CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Alyph (Sleeq) Mohon Maaf Pegang Tangan Tunang

26-8-2014 12:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10090| Komen: 22

Description: "Maafkan Saya Jika Ada Yang Tidak Berkenan Dengan Gambar Itu. Tetapi Saya Hormati Segala Komen Dan Kritikan Yang Diberikan Kerana Saya Faham, Media Sosial Adalah Satu Platform Bebas Untuk Sesiapa Pu ...
Alyph (Sleeq) Mohon Maaf Pegang Tangan Tunang

Foto Alyph dan Azzah mendapat kritikan gara-gara wanita itu memegang lengan Alyph.



PETALING JAYA: Penyanyi Alyph (Sleeq) memohon maaf jika gambarnya berpegangan tangan bersama tunang, Azzah Fariha Samat, 27, mengundang rasa kurang selesa kepada mana-mana pihak yang melihatnya.

Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 25, berkata, gambar tersebut sepatutnya tidak perlu dijadikan isu namun dia tetap menghormati setiap pandangan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling.

"Maafkan saya jika ada yang tidak berkenan dengan gambar itu. Tetapi saya hormati segala komen dan kritikan yang diberikan kerana saya faham, media sosial adalah satu platform bebas untuk sesiapa pun yang ingin komen.

"Apa-apa pun terima kasih atas kritikan itu. Dan jujurnya saya tidak terasa hati pun dengan segala komen negatif yang diberi. Cuma terkejut sedikit sahaja pada mulanya," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsAapp di sini pada Isnin.

Minggu lalu, segelintir peminat Alyph telah mengkritiknya selain dia memuat naik foto bersama tunang di Facebook dengan berpegangan tangan.

Antara komen mengatakan mereka tidak sepatutnya mengambil gambar berpegangan tangan meskipun sudah bertunang kerana mereka masih belum menjadi suami-isteri yang sah.

Sementara itu, ditanya pula mengenai persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Gardens By The Bay Singapore, Alyph berkata, kesemuanya sudah hampir selesai diuruskan.

"Alhamdulillah, persiapan perkahwinan kami sudah hampir siap. Segala dokumen yang perlu dibuat juga sudah selesai.

"Tinggal tunggu masa saja. Berdebar juga, doakan segalanya berjalan dengan lancar," tuturnya.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Sleeq iaitu Ahmad Syarif, 25, bakal melangsungkan perkahwinannya pada November depan.


5

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malaywood.NET 26-8-2014 01:37 AM
boring lah ko. NEXT
Quote kakikuDibibirmu 26-8-2014 01:37 AM
sumpah mak tak kenal
Quote malaywood.NET 26-8-2014 01:39 AM
yg duet dgn najwa langsir tu lah kaka.
Quote kakikuDibibirmu 26-8-2014 01:41 AM
video klip ka live show AJL?
Quote malaywood.NET 26-8-2014 01:51 AM
2 2 tulah.. lagu eh untuk dia eh untuk dia..
Quote kakikuDibibirmu 26-8-2014 01:52 AM
tak minat kain langsir, tak nak ambil tahu
Quote munchkin 26-8-2014 02:09 AM
Tak kenal..

....
Quote ida88 26-8-2014 02:53 AM
Urban sgt alyph
Alif kan senang
Quote tomet05 26-8-2014 08:31 AM
pasni kua berita lain lak kan wartawan ih kan
Quote DOUBLE7 26-8-2014 12:19 PM
silap2 org yg hentam dia pgang tangan tunang dia tu lagi teruk perangai...
Quote rizalsik 26-8-2014 12:22 PM
itu pun nak jadi isu ke??...dlm hal ni bknnya sy nak perlecehkan ttg agama ....ttp  ramai lagi org yg pegang tgn bukan mahram...mcm dok posing2 dlm mjlh mangga tu....bknnya tak tau benda tu haram...
Quote rizalsik 26-8-2014 12:23 PM
oh ye ...bila sebut majalah mangga ni...dah tak nampk di pasaran...dah tak laku ke???
Quote dahlamadah.. 26-8-2014 12:23 PM
mengada-ngada la org komen tu.. itu pun nk jadi isu.. yg wartawan pun, material cenggini pun jd bahan tulisan?
Quote putehkundor 26-8-2014 12:25 PM
Mintak maaf dengan tuhan lagi baik dik.
Tak faham mak teh konsep pemenat2 yg anggap artis ni mcm ustaz/ustazah....
Dah sah2 depa ni terdedah dgn maksiat kan?

Kehkehkeh
Quote boylondonn 26-8-2014 12:25 PM
kesian jgk... apa nak buat klu dah jadi public figure ni, semua perbuatan jadi perhatian.. tak puas hati gak dgn pengomen yg lagi over dari retis
Quote Kejora927 28-8-2014 01:44 AM
kiut bakal bini alyph ni
Quote encikWawad 28-8-2014 06:55 AM
retis sendu - berita sendu - nak komen pun takde napsu
*teringat kawan iols penah cerita - kata sleeq ni gayah - pernah ber3some ngan heron hajis
Quote damian_lee 28-8-2014 07:14 AM
malaysian ni "selective" ... yang pegang2 ... yg gi holiday sama2 ... yang main tepuk punggung ..... dimaafkan ler pulok ....
Quote Suchi 28-8-2014 10:45 AM
DOUBLE7 posted on 26-8-2014 12:19 PM
silap2 org yg hentam dia pgang tangan tunang dia tu lagi teruk perangai...

eh manade mereka semua orang yang tak penah berdosa lah.

dosa sampai tinggal paras —

laju je sok meniti titian berdesup  gituhhhh.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.055431 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top