CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Majlis Pembukaan Turut Peringati Mangsa MH17

24-7-2014 05:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2896| Komen: 1

Description: Pesawat Berkenaan Berlepas Dari Amsterdam Ke Kuala Lumpur, Bersama 298 Penumpang Dan Anak Kapal - Kebanyakannya Warga Belanda - Terhempas Di Kawasan Dikuasai Puak Pemisah Di Utara Ukraine, Khamis Lalu ...
Majlis pembukaan turut peringati mangsa MH17
Glasgow: Majlis pembukaan Sukan Komanwel 2014 di sini, pagi tadi turut memperingati mangsa yang terbabit dalam tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, kata penganjur.


Presiden Persekutuan Sukan Komanwel, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar, berkata penghormatan diberikan kepada semua mangsa, yang kebanyakannya dari Malaysia dan negara Komanwel lain. 
Pesawat berkenaan berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, bersama 298 penumpang dan anak kapal - kebanyakannya warga Belanda - terhempas di kawasan dikuasai puak pemisah di utara Ukraine, Khamis lalu. 


Negara barat berkata, bukti menunjukkan ia ditembak jatuh menggunakan pelancar roket oleh pemisah pro-Russia.

Tragedi itu berlaku selepas pesawat MAS MH370 hilang pada Mac, bersama 239 penumpang dan anak kapal.


Dua tragedi
“Saya dari Malaysia dan ia satu lagi peristiwa sedih terhadap negara kami, dan untuk penerbangan itu,” kata Tunku Imran ketika sidang akhbar di Glasgow.


“Ia adalah perkara yang amat sukar melalui dua tragedi dalam tempoh sebulan antara satu sama lain.” 

David Grevemberg, Ketua Eksekutif Glasgow 2014, berkata: “Kami memberikan penghormatan.” 

Temasya itu dibuka secara rasmi oleh Ratu Elizabeth II pada majlis di Stadium Celtic Park, yang disaksikan kira-kira satu bilion penonton televisyen.

Sebahagian besar daripada mangsa yang bukan dari Belanda adalah dari negara Komanwel.

Daripada 298 penumpang, 43 menggunakan pasport Malaysia, 27 Australia, 10 British dan masing-masing seorang dari Kanada dan New Zealand. Ada juga seorang mangsa memiliki dua kerakyatan Afrika Selatan dalam pesawat malang itu. 

Kuala Lumpur pernah menjadi tuan rumah pada Sukan Komanwel 1998. 

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=page%3D1&page=69
16

Bagus
32

Marah
24

Terkejut
18

Sedih
16

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Eljie 25-7-2014 02:19 PM
Go Malaysia Go!!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.154422 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top