CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Seni Warisan Busana Melayu

24-7-2014 10:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 39371| Komen: 6

Description: Warisan Zaman Berzaman Tidak Harus Pupus Begitu Sahaja Walaupun Kita Sedang Rancak Menembusi Arus Permodenan. Bak Kata Hang Jebat,”Tidak Hilang Melayu Di Dunia” Pastinya Menggambarkan Setiap Warisan ...



Warisan zaman berzaman tidak harus pupus begitu sahaja walaupun kita sedang rancak menembusi arus permodenan. Bak kata Hang Jebat,”Tidak hilang Melayu di dunia” pastinya menggambarkan setiap warisan itu perlu dijaga rapi. Ini termasuk seni warisan asli busana tradisional Melayu.

BAJU KURUNG CEKAK MUSANG

• Rekaan busana ini bermula sejak tahun 1980an.
• Dihasilkan daripada songket tenunan Terengganu bermotifkan bunga tabur
• Baju kurung cekak musang berpesak kemban, berkekek gantung  dan berleher tinggi serta labuh ke paras lutut
• Mempunyai butang dua di atas dan tiga di bawah
• Digayakan bersama kain songket diikat sebelah tepi dengan lipatan ombak mengalun



BAJU KEBAYA LABUH NYONYA

• Banyak digayakan pada tahun 1950an
• Materialnya dari sutera China bercetak
• Cantik digayakan dengan padanan kain batik sarung
• Pada bahagian leher, kain kapas digunakan sebagai pelapik
• Hujung lengannya pula lebih mengecil



BAJU KEBAYA LABUH

• Memasuki era 1930an dengan potongan yang mempunyai kekek dan berlengan lebar
• Sutera China organza yang halus dipilih dan lebih menarik sekiranya digayakan dengan aksesori kerongsang emas disemat tiga sederet
• Dipakai dengan batik sarung sutera China bermotifkan jambangan bunga

BAJU KEBAYA PENDEK

• Busana ini muncul pada tahun 1950an dengan baju paras pinggul
• Kain batik sarung atau kain batik jawa dipilih kerana coraknya sesuai digayakan bersama baju kebaya pendek
• Sesuai menggunakan kain kapas bercetak seperti voile, lace atau organza
• Juga dikenali sebagai kebaya bandung kerana berasal dari Bandung, Indonesia

BAJU KEDAH

• Busana ini ringkas potongannya dan digayakan sewaktu tahun 1970an
• Ia diperbuat daripada kain benang kapas halus
• Baju Kedah dihasilkan daripada kain tenun sutera Terengganu bercorak kekotak amat sesuai apalagi dengan padanan kain sarung bersesuaian
• Butang atau brooch digunakan untuk menutup leher


Bagus
4

Marah
10

Terkejut
16

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HangPC2 8-8-2014 05:38 PM
Pemahaman Busana Tradisional Melayu (Adat & Adab)



1. Pemakaian Baju Melayu telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer).. Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi.. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja..

2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan.. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki.. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar).. Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak..

3. Baju sikap / baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya.. Jadinya bukan semua orang boleh memakai baju sikap ini..

4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan.. puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan Di Raja.. Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana.. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang.. Begitu juga dengan lapisan ‘ tingkat ’ lipatan.. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya..

5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘ teluk belanga ’.. Baju cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja..

6. Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu.. golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya ‘Gunting Aceh’ yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘Gunting Cina’..

7. Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana.. di luar istana pula adalah ‘optional’.. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam style Orang Johor sekarang – Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di selit ke dalam kain).. Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat.. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu:

a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)

Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana kita terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya melihat cara ia berpakaian..










Credit : Muhammad Farul Azri Kuala Lumpur

http://blog.farulazri.com/



Quote HangPC2 20-7-2015 09:18 PM
Busana Warisan Angsari






Melaka







Selangor









Perak





Pahang





Negeri Sembilan






Johor





Kelantan









Quote HangPC2 20-7-2015 09:30 PM
Solat Aidilfitri di Masjid Negara, Kuala Lumpur













Quote HangPC2 22-7-2015 07:29 PM
DAQMIE (Penyanyi Nasyid)














Quote HangPC2 27-3-2018 07:28 PM
PEK PERMULAAN BERBUSANA MELAYU






Credit : Kerawang Merah 1477


Quote HangPC2 12-9-2020 11:51 PM

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.056545 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top