CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Cuba Terjun Dari Pokok Kelapa Tertekan Bercerai

13-8-2014 03:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8029| Komen: 26

Description: “Setibanya Kami Ke Lokasi, Didapati Orang Ramai Sedang Memujuk Lelaki Berkenaan Agar Turun Dari Pokok Kelapa, Namun Kami Terpaksa Mengambil Masa Kira-Kira Sejam Setengah Bagi Menenteramkannya Supaya ...
Lelaki Cuba Terjun Dari Pokok Kelapa Tertekan Bercerai

Gambar hiasan


Lelaki tersebut ditenangkan oleh orang awam sebelum dibawa ke Balai Polis Manir, Kuala Terengganu.



KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki cuba terjun dari pokok kelapa selepas dipercayai gagal mengawal emosi kerana terlalu tertekan dengan masalah keluarga, dalam satu kejadian di Kampung Telari, Manir, di sini, semalam.

Bagaimanapun, cubaan bapa kepada empat anak itu gagal apabila berjaya dipujuk oleh orang awam serta anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu dan sepasukan anggota Rakan Cegah Jenayah (RCJ) di lokasi kejadian.

Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu mengalami tekanan sejak bercerai dengan isterinya seminggu lalu.

Sebelum kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 1 petang itu, difahamkan lelaki tersebut ada meminta wang sejumlah RM100 daripada ibunya sebelum mengamuk dan memanjat pokok kelapa berhampiran.

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, penduduk kampung yang kebetulan berada di lokasi kejadian terus menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Badrul Hisham Othman berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.25 petang sebelum sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya kami ke lokasi, didapati orang ramai sedang memujuk lelaki berkenaan agar turun dari pokok kelapa, namun kami terpaksa mengambil masa kira-kira sejam setengah bagi menenteramkannya supaya turun dengan selamat,” katanya.

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Manir, di sini, untuk siasatan lanjut.

7

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 13-8-2014 03:19 PM
Tak tinggi sangat kot pilihan dia ni
Quote solstice 13-8-2014 03:21 PM
Biar je lah dia mampus terjun pokok tu
Menyusahkan org

Kalau betul2 nak mampus kao pegi terjun lombong senyap2
Quote lazim 13-8-2014 03:24 PM
tkut xmmpos tp lumpuh je, dh sape nk bela
Quote asyriqa 13-8-2014 03:24 PM
adoyaiiii... patut ler bini minta cerai... gile isim rupanya...   elok  la mampuih terjun pokok tuh... dah tua kediri pun masih minta duit ngan mak... puiiiii punye jantan bongok...
Quote haryatie 13-8-2014 03:26 PM
buat apa nak terjun2 pokok..buat nya x mati..cacat seumur hidup ker..da nyusahkan org lain & diri sendiri..
bercerai saja pun..tu pun kesah sgt..
relax la...ramai jerk org bercerai...
pastu nak khawin lain pun boleh.....ada apa hal...nak ngan x nak jerk...
Quote boyagombak 14-8-2014 11:21 AM
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki cuba terjun dari pokok kelapa selepas dipercayai gagal mengawal emosi kerana terlalu tertekan dengan masalah keluarga, dalam satu kejadian di Kampung Telari, Manir, di sini, semalam.

Bagaimanapun, cubaan bapa kepada empat anak itu gagal apabila berjaya dipujuk oleh orang awam serta anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu dan sepasukan anggota Rakan Cegah Jenayah (RCJ) di lokasi kejadian.

Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu mengalami tekanan sejak bercerai dengan isterinya seminggu lalu.





Dipercayai bahawa leaki tersebut cuba terjun dari pokok kelapa sepertimana gambar yang di atas





INI BARU BETUL2 BERANI MATI


Last edited by boyagombak on 14-8-2014 11:24 AM

Quote penari 14-8-2014 11:27 AM
apesal badan dia sekerat itam sekerat putih
Quote mattzzx 14-8-2014 11:30 AM
Bercerai tak semestinya dunia dah berakhir....kawin lain lah lagi besttt..
Quote emmaisa 14-8-2014 11:47 AM
penari posted on 14-8-2014 03:27 AM
apesal badan dia sekerat itam sekerat putih

bayang daun tu...
dia duduk bawah pokok
Quote famri7 14-8-2014 11:48 AM
Terengganu darul lakibini pprt.
Quote biggirlduncry 14-8-2014 11:48 AM
bakpo ado supik gelenyar plop?
Quote GhostWalking 14-8-2014 11:49 AM
biggirlduncry posted on 14-8-2014 03:48 AM
bakpo ado supik gelenyar plop?

sbb minda dia selembik supik gelenyar ghak
Quote mak_wa95 14-8-2014 08:15 PM
GhostWalking posted on 14-8-2014 11:49 AM
sbb minda dia selembik supik gelenyar ghak

supik gelenyar tu hape...
Quote Centurion 14-8-2014 08:19 PM
asyriqa posted on 13-8-2014 03:24 PM
adoyaiiii... patut ler bini minta cerai... gile isim rupanya...   elok  la mampuih te ...

Kediri 2 natang ape?
Quote tak_tahu 14-8-2014 08:29 PM
mak_wa95 posted on 14-8-2014 08:15 PM
supik gelenyar tu hape...

Beg plastik.
Quote mak_wa95 14-8-2014 08:34 PM
tak_tahu posted on 14-8-2014 08:29 PM
Beg plastik.

hahahahaha beg plastik rupanya....

tapi beg plastik tu kukuh juga...
Quote protonpersona 14-8-2014 08:51 PM
dah tua bangka masih mintak duit dengan mak...bodo nak mampus
Quote nebulagazer 14-8-2014 08:52 PM
Anak 4 org...sian anak menanggung malu
Quote tak_tahu 14-8-2014 08:58 PM
mak_wa95 posted on 14-8-2014 08:34 PM
hahahahaha beg plastik rupanya....

tapi beg plastik tu kukuh juga...

Kikiki! plastik cap ayam agaknya.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.150748 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top