CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Teman Wanita Mamat Garang?

14-8-2014 04:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19656| Komen: 116

Description: "Masa Mula-Mula Perkenalan Kami Disaat Nama Saya Jatuh, Disaat Satu Malaysia Mencaci Saya. Tapi Dia Tak Tahu Pun Yang Saya Ni Artis. Dia Hanya Kenal Saya Sebagai Mamat.
Teman Wanita Mamat Garang?



Sikit masa dulu asal muncul saja nama Mamat (Sepah), 29, di dada-dada akhbar, tiada cerita lain yang diperkatakan tentang pelakon dan pelawak ini melainkan kontroversi yang tidak putus-putus mengaitkan dirinya.

Bermula dengan cerita cintanya bersama Fida Ibrahim, perpecahan kumpulan Sepah, penyebaran gambar Zed Zaidi yang kononnya kemalangan, isu tunjuk samseng dan banyak lagi.

Namun semenjak bergelar penyampai radio Ultra.fm seak setahun lalu nama Mamat seakan sepi daripada sebarang kontroversi. Mengakui perkara tersebut, Mamat berkata, sikap garang kekasihnya yang dikenali sebagai Nurul Syafiqah Zakaria atau Kaka, 24, banyak mengubah kehidupannya sekaligus boleh dikata dia kini semakin bersih dari sebarang isu panas.


"Tidak seperti wanita- wanita yang pernah saya kenal sebelum ini, dia boleh saya katakan kekasih saya paling garang. Selama ini tiada perempuan yang berani marah saya, tapi dia berani. Itu yang saya rasa dia ni lain daripada yang lain.

"Misalnya dia akan sentiasa ingatkan saya dalam banyak hal. Dia akan ingatkan agar jangan buat perkara yang bukan-bukan. Dia selalu ingatkan saya tentang akibat yang saya terima daripada kontroversi-kontrovesi lalu. Sekaligus dia juga banyak mengubah kehidupan saya kepada kehidupan yang lebih baik dan jauh daripada kontroversi dalam beberapa tahun ini", kata Mamat etika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ultra.fm yang diadakan di sebuah hotel di ibukota, kelmarin.

Kata Mamat lagi, walaupun buah hatinya itu lima tahun lebih muda daripadanya namun kematangan gadis tersebut membolehkan hubungan mereka berkekalan hingga sekarang sejak perkenalan tiga tahun lalu.

"Walaupun dia muda tapi dia matang. Dan paling penting dia menerima saya seadanya. Begitu juga dengan keluarganya", ujarnya.
Begitupun beritahu Mamat, pada awal perkenalan, hubungan mereka berdepan cabaran apabila ada pihak seolah-olah cuba untuk memburuk-burukkan namanya.

"Masa mula-mula perkenalan kami disaat nama saya jatuh, disaat satu Malaysia mencaci saya. Tapi dia tak tahu pun yang saya ni artis. Dia hanya kenal saya sebagai Mamat.

"Tapi beberapa orang sekeliling yang rapat dengannya 'memperkenalkan' saya kepada dia dengan cerita-cerita negatif dan kontroversi-kontroversi yang pernah mengaitkan saya. Masa itu memang satu dugaan lah untuk kami.

"Tapi walau apa pun cerita buruk saya yang dia dengar, dia tetap menerima saya seadanya. Tapi kadang-kadang tu kami ada juga bergaduh sebab dia tak biasa dengan dunia glamor. Jadi kalau pihak media nak ambil gambar kami berdua, dia sebolehnya menolak. Tapi sekarang ni dia dah semakin okay dah sudah boleh memahami kerjaya saya sebagai artis", dedah Mamat lagi.

Dia dan Kaka bertemu di gedung membeli-belah, Johor Premium Outlets (JPO) Johor, dan sejak itu mereka mula berkawan rapat. Kaka merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Perdangangan Antarabangsa di MSU, Shah Alam.

Ditanya pula mengenai perancangan seterusnya, kata Mamat hasrat untuk membawa hubungan cintanya ke peringkat seterusnya memang ada tetapi buat masa ini perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan dulu sehinggalah Kaka menamatkan pelajarannya yang dijangka hujung tahun ini.

"Hubungan kami dah masuk tiga tahun. Perancangan untuk ke peringkat seterusnya itu memang ada. Tapi saya nak dia habiskan belajar dulu. Dia akan tamatkan pengajiannya hujung tahun ini. Saya tak mahu nanti dia terganggu.

"InsyaAllah, kalau tiada aral saya nak masuk meminang pada tahun depan. Saya tak pasti lagi sama ada kami akan bertunang atau akan ada majlis lebih daripada itu (kahwin). Tapi yang pasti, saya akan adakan satu majlis", katanya.

Tak Mahu Tukar Nama

Sementara itu, Mamat berkata dia tidak akan menukar nama baru sebaliknya mahu terus memakai nama Mamat (Sepah) meskipun kumpulannya itu sudah dibubarkan. Malah dia menganggap nama Mamat Sepah itu sebagai tuah yang mana memperkenalkan dia pada dunia seni.

"Ada juga orang suruh saya tukar nama. Macam abang Amy (Search) minta saya jangan pakai nama Mamat sebab maknanya kurang baik. Tapi bagi saya, tak mengapa lah. Nama Mamat (Sepah) ni ramai dahh kenal. atuh bangun saya dengan nama ni. Jadi saya akan terus pakai nama ni.

