CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

5 Tips Mudah Untuk Kekal Muda

17-7-2014 03:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24158| Komen: 48

Description: Kehidupan Seharian Yang Sibuk Kadang-Kala Mengakibatkan Seseorang Individu Mengabaikan Waktu Tidur Mereka. Mungkin Ramai Yang Tidak Tahu Mempunyai Waktu Tidur Yang Konsisten Setiap Hari Dapat Menjana ...



5 Tips Mudah Untuk Kekal Muda


1. Tidur Yang Cukup

Kehidupan seharian yang sibuk kadang-kala mengakibatkan seseorang individu mengabaikan waktu tidur mereka. Mungkin ramai yang tidak tahu mempunyai waktu tidur yang konsisten setiap hari dapat menjana semula tenaga yang hilang akibat keletihan seharian bekerja. Maka penting untuk seseorang mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Ini kerana badan manusia akan berehat sepenuhnya ketika mereka tidur.

2. Minum Air Kosong

Air kosong adalah cara termudah dan termurah untuk kekal awet muda. Di mana anda perlu tahu sekitar 80% tubuh manusia terdiri daripada air. Apa guna menggunakan produk kecantikan yang mahal untuk penjagaan wajah namun kurang minum air yang anda sedia maklum mempunyai banyak kelebihan semulajadi. Minum sebanyak mana air putih yang anda mampu. Elakkan alasan malas nak buang air kecil banyak kali dan sebagainya. Tiada alasan jika kita mampu mendisiplinkan diri sendiri.

3. Hindari Tekanan

Hanya orang gila sahaja tidak tertekan! Itu ungkapan yang sering didengari namun anda silap kerana tekanan jugalah mampu mengakibatkan seseorang itu hilang kewarasan. Tahukah anda tekanan mampu menjadikan seseorang itu kelihatan tua sebelum usia. Walaupun tekanan dan manusia tidak dapat dipisahkan. Namun pokok pangkalnya, anda sendiri  mampu mengawal setiap tekanan yang mendatang. Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menanganinya.

4. Senyum

Nampak mudah bukan? Hanya perlu senyum untuk kelihatan lebih muda. Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman berbanding 43 otot digunakan apabila seseorang itu tengah marah atau bermasam muka. Senyum itu bukan sahaja sedekah, mudah malah percuma. Malah sebuah senyuman juga dapat mengubah keadaan emosi anda menjadi lebih ceria dan positif. Jadi jangan lupa untuk lengkapkan hari anda dengan senyuman.

5. Bersenam

Senaman adalah aktiviti paling sukar dan paling malas untuk dilakukan secara konsisten oleh kebanyakan individu. Senaman juga bukan hanya tertumpu pada “jogging” atau pergi ke gym semata. Namun sebagai permulaan anda hanya perlu melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemas rumah, menaiki tangga dan sebagainya. Sudah memadai jika anda meluangkan masa 3 kali seminggu, tetapi bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Selamat mencuba!


5

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote funtasy 12-6-2014 08:39 PM
minum air kosong tiap kli bgun pagi..tapi jangan berus gigi sebelum minum air tu..
Quote matahari8011 12-6-2014 09:22 PM
mmg elok amal minum air kosong pagi2 tu..sblm mkn apa2
Quote easicircle 13-6-2014 09:35 AM
funtasy posted on 12-6-2014 08:39 PM
minum air kosong tiap kli bgun pagi..tapi jangan berus gigi sebelum minum air tu..

Ya. Itu petua orang tua-tua tapi susah untuk kita konsisten buat begitu
Quote easicircle 13-6-2014 09:40 AM
matahari8011 posted on 12-6-2014 09:22 PM
mmg elok amal minum air kosong pagi2 tu..sblm mkn apa2

Sangat setuju. Teruskan amalan itu.
Quote azzahra83 13-6-2014 10:13 AM
sebenarnya badan kita ni banyak dh masuk radikal bebas. radikal bebas ni yang buatkan penuaan tu pantas sebelum masanya.

saya amalkan suplemen juga. kena ambik suplemen yang bersifat antioksida.
Quote easicircle 13-6-2014 10:59 AM
azzahra83 posted on 13-6-2014 10:13 AM
sebenarnya badan kita ni banyak dh masuk radikal bebas. radikal bebas ni yang buatkan penuaan tu pan ...

