CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Cara Mandi Susu Sendiri Di Rumah?

17-7-2014 03:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34434| Komen: 28

Description: Untuk Kelihatan Cantik Sepanjang Masa. Oleh Itu, Dengan Mengamalkan Rawatan Mandi Susu Di Rumah, Ia Sedikit Sebanyak Dapat Membantu Wanita Bekerjaya Ini Untuk Terus Mengekalkan Kecantikan Kulit Mereka ...


Kebanyakan wanita yang bekerjaya,  tiada masa untuk memanjakan diri di Spa, terutama sekali bagi mereka yang memegang jawatan penting dalam syarikat. Namun begitu, ini bukan penghalang bagi mereka, untuk kelihatan cantik sepanjang masa. Oleh itu, dengan mengamalkan rawatan mandi susu di rumah, ia sedikit sebanyak dapat membantu wanita bekerjaya ini untuk terus mengekalkan kecantikan kulit mereka walaupun sibuk dengan rutin seharian di pejabat.


Terdapat banyak khasiat dalam amalan mandi susu, antaranya ia dapat mencerahkan serta melembutkan kulit. Disamping itu, rawatan ini juga dapat menghasilkan kulit yang putih gebu serta putih bercahaya. Ini adalah kerana, di dalam susu terdapat khasiat semulajadi seperti vitamin D, vitamin A dan juga asid laktik yang mampu mengekalkan kelembapan kulit.

Jadi di sini, OHBULAN! ingin berkongsi tips bagaimana cara untuk manghasilkan rawatan mandi susu di rumah.

Siapkan beberapa mangkuk susu. Anda boleh menggunakan sama ada susu tepung, mahupun susu cair.

Campurkan dengan sedikit minyak zaitun.
Panaskan selama 5 hingga 10 minit.
Campurkan dengan sedikit air suam.
Berendam selama 20 hingga 30 minit.

Sebaiknya, sebelum berendam dengan mandian susu ini, anda digalakkan untuk scrub tubuh terlebih dahulu bagi menghilangkan sel-sel kulit mati. Rawatan ini boleh diamalkan dua kali seminggu, bagi mendapat hasil yang lebih maksimum. Selamat mencuba!
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 10-7-2014 07:05 PM
mandi susu ?

jgn mandi dengan susu ducthlady.

sebab susu tu kandungan gula 2 kali ganda daripada susu breast lembu
Quote mizahanan 10-7-2014 07:25 PM
Saya mandi susu kambing new & trendy saja.
Quote ss8384 10-7-2014 08:58 PM
Aku Kalau jumpa carrot ke tomato ke aku sebat je. Blend dgn susu masuk madu pon boleh hehehe.
Quote Cookeelaat 11-7-2014 02:24 AM
ss8384 posted on 10-7-2014 08:58 PM
Aku Kalau jumpa carrot ke tomato ke aku sebat je. Blend dgn susu masuk madu pon boleh hehehe.

susu apa nak guna? susu yang dalam kotak atau susu tepung (nespray, anlene etc) yang dibancuh atau susu khas untuk mandi ke macam mana?
i pun interested ni tapi confused juga macam tt
Quote ss8384 11-7-2014 11:19 AM
Susu segar...
Quote Nayzu 11-7-2014 12:17 PM
Cookeelaat posted on 11-7-2014 02:24 AM
susu apa nak guna? susu yang dalam kotak atau susu tepung (nespray, anlene etc) yang dibancuh atau ...

Kak, saya ada google, katanya susu kambing segar cam elok also.
google dkt internet dlm rm4 ke rm6 sebotol tp xsure berapa ml.
dkt supermarket dlm rm 5.50 sebotol.

skrg ni sebenarnya xtau which one is better.
sebab at first igt nak buat dgn susu segar dutchlady aje.


Quote Nayzu 11-7-2014 12:18 PM
ss8384 posted on 11-7-2014 11:19 AM
Susu segar...

Susu segar dutchlady boleh ke?


Quote Nayzu 11-7-2014 12:28 PM
Hasil google.

Bahan Campuran untuk Mandi Susu:

4 gelas susu cair murni.
2 sendok makan garam, atau boleh juga menggunakan garam mandi.
5 tetes minyak esensial, pilihan wangi sesuai selera.
Pilihan bahan tambahan: madu, oat, kelopak bunga, atau aneka herbal.
Semua bahan tersebut dapat digunakan untuk 15 – 20 liter air hangat, atau bisa juga digunakan untuk 1 bathub.
Quote Nayzu 11-7-2014 12:29 PM
Jenis Susu yang Dapat Digunakan untuk Mandi Susu.

