Bintang Singapura, Erwin Shah Dawson Rancang Menetap Di Malaysia Erwin sudah bersedia mengembangkan kerjaya lakonan di Malaysia.
Erwin Shah Dawson
Sementara itu, Erwin berkata, sekiranya berjaya mengukir nama di Malaysia, dia turut merancang untuk membawa kekasihnya ke negara ini bagi memulakan kerjaya sebagai penyanyi. "Di Singapura, kekasih saya masih belajar selain menjadi penyanyi bagi majlis-majlis korporat. "Buat masa ini kami terpaksa berjauhan dahulu dan dia pun faham. Selepas dia menamatkan pengajiannya dan kewangan saya pula semakin kukuh, barulah saya akan mengajak dia membina kerjaya nyanyian di sini pula," tuturnya. Dalam perkembangan lain, Erwin kini sedang sibuk menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Jaipur di India dan Brisbane, Australia bersama pelakon Nellydia Senrose, Shiqin Kamal, Erra Fazira dan Awie bagi membintangi filem Warna Cinta Impianterbitan Touch Tronics Entertainment Sdn Bhd. "Diharap, kemunculan saya dalam filem ini dapat memberi ruang kepada saya menunjukkan bakat kepada penggiat filem tempatan lain selain masyarakat di sini," ujarnya. Di Singapura, Erwin pernah membintangi drama Tetangga, Maya, Anak Metropolitan, Tuan Haji, Bukalah Pintu Hatimu dan Remy & Jin Hee. Dia juga pernah muncul dalam program hiburan seperti Sinar Lebaran, JUS, Anugerah Hari Raya Haji, Kecoh, Sinaran Hati, Fiesta Komedi, Makanlicious dan 24/7. Selain itu, Erwin juga pernah terlibat dengan produksi tempatan menerusi filem Cinta Kura-Kura dan drama terbitan RTM iaitu Pesona Kasih. |
kakikuDibibirmu posted on 12-8-2014 03:28 PM
tu kira okay lagi, si Hisyam Hamid tu ribut tak ada puting beliung tak ada dah terpacul anak 5, si ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.069120 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.