tersebut, dia kehilangan barangan kemas seperti gelang tangan, rantai leher, loket emas, kunci rumah, dokumen-dokumen penting seperti identiti pengenalan diri dan kad bank.

“Jumlah kerugian tersebut saya anggarkan sebanyak RM30,000. Ketika kejadian juga, saya bersolat di saf paling hadapan dan berhampiran pintu ke tempat mengambil air sembahyang dan menjadi kebiasaan jemaah wanita di sini untuk meletakkan beg mereka di hadapan sejadah masing-masing.

“Pada rakaat ke-17 solat tarawih, saya seperti terperasan kelibat manusia melintas di hadapan saya ketika sedang sujud namun tidak menganggap ia sesuatu yang mencurigakan sehinggalah saya menyedari kehilangan beg saya,” katanya.

Bimbang kejadian serupa menimpa jemaah lain, Idah kemudiannya membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dan reda atas kehilangan beg tangannya itu pada bulan yang mulia ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi,  mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan juga sedang dijalankan.

22

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
11

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_Andak 9-7-2014 04:26 PM
Mana-mana tempat pn tak selamat...anggap la duit dan barangkemas makcik tu kena Zakat...
Duit boleh cari,nyawa...
Quote shamsadis 9-7-2014 04:27 PM
alhamdulillah...duit raya untuk pencuri tue raya ke neraka
Quote dragger 9-7-2014 04:27 PM
rm30k ni dia kira skali dgn kad ATM yg dlm bank dia tu ada RM30k ke
Quote annehuda 9-7-2014 04:27 PM
agaknye beg tangan die kot yg harga puluh2 ribu tu. biasala pompuan zaman skrang kan giler handbag branded tak main la yg local
Quote mikasa 9-7-2014 04:30 PM
annehuda posted on 9-7-2014 04:27 PM
agaknye beg tangan die kot yg harga puluh2 ribu tu. biasala pompuan zaman skrang kan giler handbag b ...

Beg rege 28k....
Quote kentel 9-7-2014 04:32 PM
wah kakak...gerand bawak 30k pegi masjid..takpelah..berzakat barang kemas dan harta skaligus...
Quote Innrukia 9-7-2014 04:32 PM
annehuda posted on 9-7-2014 04:27 PM
agaknye beg tangan die kot yg harga puluh2 ribu tu. biasala pompuan zaman skrang kan giler handbag b ...

kegunaan handbag skrg lain dr kegunaan sebenar handbag
Quote jofizo 9-7-2014 04:33 PM
barang kemas la yg banyak tuh......
Quote mattzzx 9-7-2014 04:35 PM
Serba salah...nak tinggal rumah takut pencuri masuk rumah....
Quote melia_star 9-7-2014 04:36 PM
kalu takut sgt nk tinggalkan brg berharga kt umah baik toksah pakai lah.....hati pun senang...ni asyik dlm ketakutan 24 jam.....nyeksa diri jer...
Quote Changa 9-7-2014 04:38 PM
dragger posted on 9-7-2014 04:27 PM
rm30k ni dia kira skali dgn kad ATM yg dlm bank dia tu ada RM30k ke

barang2 kemas tiada nilai ke sis?
Quote muo1202 9-7-2014 04:38 PM
wow... byk tu rm30k... barang kemas patotnya simpan kat atas siling...
Quote pasuoren 9-7-2014 04:38 PM
“Di dalam beg tersebut ada barang kemas dan wang tunai milik saya dan saya risau meninggalkan barangan tersebut di rumah kerana hanya tinggal saya dan suami berdua sahaja di rumah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

        Menurutnya, dia merasakan lebih selamat membawa semua barang kemas dan wang  tunai tersebut ke masjid dan tidak menyangka ada  individu yang tergamak mencuri di dalam  rumah ALLAH ketika jemaah lain sedang beribadah.

motipnya, hakikatnya..
tak semua perkara kita boleh #bersangkabaik

aku, kalau pegi terawih..
melenggang kangkung aje
jam tangan, henset duit semua tak bawak...
apatah lagi henfon nak berselfie bagai..

nak konsentrasi kekdahnya...



Quote nour2001 9-7-2014 04:39 PM
napa tak simpan je dlm peti besi bank...semua pakat dok simpan duit banyak2 kat rumah,..tinggal kat rumah takut disamun, bawak ke masjid pun kena samun jugak... mana2 pun dah tak selamat.
Quote Modngengade 9-7-2014 04:39 PM
ooo..igt cash 30k...rupanya termasuk barang kemas....

simpan jer br kemas tu kat safe box di bank kak
Quote Dia_Yuni 9-7-2014 04:41 PM
Makcik nape tak sorok dlm beras ke, bawah carpet ke masa gi tarawikh
Quote sayawifenikmie 9-7-2014 04:44 PM
... moral: tinggalkan dunia bial mahu ke masjid.
Quote pasuoren 9-7-2014 04:44 PM
annehuda posted on 9-7-2014 04:27 PM
agaknye beg tangan die kot yg harga puluh2 ribu tu. biasala pompuan zaman skrang kan giler handbag b ...

.....
rege beg beribu..
dalam beg..?
ntah-ntah duapuluhringgitsahaja...

ot:
hensem avvy ko anne..tak berkelip mata aku nengoknya...


Quote pasuoren 9-7-2014 04:46 PM
Dia_Yuni posted on 9-7-2014 04:41 PM
Makcik nape tak sorok dlm beras ke, bawah carpet ke masa gi tarawikh

mesti akak tu rasa,
kalau takat sorok dalam beras..bawah kapet..
budak2 kampung dia dah tau tektik tu..

akak-akak acik acik kampung ni, ada yang jenis simpan duit cash ngan barang kemas bertingkek di rumah..
tapi, bab keselamatan menyimpan...ermmm...

Lihat semua komen(181)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.060991 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top