CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Tiada Tawaran Berlakon, Lindsay Lohan Tulis Buku

7-8-2014 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5465| Komen: 8

Description: Buku Itu Nanti Bakal Memaparkan Pelbagai Kisah Kontroversi Melibatkan Dirinya Termasuk Penjelasan Tentang Pendedahan Majalah In Touch Yang Menyenaraikan 36 Selebriti Lelaki Yang Pernah Menidurinya.
Tiada Tawaran Berlakon, Lindsay Lohan Tulis Buku
                              
Lindsay mahu menulis sebuah buku tentang kisah hidupnya.

   

SIAPA yang tidak mengenali Lindsay Lohan iaitu pelakon yang bukan sahaja berbakat besar malah terkenal sebagai artis bermasalah di Hollywood.

Akibat sikap liar dan gemar mencetuskan pelbagai kontroversi, ia mula memberi kesan kepada kerjaya lakonannya yang dilihat semakin malap.

Kali terakhir Lindsay muncul dengan projek terbaharu adalah menerusi drama bersiri Liz & Dick yang mengangkat kisah hidup primadona Elizabeth Taylor dua tahun lalu.

Ekoran tidak mempunyai pekerjaan, Daily Mail melaporkan Lindsay bakal menulis sebuah buku autobiografi mengenai kisah hidupnya.

Buku itu nanti bakal memaparkan pelbagai kisah kontroversi melibatkan dirinya termasuk penjelasan tentang pendedahan majalah In Touch yang menyenaraikan 36 selebriti lelaki yang pernah menidurinya.

Malah kata sumber terdekat pelakon itu, Lindsay sudah pun bertemu dengan beberapa syarikat penerbitan buku selain mencari penulis profesional bagi membantunya.

"Dia sudah bersedia untuk mendedahkan segala-galanya dalam buku tersebut dan berharap projek itu akan menjadi kenyataan," kata sumber.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gusikuberdarah 6-8-2014 08:53 AM
bangga sangat ke nk bgtau satu dunia yg ko tido ngn banyak lelaki?
Quote adlii 8-8-2014 02:05 AM
Nak citer cara isap dadah ?
Quote budakmanentah 8-8-2014 03:33 PM
ntah ape menariknya nk citer psl diri sndiri...sndiri yg rosakkan diri sndiri?
Quote deanswify 8-8-2014 03:50 PM
lilo sudah nampak tua. hurm.
Quote lululun 8-8-2014 04:14 PM
kesian... lost...
Quote adlii 8-8-2014 05:48 PM
Dah puas merosakkan diri sendiri pastu nak tulis buku pula
Quote adlii 13-8-2014 05:02 PM
harap dia insaf
Quote ida88 15-8-2014 09:14 AM
Syg sungguh die ni
Antara yg berbakat tp sendiri yg rosakkan diri sendiri

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.304159 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top