Susu yang dapat digunakan untuk mandi susu adalah susu alami, baik susu cair maupun susu yang sudah berbentuk bubuk. Susu untuk mandi susu haruslah susu yang belum diberikan campuran tambahan, sehingga nutrisi dalam susu belum berubah. Akan lebih baik lagi apabila susu yang digunakan adalah susu yang baru diperah, baik itu susu sapi maupun susu domba atau susu kambing.
Quote ss8384 11-7-2014 02:32 PM
Minyak sapi terusss je kekeke
Quote ana_w_houb 11-7-2014 06:37 PM
my friend keje kilang susu.....dia cakap ada satu spa tu hari2 beli susu kat kilang dia.my friend tu laki dia tanya depa dok buat apa ngan susu2 tu

sesape ada spa ke nak beli susu boleh pm i.atau ada bisnes makanan /kek/coklat perlukan susu segar....

kilang di puchong jenama farm fresh

Last edited by ana_w_houb on 11-7-2014 06:40 PM

Quote mizahanan 11-7-2014 09:14 PM
ana_w_houb posted on 11-7-2014 06:37 PM
my friend keje kilang susu.....dia cakap ada satu spa tu hari2 beli susu kat kilang dia.my friend tu ...

Yg coklat tu rasanya tersangatlah pekat..x sampai likat
Quote Nayzu 11-7-2014 09:33 PM
ana_w_houb posted on 11-7-2014 06:37 PM
my friend keje kilang susu.....dia cakap ada satu spa tu hari2 beli susu kat kilang dia.my friend tu ...

Spa tu beli susu yg mana 1? Specifickan please.

Quote ana_w_houb 12-7-2014 01:49 AM
Nayzu posted on 11-7-2014 09:33 PM
Spa tu beli susu yg mana 1? Specifickan please.

susu segar lah....xde perisa2

rasanya yg gambar first tu....pure fresh milk...sbb dia beli yg 2 liter punya sekotak hari2 Last edited by ana_w_houb on 12-7-2014 01:51 AM

Quote Cookeelaat 12-7-2014 02:33 AM
Nayzu posted on 11-7-2014 12:28 PM
Hasil google.

Bahan Campuran untuk Mandi Susu:

haa yang oat tu selalu letak oat je lah kat bath tub campur ngan air jadi scrub pastu bila dia dah mushy tu air pun jadi putih so berendam lah gitu.
berkesan juga kulit pun lembut gebu je.
lepas ni nak tambah susu lah, ingatkan susah nak kena masak susu ke apa bagai lagi


Quote poyohabis 15-7-2014 09:15 PM
Cara aku paling senang.. Bancuh je susu tepung kecuali susu anelene... Lps tu ms nak mandi lulurkan jer susu tepung yg aku bancuh sikit gan air... Lps tu tunggu dlm 5 minit atau kalo rajin tunggu lagi lama lg bgs... Lps tu mandi la mcm biasa kalo rajin buat tiap2 hari hasilnya amat memuaskan hati kulit jd lembut n gebu...
Quote Nayzu 16-7-2014 08:59 AM
poyohabis posted on 15-7-2014 09:15 PM
Cara aku paling senang.. Bancuh je susu tepung kecuali susu anelene... Lps tu ms nak mandi lulurkan  ...

Kulit jadi makin cerah x?
Quote beldandy 16-7-2014 11:30 AM
bel buat gini...

bancuh susu tepung...apa jenis pun la dgn air suam2...
bancuh jgn cair tp biar agak pekat mcm likat or jd paste pun xpe
pastu mandi dulu cam biasa....dah bilas tu
kasi badan lembab x basah sgt n start lumur paste td satu badan
sambil lumur tu tonyoh2 skit
pastu tunggu la dlm 5 minit ke tuk basuh

mmg best tapi yg tak suka is bau bilik air lepas tu
kena basuh bilik air bersih2 if not bau mcm susu masam lelama
Quote poyohabis 16-7-2014 02:32 PM
Nayzu posted on 16-7-2014 08:59 AM
Kulit jadi makin cerah x?


Kalo nak cerah campurkan susu tepung tu gan beras yg diblander ala2 lulur... Selain leh menghilangkan daki susu leh melembut n melembapkan kulit.. Tp kn sabar... Bukan buat sekali dah jd cantik.. Ambik ms... Last edited by poyohabis on 16-7-2014 03:32 PM

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.078032 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top