CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Mini Klasik Masih Menjadi Tarikan

11-7-2014 11:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8381| Komen: 6

Description: Kira-Kira 20 Kereta Mini Klasik Menyertai Cabaran 'Park-It-Right', Berjaya Menarik Perhatian Pengunjung Yang Datang Ke Pusat Beli-Belah Tersebut.
PERTANDINGAN kereta Mini klasik hujung minggu lalu memeriahkan Pameran Permotoran dan Bot 2014, yang berlangsung di Giant Mall Kelana Jaya, Selangor dari 1 hingga 30 Jun.

Kira-kira 20 kereta Mini klasik menyertai cabaran 'Park-It-Right', berjaya menarik perhatian pengunjung yang datang ke pusat beli-belah tersebut.

Juara pertandingan dimenangi Bob@ Mustafa Husin, 68, dari Semenyih, Selangor. Manakala naib juara disandang Hemraj, sementara Mohd Shahrizad Mohamed Tahawin, 33, dari Gombak di tempat ketiga.




Pelbagai jenis kereta dan motosikal turut dipamerkan dengan promosi sepanjang aktiviti berlangsung.

Antara model baharu yang dipamerkan seperti Perodua MyVi baharu, Suzuki Swift, Subaru XV2.01, Kia Rio/ Cerato, Nissan Almera/ Livina, Mazda 3, Peugeot, Mitsubishi Attrage/ NSX dan Hyundai Sonata/i10.

Juga dipamerkan sepanjang bulan ini ialah model superbike daripada Kawasaki. Tarikan lain seperti kereta pikap, Mini klasik dan bot Cruiser Marine.

Promosi tahunan bagi pameran ini dikelolakan oleh Master Event dan Management Services yang disokong Explorer Marine Centre Sdn Bhd, Yoshi Classic Car Specialist, PM Mini Auto Service Centre, Sport Mini Owner Club dan Chai Ken Motor Club.


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alidada 13-7-2014 05:57 PM
cantiknye...mini cooper
Quote ana_w_houb 15-7-2014 06:12 AM
nak yg purple
Quote wilhb81 17-7-2014 09:51 AM
Yang biru muda tu cun
Quote deanswify 22-7-2014 03:30 PM
cute sgt! Klu ada jual murah-murah buat 2nd car best ni.
Quote penduduk_bumi 25-7-2014 02:42 PM
teringin nk miliki sebiji, sekali sekala bawak bini ng anak jalan2....
Quote cut_the_crap 4-8-2014 01:19 PM
lawa nyer.. mesti mahal

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.042389 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top