Benar. Makanan tambahan juga penting kerana tak semua hidangan yang kita ambil seharian cukup vitamin untuk tubuh badan kita. Namun untuk mendapatkan makanan tambahan atau supplement memerlukan kos tambahan. Jadi kepada yang mampu lebih bagus makan supplement tetapi buat yang kurang mampu sudah memadai melakukan perkara asas seperti di atas. Apapun terima kasih atas pandangan anda.
Quote azzahra83 13-6-2014 02:06 PM
easicircle posted on 13-6-2014 10:59 AM
Benar. Makanan tambahan juga penting kerana tak semua hidangan yang kita ambil seharian cukup vita ...

Haa sis. If untuk yang kurang kos ni kena guna kaedah alamilah. Banyak juga sebenarnya, seingat saya pastikan tidur yang cukup pun penting juga u.
Quote CikE 13-6-2014 02:50 PM
no 5 tu la paling tak rajinnnn
tapi kena usaha gak ni..nak kekal muda
Quote easicircle 13-6-2014 03:08 PM
CikE posted on 13-6-2014 02:50 PM
no 5 tu la paling tak rajinnnn
tapi kena usaha gak ni..nak kekal muda

Betul. Tapi bersukan tidak semestinya berjogging. Jalan di shopping mall juga sudah dikategorikan bersenam. Jika minat bersukan badminton adalah cara terbaik untuk merajinkan diri untuk bersenam.
Quote easicircle 13-6-2014 03:09 PM
azzahra83 posted on 13-6-2014 02:06 PM
Haa sis. If untuk yang kurang kos ni kena guna kaedah alamilah. Banyak juga sebenarnya, seingat sa ...

Ya seperti tips yang pertama di atas. Cara semulajadi lebih berkesan selain dapat menjimatkan kos.
Quote uori 13-6-2014 04:15 PM
tips mudah, tapi susah nak buat
Quote sueism 13-6-2014 05:13 PM
I memang Amal 1-4 , 5 tu memang payah nak buat hehehe
Quote owna 13-6-2014 08:52 PM
funtasy posted on 12-6-2014 08:39 PM
minum air kosong tiap kli bgun pagi..tapi jangan berus gigi sebelum minum air tu..

mmg ramai yg ckp petua ni..
Quote funtasy 13-6-2014 09:20 PM
owna posted on 13-6-2014 08:52 PM
mmg ramai yg ckp petua ni..

yer..tpi ak sendiri pun mls amalkan..hihi
Quote owna 13-6-2014 09:27 PM
funtasy posted on 13-6-2014 09:20 PM
yer..tpi ak sendiri pun mls amalkan..hihi

i asyik terlupa.. huhu
Quote funtasy 13-6-2014 09:30 PM
owna posted on 13-6-2014 09:27 PM
i asyik terlupa.. huhu

awk slalu amalkan ke?
Quote owna 13-6-2014 09:36 PM
jrg2... time ingt buat la.. time xingt, xbuat...
Quote kiwi16 13-6-2014 10:06 PM
Saya teringat ada sorag doktor perubatan bg taklimat kat ofis saya psl senaman ni.
Kata beliau, klu berpeluhje belum dikira exercise mcm berpeluh sbb mengemas rumah.
Senaman yg betul ialah apabila kita berpeluh dan termengah-mengah.
So, klu jln kaki kat shopping complex blum dikira senaman..
So, senaman yg ringkas mcm buat skipping ke, lompat bintang tu ke..boleh je buat dlm umah, x semestinya jogging kat luar.
Quote easicircle 16-6-2014 09:53 AM
CikE posted on 13-6-2014 02:50 PM
no 5 tu la paling tak rajinnnn
tapi kena usaha gak ni..nak kekal muda

Cuba jangan tak cuba. Selamat merajinkan diri

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.070593 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top