Dynas Tangguhkan Perceraian Kerana Tak Mahu Kontrak Ditarik Balik?
Dah lama sebenarnya isu pergolakan rumahtangga Dynas Mokhtar dengan pasangannya diperkatakan umum tapi ibu kepada dua anak ini tak pernah sekalipun mengiyakan perkara tersebut. Walaupun pernah menafikan sudah bercerai, tapi masyarakat luar masih lagi berteka-teki. Ada yang mengatakan pasangan itu dah tak tinggal sebumbung, dan ada juga yang kata mereka masih hidup bersama. Tapi semalam, akhbar Metro Ahad pula melaporkan berita terbaru yang diperoleh daripada sumbernya dengan mengatakan selebriti ini terpaksa menangguhkan perceraiannya kerana terikat dengan kontrak sebagai duta produk kelengkapan peribadi.
Dynas lebih banyak berkongsi gambar dengan anak-anak berbanding suaminya
Hmm kalau ikut logik, masuk akal juga apa yang disampaikan ni. Patutlah Dynas kunci mulut ketat-ketat bila diajukan soalan tentang hal rumahtangganya. Tapi selagi tuan punya badan belum sahkan sendiri perkara ni, anggap sahaja ini sebagai khabar angin. |
putehkundor posted on 27-8-2014 08:30 AM
APA masalah ketiak dia?
Lain mcm jah rupanya....
Mungkin faktor ketiak jadi penyebab masalah rumah ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.108183 second(s), 63 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.