CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Aliff Omar Anak Allahyarham Sharifah Aini Bernikah Oktober Ini?

21-8-2014 11:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 53052| Komen: 197

Description: Aliff Juga Dikatakan Sedang Membuat Persiapan Majlis Pernikahan Beliau Namun Tidak Dipastikan Dimanakah Dan Bila Majlis Bakal Berlangsung.

Aliff Omar Anak Allahyarham Sharifah Aini Bernikah Oktober Ini?









Sudah lebih 42 hari Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini pergi mengadap Illahi. Kepada mereka yang rapat dengan beliau, sudah tentu masih lagi merasai akan akan kehilangan penyanyi legenda bersuara emas itu. Pastinya yang paling terasa akan pemergian Kak Pah adalah anak sulungnya, Aliff Omar yang sempat menjaga ibunya yang terlantar sakit ketika balik ke Malaysia untuk bercuti Jun lepas.

Namun, seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Berita Harian Ahad dalam ruangan Desas-desus B Pop oleh penulis Raja Nurfatimah Mawar, Aliff Omar dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya Oktober ini. Jika benar, maka ini adalah satu berita yang cukup menyenangkan bukan sahaja mereka yang rapat dengan Kak Pah malah peminat-peminat Kak Pah juga turut berasa gembira dengan berita ini.

Namun tidak didedahkan siapakah gadis yang cukup bertuah disunting oleh Aliff. Biarlah yang empunya badan memaklumkan sendiri. Yalah, Si Aliff itu seorang anak yang cukup pemalu dan seorang yang merendah diri. Lagipun banyak masa Aliff dihabiskan di Madinah menuntut ilmu dan jarang beliau ditemubual oleh wartawan untuk mengetahui perkembangan terkini beliau.

Aliff juga dikatakan sedang membuat persiapan majlis pernikahan beliau  namun tidak dipastikan dimanakah dan bila majlis bakal berlangsung.

Jika arwah masih ada, sudah tentu beliaulah yang paling sibuk menguruskan majlis itu. Malah dikatakan Arwah Kak Pah cukup berkenan dengan pilihan hati anak lelakinya itu. Gadis muslimah pilihan Aliff dikatakan seorang yang berbudi bahasa, cantik dan daripada keluarga yang baik-baik.

Bila dikenang kembali, rasa sayu pula  bila arwah tidak berkesempatan untuk menyaksikan anak tunggalnya itu berumahtangga. Namun pastinya arwah gembira kerana akhirnya Aliff bakal menamatkan zaman bujang dan memiliki keluarga sendiri.

Kepada Aliff, semoga pernikahan yang dirancang Oktober ini, Insya Allah, berjalan dengan lancar dan semoga rumahtangga yang bakal dibina akan terus berkekalan dan diberkati oleh yang maha Esa.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PEPPERMAN 20-8-2014 09:43 AM
ingatkan nak jadi penyanyi
Quote duquesne 20-8-2014 10:04 AM
Hmmm rupa Aliff ni macam rupa pelakon cerita Cinta Jangan Pergi - Josiah Hogan.

Bagus la kalau dia nak menikah.. pak dia ada lagi kan?
Quote maxim 20-8-2014 10:06 AM
untung pompuan tu



Quote nuryakmal 20-8-2014 10:08 AM
badan sasa, muka hensem, agama cukup, sayang ibu

untung sangat
Quote kokocrunch 20-8-2014 10:13 AM
Alhamdulillah. Tahniah wat aliff dan pasanganya.
Quote juecy 20-8-2014 10:15 AM
Alhamdulillah klu keberuntungan itu terjadi.
Doa yg baik2 buat bakal Suami/Isteri ini.
Quote hemoh2 20-8-2014 10:18 AM
Tahniah in advance kalo betul...
Quote newyork 20-8-2014 10:44 AM
Beruntung bakal wife dia..
Quote mybarbie 20-8-2014 10:44 AM
duquesne posted on 20-8-2014 10:04 AM
Hmmm rupa Aliff ni macam rupa pelakon cerita Cinta Jangan Pergi - Josiah Hogan.

Bagus la kalau d ...

Ayah aliff ada lagi. Gambar yg ke 4 tu gambar aliff dengan ayahnya masa pengebumian datuk sharifah aini.
Quote mybarbie 20-8-2014 10:45 AM
PEPPERMAN posted on 20-8-2014 09:43 AM
ingatkan nak jadi penyanyi

Kenapa ingat dia nak jd penyanyi? ;)
Quote haryatie 20-8-2014 10:48 AM
Alhamdulillah...
Quote bottombikini 20-8-2014 10:50 AM
duquesne posted on 20-8-2014 10:04 AM
Hmmm rupa Aliff ni macam rupa pelakon cerita Cinta Jangan Pergi - Josiah Hogan.

Bagus la kalau d ...

yelah uolss...patut cam pernah ku lihat wajahnya tapi dimana ya
Quote yinfenglee 20-8-2014 10:52 AM
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair."

Tahniah Aliff dan pasangan
Quote rbmy 20-8-2014 10:52 AM
ntah2 neelofa.
hehehehehe...
Quote theotherfriend 20-8-2014 11:07 AM
Tahniah jika betul.
semoga jodoh kekal ke hujung nyawa.
Quote mybarbie 20-8-2014 11:10 AM
rbmy posted on 20-8-2014 10:52 AM
ntah2 neelofa.
hehehehehe...

hehe...
terkejut juga kalau betul...
tapi kalau dah jodoh alhamdulillah..
Quote mimiekiut 20-8-2014 11:13 AM
Tahniah Aliff...
bila tengok pic Alif kat atas tu teingat2 kt anak2 iols..moga-moga jadi anak yang soleh macam Aliff ni..
Quote duquesne 20-8-2014 11:14 AM
mybarbie posted on 20-8-2014 10:44 AM
Ayah aliff ada lagi. Gambar yg ke 4 tu gambar aliff dengan ayahnya masa pengebumian datuk sharifah ...

Haaa.. ayah dia boleh tolong uruskan majlis dia ni.. should not be a problem walaupun umminya dah tiada.

Bila la boleh tengok siapa bakal isterinya..
Quote mitnick 20-8-2014 11:16 AM
tahniahhhhh                                                                     

Lihat semua komen(197)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.118045 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top