"Nama Sepah tu sebenarnya didaftarkan atas nama saya, jadi saya boleh pakai nama tu. Saya tak pernah keluar dari Sepah sebaliknya Jepp dan Shuib yang ambil keputusan untuk keluar dan sebab itu mereka kena buat kumpulan dengan nama baru, Sepahtu", katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 14-8-2014 07:28 AM
erm sendu.
Quote damian_lee 14-8-2014 07:34 AM
suka di "spank" dia ni .... hahahaahaha
tp some lelaki mmang akan berubah klo kena pada perempuan yg betul ...
like my uncle zaman dulu2 .... dia malas gila nak kerja .... time bujang ... klo dulu tu mmang keji sgt klo malas nak keje ... hihihih
one day dia nak kawin .. tkejut satu keluarga mcm mna la dia nak bg makan kat anak bini
but yg aku respect keluarga perempuan tu ... boleh cakap ... "mungkin penyakit malas dia boleh dsembuhkan dgn kawin" .... so kahwinlah mereka
sekarang ni pak cik aku lah org pling rajin keje hihihihi

p/s: cerita di atas adlh koleksi turun temurun ... saya tiada dtmpt kejadian ... hihihi
Quote DayangKirana 14-8-2014 07:46 AM
Behind every successful man, there is a strong, wise and hardworking woman...

Quote diatas sekadar tempelan..tiada kaitan dengan Mamat Sepah mahupun Kaka....
Quote mzzenma 14-8-2014 07:50 AM
Baguslah kalau begitu. Moga berjodohan kekdahnya.
Quote putehkundor 14-8-2014 08:01 AM
Kenapa Amy mastura kata makna mamat ni tak elok?
Ramai jah org melayu nickname mamat.
Quote nurfariezza 14-8-2014 08:03 AM
"Masa mula-mula perkenalan kami disaat nama saya jatuh, disaat satu Malaysia mencaci saya. Tapi dia tak tahu pun yang saya ni artis. Dia hanya kenal saya sebagai Mamat.




dok dlm gua ke awek dia ni...smpai mamat yg byk kntroversi ni pn dia xknal..
Quote afira 14-8-2014 08:08 AM
nurfariezza posted on 14-8-2014 08:03 AM
dok dlm gua ke awek dia ni...smpai mamat yg byk kntroversi ni pn dia xknal..

ala...statement basi la tuh..bila jumpe sure ckp "dia x tau pun saya ni artis..dia terima saya seadanya mcm org biase" kliseee....

Quote nenekdiva 14-8-2014 08:09 AM
putehkundor posted on 14-8-2014 08:01 AM
Kenapa Amy mastura kata makna mamat ni tak elok?
Ramai jah org melayu nickname mamat.

kalau tak silap kan...kalau tak silap laaaa...maksud mamat @ mat = mati....
Quote nenekdiva 14-8-2014 08:10 AM
QC kah wanita itu?
Quote nurfariezza 14-8-2014 08:28 AM
afira posted on 14-8-2014 08:08 AM
ala...statement basi la tuh..bila jumpe sure ckp "dia x tau pun saya ni artis..dia terima saya sea ...

mnyampah btol statement bajet2 sucii gitu...xknal knon...rase mcm nk bg kaki je...

ehhh...npe i emo lebih plak ni..


Quote putehkundor 14-8-2014 08:33 AM
nenekdiva posted on 14-8-2014 08:09 AM
kalau tak silap kan...kalau tak silap laaaa...maksud mamat @ mat = mati....

Oh ye ke....
Thanks nenek
Quote Vellfire 14-8-2014 08:37 AM
baguslah....
Quote lil_honey 14-8-2014 08:44 AM
cam linda hashim la pempuan tu..ngn olin bini si johan
Quote annehuda 14-8-2014 08:49 AM
damian_lee posted on 14-8-2014 07:34 AM
suka di "spank" dia ni .... hahahaahaha
tp some lelaki mmang akan berubah klo kena pada perempuan y ...

adakah kite berkongsi pakcik yg sama uols? sbb aku pun ade sorg pakcik mcm ni. ms bujang kasi alasan buasir sbb tu malas nk keje. skali tu kawen ni dh terlebih rajin smpi hari raya pun nak keje. anak dah 3 dah. baidewei pakcik iols tu keje guard sekolah jah. zaman sekolah dulu pemalas keje sekolah pun adik2 buatkan tu yg sekolah tak tinggi tu

Quote reenz013 14-8-2014 08:50 AM
cun awek dia banding awek tauke
elokla..hrp sampai ke jinjang pelamin..jgn musnah sudah..time tu balik ke bnyk kontroversilak
Quote ladyfree 14-8-2014 08:51 AM
putehkundor posted on 14-8-2014 12:01 AM
Kenapa Amy mastura kata makna mamat ni tak elok?
Ramai jah org melayu nickname mamat.

Amy search la uu. bukan amy mastura.
Quote cantthinkofany 14-8-2014 08:55 AM
putehkundor posted on 14-8-2014 08:01 AM
Kenapa Amy mastura kata makna mamat ni tak elok?
Ramai jah org melayu nickname mamat.

amy mastura?.....ke amy search?
Quote mamapea 14-8-2014 08:55 AM
mcm husband aku gak la..masa dia kapel dgn ex2 awek dia semua takut kt dia..
aku je yg tak takut dgn dia dan berani sound dia..
Quote budakmanentah 14-8-2014 09:01 AM
muka awek dia iras2 linda hashim wife beego

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.202606 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top