CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Langsiur Ikut Pulang

8-8-2014 11:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22381| Komen: 108

Description: Masa Tu Dia Tak Fikir Apa Pun Lepas Dia Buang Apa Yang Patut Dia Terus Masuk Bilik Then Tidur. Waktu Pukul 5.00am Dia Bangun Nak Ke Toilet Sekali Lagi. Baru Dia Teringat Pasal Semalam. Apa Sebenarnya ...
Assalamualaikum

Peristiwa ni baru berlaku semalam (03-08-2014).. Hari ni aku balik lunch baru mak tanya aku, "semalam naurah balik tak rasa apa ke?" So dengan gigihnya aku mengupdate di sini. Kiranya story yang baru keluar dari oven la. Masih panas gitu. Cerita ni taklah seram sangat, tapi buat aku tertanya "benda" tu ikut aku dari mana sebenarnya?

Ceritanya macam ni ...

Hari ke tujuh raya (ahad) baru aku berkesempatan beraya ke rumah membe-membe aku. Hari sabtu lepas hinggalah hari Khamis aku beraya di Johor. (hari jumaat (petang) / sabtu aku kerja) So dipendekkan cerita, kemarin baru nak terhegeh-hegeh beraya ke rumah membe aku. Lepas kenduri (dalam pukul 3.30pm) baru aku bertolak dari rumah. Destinasi pertama, aku ke Selama Kedah. Memusing jugak cari rumah kawan aku ni. Almaklumlah tak pernah sampai. Itupun harapkan GPS je. Jalan masuk ke rumah kawan aku tu kena lalu hutan kelapa sawit dan kuil hindu. Kiranya kiri kanan hutan la. Rumah kawan aku tu pulak dalam nun kebun kelapa sawit. Rumah yang paling hujung. Oh ya lupa nak mention sebelum masuk ke selama kedah ni aku dari Jawi kena lalu ke Bukit 300. Memang jauh jugak la baru nak jumpak umah orang. Lepas beraya dalam jam 5.00pm aku bertolak pulang. Sebab destinasi kedua nak pergi melawat membe aku yang baru selamat melahirkan anak. So orang dalam pantang ni tak elok la kita melawat lewat. Aku sampai umah membe aku yang kedua dalam pukul 5.50pm.

Gambar hiasan


Dari destinasi kedua, aku beransur dari rumah membe aku tu dalam pukul 7.00pm. So aku ke destinasi ketiga di sungai duri. Jalan nak ke sungai duri tu pun boleh tahan jugak jauhnya dan agak sunyi. Sampai ke rumah membe aku tu waktu senja jugak la. Tumpang mandi / solat dalam pukul 8.30pm aku beransur pulang. Kemarin beraya berdua je dengan tunang aku. So, tunang aku ajak lepak di pantai ... (aku taknak mention pantai apa, cukup kalau aku cakap pantai di tepi highway) Sebelum ni memang agak kerap jugak la lepak sana dengan membe-membe / sepupu aku. So memang tak rasa apa-apa la. Tambahan pulak pantai tu memang sentiasa ada orang. Suasana memang happening jugak la. Aku lepak dekat area medan selera. So memang riuh la kan. Suasana situ tu pun rilek je. Ada jugak orang bawak anak-anak kecil, baby lepak situ.

Borak-borak, dalam pukul 11.00pm baru aku beransur pulang. Sampai rumah, dalam pukul 12.15pm jugak la. (aku balik ikut jalan belakang).. Sampai rumah, basuh badan, cuci muka, tukar baju tidur semua, terus aku masuk tidur. Memang mengantuk gila. Sampaikan time nak baca al-fatihah pun dah jadi tunggang-langgang sebab terlalu mengantuk. Last terlelap macam tu je. Dalam lena ayam tu aku macam terkejut. Aku rasa macam ada something nak jatuh ke badan aku. Serta-merta badan aku rasa panas sangat. Almaklumla kan aku ni penakut bila dah rasa semacam macam tu terus aku bangun grab bantal, selimut tido kat hall. Baca apa yang patut terus aku terlelap macam tu ja.

.....................................................

Ni berdasarkan cerita adik aku (now adik aku tengah pregnant 4bulan)

Dalam pukul 2.00am (anggaran ja) dia bangun ke toilet. Almaklumla pregnant asyik nak toilet je dia tu. Masa adik aku bangun tu dia terbau kapur barus kuat sangat. Dia cakap bau macam orang meninggal. Masa tu dia tak fikir apa pun lepas dia buang apa yang patut dia terus masuk bilik then tidur. Waktu pukul 5.00am dia bangun nak ke toilet sekali lagi. Baru dia teringat pasal semalam. Apa sebenarnya yang dia bau tu? Mula la seram.

Time lunch tadi macam-macam mak aku soal. Termasuklah warning jangan pulang lewat (memandangkan adik aku tengah pregnant) ....

Aku terfikir jugak betul ke langsiur yang ikut? Katanya bau "dia" macam tu. Persoalannya dari mana 'dia' ikut aku. Almaklumlah meronda merata. Asalkan jangan "tunjuk" depan aku sudah laaaaaaa.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skalar 4-8-2014 02:37 PM
Aku suspek kt pantai tu.
Quote Naurah_rik 4-8-2014 02:43 PM
skalar posted on 4-8-2014 02:37 PM
Aku suspek kt pantai tu.

tulah mak aku pun cakap perkara yang sama ... aku lak suspek kat selama kedah tu. eh, nape ko cakap kat pantai? (almaklum la aku ni kayu sikit)

Quote deanswify 4-8-2014 03:13 PM
bahaya kalau benda tu ikut balik
Quote skalar 4-8-2014 03:13 PM
Naurah_rik posted on 4-8-2014 02:43 PM
tulah mak aku pun cakap perkara yang sama ... aku lak suspek kat selama kedah tu. eh, nape ko caka ...

