CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Pelakon Sinetron Marshanda Cabut Tudung Lepas Cerai

25-7-2014 03:04 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 31042| Komen: 95

Description: PELAKON dan penyanyi Marshanda Indonesia, mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan uaminya, Ben Kasyafani bulan lalu.

Marshanda Buka Tudung Selepas Bercerai




PELAKON dan penyanyi Marshanda Indonesia, mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan  uaminya, Ben Kasyafani bulan lalu.

Portal Kapan Lagi melaporkan dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai.

Marshanda dalam satu entri di laman sosial Instagram menegaskan dia tidak peduli dengan pandangan orang tentang keputusannya dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.




Wajah terbaharu Marshanda atau lebih mesra dengan sapaan Cha yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.


"Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya.

"Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain," katanya.

Keputusan Marshanda itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya di Indonesia yang terkejut dengan tindakannya membuka tudung.

"Cha, dulu saya tidak meminati anda tetapi selepas kamu berkahwin dan mempunyai anak, saya mulai suka dengan kehidupan baharu kamu.



Marshanda dan Ben bercerai pada Mei lalu selepas empat tahun berkahwin.

"Tapi hari ini, kekaguman saya untuk kamu sudah hilang," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram.
Bagaimanapun ada peminat yang mempertahankan tindakan pelakon itu dan menganggap ia adalah pilihan Marshanda dan tiada siapa boleh memaksanya.

"Jangan terlalu cepat menilai kerana dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah," kata peminatnya.



Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Sienna Ameerah Kasyafani.


Dalam pada itu, peguam bela Marshanda, Afdal Zikri menegaskan tindakan pelakon itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perceraian tersebut.

Jelas Afdal, keputusan tersebut dilakukan adalah pilihannya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

"Itu keputusan dia, kita harus hormati pilihan yang dia buat dan dia sudah matang untuk menentukan apa yang terbaik," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 24-7-2014 10:38 AM
hasben dia hensem
Quote myakayina 24-7-2014 10:39 AM
cerai plak dah ke? aku ingat happy dah kahwin dgn ben tu.. selepas putus cinta dgn baim wong..
Quote sekel 24-7-2014 10:43 AM
yindon mmg begitu
Quote TabletSusu 24-7-2014 10:43 AM
bkn dia ke yg pakai tudung sbb insap sbb mimpi kena bakar api tu? ke aku silap org?
Quote fifie_olin 24-7-2014 10:45 AM
lain btl muka dia...lawa lg yg dulu
Quote penmerah 24-7-2014 10:47 AM
cantik benar dia ni.
dia mix ke?
cuba carik info ni kat tenet tapi tak jumpa
Quote tobobon 24-7-2014 10:51 AM
retis indon pegila kat gosip antarabangsa. motif mencapab kat tempatan?

Alasan tt tak boleh terima. Lainlah kalau beliau sudah asimilasi seperti harun ajis.

harap mod @teky  @xpdckelate @lonely_surina sila buat apa yang patut.


Last edited by tobobon on 24-7-2014 10:54 AM

Quote Extralink 24-7-2014 10:56 AM
Cha.. Mau jadi bibik aku ngak??
Quote dejure 24-7-2014 11:03 AM
artis malaysia pon ape kurang nya kannnn..dasar retiss mmg terkenal hiprokasi
Quote jula7 24-7-2014 11:04 AM
omg..........
bukan dia mimpi2 segala ke pasal tu nak bhijab?
ke mmg laki yg suruh?
dah ni..cerai..bukak dan blakon semula la ye?
Quote zacrin 24-7-2014 11:04 AM
muka dia mcm pekerja kedai nasi kukus tempat aku..serius
Quote Leeen82 24-7-2014 11:07 AM
Quote ainie_1008 24-7-2014 11:09 AM
bkn retis indon je, Malaysia pon sama je...
Quote deanswify 24-7-2014 11:14 AM
Suka dia berlakon sebagai watak Fina.
Quote Dadadi 24-7-2014 11:17 AM
alahai...da elok bertutup..knp dibukakan aurat nya dong?
Quote dark28angel 24-7-2014 11:22 AM
lawa lagi time dia berhijab....maniss jer..
Quote lipstickz 24-7-2014 11:25 AM
patut la tgk IG dia skrg ni da lain -

suka tgk cara dia berhijab, stylo sgt..


dulu laaa


Quote Eura 24-7-2014 11:26 AM
Hurm...x heran...retis malaysia pun ramai jer yg buat...

Raja ema...wan nor azlin...sapa lagi....listkan tengok...
Quote myra86 24-7-2014 11:26 AM
ape ig die erk?? nak p stalk

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.073012 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top