Isteri Ezany Dilarikan Kuala Lumpur: Pelakon dan juga usahawan, Ezany membuat laporan polis mendakwa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, 32, dilarikan seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu. Dia yang nama sebenarnya Mohd Zani@Zohiri Mohd Nizariff membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang, dekat sini, semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Ezany mendakwa kira-kira jam 4.30 pagi hari kejadian, dia bangun untuk bersahur di kediamannya di Seri Kembangan dan mendapati isterinya sudah tiada. Menurutnya, isterinya dipercayai keluar dari rumah kerana pintu hadapan rumahnya di tingkat bawah juga tidak berkunci. EZANY menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Kinrara.
“Selepas kejadian itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjaya. Saya turut menghubungi kampung keluarganya di Labuan, Sabah, namun mereka memaklumkan isterinya tidak berada di sana,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Ezany berkata, bimbang keselamatan isterinya yang masih tidak pulang ke rumah sehingga semalam dia tidak mempunyai pilihan lain melainkan membuat laporan polis. |
toxicated posted on 21-7-2014 12:57 AM
http://www.gua.com.my/berita-artis/Isteri_Hilang_Ezany_Buat_Laporan_Polis.html
heols cakap dah ta ...
Pailang posted on 21-7-2014 01:19 AM
waaa... blogger sekarang takde budi bahasa, membahasakan diri sebagai GUA.
toxicated posted on 21-7-2014 01:25 AM
Mmg blog gua.com kan. Ke ko wat lawak. Sori aku lambat digest
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
20-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.093709 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.