CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Desakan Batalkan Konsert Mariah Carey, Hormati MH17

5-8-2014 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6006| Komen: 22

Description: Menurut Abdul Malik, Selain Faktor Teknikal Kerajaan Harus Sedar Bahawa Musibah Yang Menimpa Adalah Ujian Allah Supaya Kerajaan Dan Rakyat Kembali Menghidupkan Nilai-Nilai Islam Dan Membanteras Budaya ...
Desakan Batalkan Konsert Mariah Carey, Hormati MH17



KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) amat kesal dengan penganjuran konsert Mariah Carey yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 22 Oktober depan dan mendesak konsert itu dibatalkan di saat negara sedang bersedih di atas tragedi MH17.

Presidennya, Abdul Malik Ab Razak berkata, kedatangan penyanyi asal Amerika Syarikat itu ke negara ini bagi meneruskan siri jelajah ke Asia dan melancarkan album terbarunya tidak sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.

"GAMIS sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam memandang serius penganjuran konsert liar yang saban tahun diadakan.

"Di saat rakyat dalam kesedihan berikutan kes pesawat MH17 ditembak jatuh dan serangan Israel ke atas Gaza masih belum tamat, GAMIS sangat kesal dengan pihak penganjur yang tidak menghormati keadaan masyarakat dengan beraninya membawa masuk artis seksi itu ke negara ini," ujar Abdul Malik.

Tambah beliau, ketika umat Islam di Gaza dibunuh oleh Israel dengan bantuan Amerika Syarikat adalah sesuatu yang memalukan bagi negara membenarkan konsert liar seorang artis asal Amerika Syarikat.

"Kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas, bersesuaian dengan cadangan Perdana Menteri yang mengumumkan hari berkabung untuk MH17 agar membatalkan segala program hiburan liar dari diteruskan.

"Kerajaan boleh mengambil langkah alternatif dengan mendidik rakyat melalui elemen pembangunan modal insan yang positif. Program-program kerohanian dan pembangunan minda dirancakkan sebagai tanda keinsafan atas musibah yang melanda negara," tegas beliau.

Menurut Abdul Malik, selain faktor teknikal kerajaan harus sedar bahawa musibah yang menimpa adalah ujian Allah supaya kerajaan dan rakyat kembali menghidupkan nilai-nilai Islam dan membanteras budaya tidak sihat dalam kalangan masyarakat.

"Kami turut berpendirian bahawa konsert yang menelan kos sebanyak USD1 juta (RM3.2 juta) adalah satu pembaziran yang tiada nilai pelaburan untuk pembangunan sebuah tamadun.

"Justeru itu, GAMIS dengan penuh harapan memohon semua pihak dari kerajaan, parti politik, NGO-NGO dan mahasiswa untuk menginsafi musibah yang melanda dengan bekerjasama membanteras program-program hiburan liar," ujar beliau.

11

Bagus
15

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 4-8-2014 09:44 PM
Setuju. Tak sesuai buat konsert macam tu.
Quote ice_sky92 4-8-2014 10:12 PM
Mohon kakak mariah carey belajar tentang nilai kemanusiaan dgn adik selena gomez.
Quote spiderman80 4-8-2014 10:13 PM
ice_sky92 posted on 4-8-2014 10:12 PM
Mohon kakak mariah carey belajar tentang nilai kemanusiaan dgn adik selena gomez.

Selena tu baik ke? Pasti boyfriend dia ajar dia tentang moral.
Quote MissLibra 4-8-2014 10:16 PM
Tak relevan dah konsert konsert nih... Tambah tambah aunty carey kertu sendu
Quote ultra78 4-8-2014 10:19 PM
Kesian juga tengok mariah carey ni. Makin tua, makin tak cukup kain. Masa dia top dahulu, cara pemakaian dia ok aje. Skrg ni dah mcm nangka bungkus.



Quote uda 4-8-2014 10:33 PM
Tu..   konsert Chow kit road 2.0 pada 29,30 & 31/8 takda pun nak dibatalkan. Mintalah penganjur KKMM batalkan.
Konsert ni akan diadakan dihadapan sogo sepanjang 3 hari tersebut untuk menyambut hari merdeka. 29/8 - Astro akan buat persembahan, 30/8 -media prima dan 31/8 RTM. Mereka ni tak sensitif langsung tentang MH17 ni.
harap mereka batalkan konsert ini.
Quote dubuk 4-8-2014 10:40 PM
sayang pergi jelajah negara lain dulu ya
Quote LUNCH 4-8-2014 10:42 PM
Kalau tak mau pergi duduk diam diam lah. Ingat semua orang mesti kena ikut telunjuk awak ke?  


P/s harap dia tak bersetubuh dengan isteri dia untuk menghormati mh17. Bhahahahahahah
Quote Changa 4-8-2014 10:42 PM
N k bersedih sampai bila?
Dalam islam pun di larang meratab kematian.
Ini kamu yg islam pula yg lebih lebih nak meratab mcm ummah oriental bukit
Quote dani-rox 4-8-2014 10:44 PM
album dulu2 jah best, skang nih macit mariah hanya sesuai buat private show utk para diktator dunia jah.
Quote roblucci 4-8-2014 10:47 PM
Changa posted on 4-8-2014 10:42 PM
N k bersedih sampai bila?
Dalam islam pun di larang meratab kematian.
Ini kamu yg islam pula yg le ...

akak sembang jah lebih
Quote ikan_kaghing 4-8-2014 10:55 PM
Kebaghalan tahap apakah ini ?

Menghormati MH18 ?

Bukannya kerana menghormati Islam Sunni Syumul ?

Lagi satu hadap sangat ka dengan artis tua kerepot ni ?

Daripada buang duit kat ajen yahudi kapiaq tua ni, lebih baik bagi kat ahkak merahjambu kita suruh dia menyanyi....harus penuh satu stadium gitu.
Quote famri7 4-8-2014 11:05 PM
Sampai kiamat ke nak meratib?? Bersedih memanjang sugul hiba..move on bishes.

Aku xpernah minat mariah carey tapi ummah suchi xsedar ke ada kaum lain di tanah suchi meleisia? Kenapa kaum lain wajib minat/ anti apa yang meleis isele minat/anti?..
Quote ice_sky92 4-8-2014 11:40 PM
spiderman80 posted on 4-8-2014 02:13 PM
Selena tu baik ke? Pasti boyfriend dia ajar dia tentang moral.

No. I'm talking about Selena Gomez's tweet about Gaza.
Quote sam_survivor 4-8-2014 11:40 PM
Life goes on la....
Quote sam_survivor 4-8-2014 11:41 PM
Kalau nak batal sbb hormati tragedy, kasi program Melodi tuh batal terus la dulu
Quote ida88 4-8-2014 11:44 PM
ultra78 posted on 4-8-2014 10:19 PM
Kesian juga tengok mariah carey ni. Makin tua, makin tak cukup kain. Masa dia top dahulu, cara pemak ...

Hazab nye baju tu
jLo pakai baju ala gini takde la hazab sgt
Quote munchkin 4-8-2014 11:46 PM
apa apalah.
Quote faraway1 5-8-2014 03:30 AM
sedih konon... berkabung konon...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.430689 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top