Aku bnyk dgr cerita pasal langsuir dekat tali air. Tu sebab boleh related tu. Mungkin la
Quote ellejo 4-8-2014 03:23 PM
apa beza langsuwe dgn pontianak? lebih kurang je kalo dalam tv
Quote khailya 4-8-2014 03:31 PM
pantai? tepi highway? kt mane???....
area butterworth tu ker?...
sbb klu balik kg naik bas.. mmg lalu situ..
dan sesungguhnyer aku tingin nak lepak situ ... mcm besttttttttt jer
Quote rdzaccess 4-8-2014 03:31 PM
bilanya langsuyur tu ikut balik ?
Quote dondangdendang 4-8-2014 03:53 PM
mm.....betul ke tu langsuir?
Quote Naurah_am 4-8-2014 04:08 PM
khailya posted on 4-8-2014 03:31 PM
pantai? tepi highway? kt mane???....
area butterworth tu ker?...
sbb klu balik kg naik bas.. mm ...

haaaa kalau orang penang memang tau kat mana. betul la tu kat butterworth. memang best pun lepak situ. aku selalu jugak dok situ.. tak pernah la jadi pelik-pelik ke apaaaa. pi la, memang seronok kat situ.

Quote Naurah_rik 4-8-2014 04:10 PM
rdzaccess posted on 4-8-2014 03:31 PM
bilanya langsuyur tu ikut balik ?

semalam.. tapi tak pasti la betul ke langsiur. kata orang tua-tua bau macam orang meninggal tu langsiur. tapi tak pasti la la pulak

Quote Naurah_rik 4-8-2014 04:11 PM
dondangdendang posted on 4-8-2014 03:53 PM
mm.....betul ke tu langsuir?

tapi pasti laaaaa. katanya orang tua-tua bau macam orang mati tu langsiur. Mak pulak cakap, dah saya ni baru balik dari pantai. kemungkinan la kot

Quote PICes_Boy 4-8-2014 04:20 PM
kompom ke benda alah tu? katanya bau je..
Quote khailya 4-8-2014 04:21 PM
Naurah_am posted on 4-8-2014 04:08 PM
haaaa kalau orang penang memang tau kat mana. betul la tu kat butterworth. memang best pun lepak s ...

haa betui la kat situ eh..
aku raya aritu konon berangan nak ajak husben aku lepak situ..
tp tak bekesempatan.. fuhhh nasib baik.. klu tak kompem... .. eii ngeri wehh..
kalau lalu situ mmg tgk ramai je org lepak situ..+ org duk tangkap ikan ke ape ntah tepi2 pantai tu
Quote Naurah_rik 4-8-2014 04:26 PM
ellejo posted on 4-8-2014 03:23 PM
apa beza langsuwe dgn pontianak? lebih kurang je kalo dalam tv

yang saya faham laaaa..  

PONTIANAK
perempuan mati bersalin

LANGSIUR
Perempuan yang mati dalam keadaan ngeri. kena bunuh ke apa ke. sebelum mati dia berdendam.

tapi yang saya betul-betul pasti pontianak atau langsuwe ni dua-dua makhluk halus ciptaan Allah. Tapi harap-harap saya takkan berjumpa dengan 2 makhluk ni mau pengsan dibuatnya
Quote lipstickz 4-8-2014 04:30 PM
erkk.. btol ke bau kapur barus tu bau cik lang ni?

lately selalu terbau kapur barus tu kat dlm rmh, apekah???
Quote Naurah_rik 4-8-2014 04:35 PM
khailya posted on 4-8-2014 04:21 PM
haa betui la kat situ eh..
aku raya aritu konon berangan nak ajak husben aku lepak situ..
tp tak ...

ishhh tak pa la. pi ja.. saya pun selalu pi alhamdulilah takdak apa. cuma semalam jaaaa. huhu

Quote Naurah_rik 4-8-2014 04:36 PM
lipstickz posted on 4-8-2014 04:30 PM
erkk.. btol ke bau kapur barus tu bau cik lang ni?

lately selalu terbau kapur barus tu kat ...

erkkkk ... seram wehhh. orang tua-tua la kata bau kapur barus bau cik lang. kesahihan tu tak pasti la pulak

Quote khailya 4-8-2014 04:51 PM
OT jap..
tp kan.. lepak situ ok ker? selamat ker?
sbb aku tgk ramai je budak2 motor lepak situ.. seriau lak.. mane la nak tau... huhu kene ragut ke.. rompak ker..
Quote Naurah_rik 4-8-2014 04:58 PM
khailya posted on 4-8-2014 04:51 PM
OT jap..
tp kan.. lepak situ ok ker? selamat ker?
sbb aku tgk ramai je budak2 motor lepak situ.. s ...

Setakat hari ni alhamdulilah selamat .. budak motor lepak kat luar tu. jangan la kita turun lepak sekali dengan depa tu. kita lepak kat tepi pantai tu haaa. ramai orang, ada yang picnic berkeluarga pun

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064663 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top