CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Yana Samsudin Mula Bersikap Sombong

15-8-2014 04:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8559| Komen: 18

Description: "Saya Bukannya Sombong Cuma Apabila Tidak Lagi Mempunyai Pengurusan Semua Perkara Terpaksa Saya Lakukan Sendiri Tanpa Bantuan Sehingga Kadang-Kadang Saya Terlepas Pandang Panggilan Atau Pesanan Yang ...

Yana Samsudin Mula Bersikap Sombong



Yana menjelaskan faktor dia menguruskan kerjayanya tanpa bantuan pembantu membuatkan dia kadang-kala terlepas pandang panggilan yang dibuat kepadanya. Foto Ihsan ROTIKAYA.

PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin menyangkal dakwaan kononnya dia sudah berubah dan bersikap sombong sehingga sukar dihubungi oleh pihak media untuk mendapatkannya bagi sesi fotografi ataupun temu bual.

Yana, 30, menjelaskan, faktor itu disebabkan dia kini menguruskan kerjayanya tanpa bantuan pembantu disamping kesibukannya di lokasi penggambaran membuatkan dia kadang-kala terlepas pandang mengenai panggilan yang dibuat kepadanya.

"Saya bukannya sombong cuma apabila tidak lagi mempunyai pengurusan semua perkara terpaksa saya lakukan sendiri tanpa bantuan sehingga kadang-kadang saya terlepas pandang panggilan atau pesanan yang dihantar kepada saya.

"Tambahan pula telefon saya diformat baru-baru ini dan kehilangan semua nombor menyukarkan lagi saya mengenali siapa yang membuat panggilan.

"Sudah empat bulan saya bergerak sendiri dan masih menyesuaikan diri jadi banyak perkara yang perlu saya beri perhatian," katanya kepada mStar Online.

   


Izzue dan Yana dilantik sebagai duta jenama Super.


Yana ditemui pada majlis pelantikannya bersama aktor Izzue Islam sebagai duta produk Super 'The Secret To A Smile' di Cathay Cineplex E@curve di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Yana menjelaskan, kehadiran adik kepada pelakon Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari yang menemaninya di majlis-majlis hiburan bukan sebagai pengurus sebaliknya berdasarkan projek tertentu sahaja.

Yana turut menegaskan hubungannya dengan Fadzil yang dikatakan sedang bercinta tidak benar sebaliknya mereka hanya sekadar berkawan.

"Seperti mana majlis hari ini (pelantikan sebagai duta Super) dia terlibat dalam projek ini jadi dia hadir bersama-sama saya. Tetapi dia bukan pengurus saya.

"Kami memang tiada apa-apa jadi buat apa saya ingin mengada-adakan cerita yang tiada," katanya.

Izzue dan Yana bersama Pengarah urusan Super Food Marketing Sdn Bhd Steven Lim pada majlis memperkenalkan mereka sebagai duta produk jenama berkenaan.

Sementara itu, Yana berkata, dia amat terharu apabila dipilih sebagai duta jenama Super kerana ia adalah produk pertama yang melantiknya sebagai duta sepanjang 10 tahun dia terlibat dalam bidang seni.

Bagaimanapun kata Yana, sebelum bersetuju dia meminta untuk mencuba terlebih dahulu kopi yang dihasilkan dan hanya bersetuju selepas berpuas hati dengan produk berkenaan.

"Saya jujurnya bukan penggemar kopi sebab itu saya minta untuk cuba dahulu sebelum bersetuju menjadi duta kerana tidak mahu hanya mewakili produk berkenaan tanpa mencuba sendiri.

"Kontrak ini juga adalah yang pertama dan terbesar yang pernah saya dapat sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang seni dan Alhamdulillah dengan rezeki diberikan oleh Allah," katanya.


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 9-8-2014 03:15 AM
thread dah ada lah spammer
Quote cruisekeanu 9-8-2014 08:06 AM
Tak tahu pun dia ni
tengok ada le berlakon
tapi tak meninggalkan kesan
kalau Fauziah Nawi tu lain le
Quote budakmanentah 9-8-2014 10:28 AM
hidung tu...huhhh
Quote apiang 9-8-2014 03:20 PM
huhuhu non hado sangat...

Quote malaywood.NET 9-8-2014 03:26 PM
lain betol hidung..
Quote enchikfitz 9-8-2014 05:32 PM
Sendu btul dia skrg. Perlu ke nk sombong
Quote drivethru 9-8-2014 06:12 PM
Antara artis yg bakal dilupakan.

Nampak tua muka dia. Ade buat sesuatu ke?
Quote akucintadia 9-8-2014 07:06 PM
yana yang dulu lagi comel
Quote nadieya 9-8-2014 07:08 PM
byk sgt renovate muka kot..
pelik sgt nampaknya...
Quote tomet05 10-8-2014 08:49 AM
kihkihkih .. spammer ko panggil dia ..
Quote aufa 10-8-2014 08:48 PM
Lebih suka pada yana yg dulu...
Quote poison_paradise 10-8-2014 09:03 PM
Muke lain kan.. Hidung pastu gigi pon da lain
Quote sepatmasin 11-8-2014 11:05 AM
akucintadia posted on 9-8-2014 07:06 PM
yana yang dulu lagi comel

kang..yang dulu lagi comel
Quote LembingDayanti 11-8-2014 01:41 PM
yg start start rumours ni mesti askar2 david teo -_-
Quote delcol87 18-8-2014 11:57 AM
hidung dah mancung dah, tapi takdela npak sombong.
Quote R.A.M.A_mirror 18-8-2014 08:43 PM
yana yang dulu bkan lah yg sekarang..
da tua da yana..
selamat tinggal.. haha
Quote putehkundor 18-8-2014 09:52 PM
Hidung dah mancung,
Pipi botox dah tersorong sorong
Quote devilito2 19-8-2014 08:24 AM
dlu pun dah ok... kenapa nak tukar2...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.396034 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top