CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulut Berbuih Telan Ubat Demam

29-8-2014 12:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6520| Komen: 35

Description: “Akibat Kejadian Itu, Wan Muhammad Dhuha Dirawat Di Icu, Husm, Manakala Wan Nur Fadhail Menerima Rawatan Di Wad Biasa,” Katanya. “Bagaimanapun Keadaan Mereka Kini Dilaporkan Stabil,” Katanya.

Mulut Berbuih Telan Ubat Demam



Kota Bharu: “Tidak sampai setengah jam tiba-tiba dua anak saya mengeluarkan buih dari mulut sebelum tidak sedarkan diri,” kata ibu kepada dua kanak-kanak yang tidak sedarkan diri selepas minum ubat demam dalam kejadian di Kampung Kedai Lalat, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, Wan Nur Fadhail Wan Mohd Azizi, 2, dan abangnya Wan Muhammad Dhuha, 4, kemudian dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan.

Kedua-dua kanak-kanak itu kini  stabil.

Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, dua anaknya menghidap demam panas sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dia kemudian memberikan dua anaknya itu ubat demam yang diambil di dalam peti sejuk di rumahnya.

“Tidak sampai setengah jam dua anak saya tiba-tiba mengeluarkan buih dan tidak sedarkan diri.

“Saya tergamam dan terus memanggil suami untuk melihat keadaan anak,” katanya ketika ditemui di HUSM di sini, semalam.
Menurutnya, dia bersama suami bergegas ke Wad Kecemasan di hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan dua anaknya itu.

“Akibat kejadian itu, Wan Muhammad Dhuha dirawat di ICU, HUSM, manakala Wan Nur Fadhail menerima rawatan di wad biasa,” katanya.
“Bagaimanapun keadaan mereka kini dilaporkan stabil,” katanya.

Suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui bila kali terakhir ubat demam itu digunakan.

“Saya  bersyukur dua anaknya disahkan selamat dan tidak memberi kesan yang mudarat.

“Mereka dijangka akan keluar daripada hospital berkenaan dalam tempoh sehari dua lagi,” katanya.

Sementara itu, jurucakap HUSM berkata, kes itu akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk siasatan lanjut.

Berita kejadian itu mula menjadi viral di laman sosial Facebook (FB) sejak petang kelmarin selepas seorang lelaki dipercayai guru mangsa memuat naik status berhubung kejadian itu yang dipercayai berpunca daripada meminum ubat batuk yang sudah lama berada di dalam peti sejuk.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AMDTurion 29-8-2014 08:21 AM
ubat tamat tempoh ke dibaginya.....adeh....
Quote stinger_attack 29-8-2014 08:22 AM
Bak kata orang kampong sebelah kampong aku...biar mulut berbuih...jangan kena buih......

Quote intriQue 29-8-2014 08:22 AM
Yup.....mungkin dah expired
Quote redz85 29-8-2014 08:23 AM
botol ubat kan ada tarikh.. tak kan buta huruf

kata demam napa kasi ubat batuk?
Quote fifie_olin 29-8-2014 08:25 AM
nmpk sgt malas nak bwk anak ke klinik...ke nk save bajet...thn bila pya ubat di sumbatnya...
Quote fifie_olin 29-8-2014 08:27 AM
ubt yg dh lama simpan dlam peti ais dh jd racun...
Quote budakmanentah 29-8-2014 08:31 AM
xcheck dulu ke tarikh ubat?
Quote haryatie 29-8-2014 08:33 AM
ubat lama ker..
knpa x pegi klinik awal2 lagik
Quote ryo_takahashi1 29-8-2014 08:35 AM
hmetro ni mmg cepat je nak kuar berita...

info dari salah seorang petugas di HUSM...
"... adik dhuha bukan paracetamol poisoning, tp methadone kepunyaan pakciknya... maknya tersalah bagi ubat sbb ubat dlm bentuk botol yg sama... ubat methadone sama efek dgn morphine... methadone adalah dadah terkawal... dan fyi.. paracetamol tak akan buat mulut berbuih2...."

Wallahualam...

Quote julia5094 29-8-2014 08:35 AM
Rasanya tersilap info ni. Mak dia tersilap bagi methadone yang di sangkakan ubat demam. Ubat itu pakcik yang br kluar dari penjara pg simpan kat dalam fridge. Methadone ni ubat untuk merawat ketagihan heroin. Kawan iols doktor pun siap bg warning, jangan share selagi tak sahih, sebab dia rasa benda ni macam tak betul je (pasal minum pcm expired) ..Nauzubillah..
Quote lavasyawal 29-8-2014 08:38 AM
Baekk punyerr ubat batuk laki dia simpan dlm fridge..

Quote azanorehan 29-8-2014 08:47 AM
dah agak dahhh...risau gak paracetamol dah jd racun
Quote callance 29-8-2014 08:57 AM
ni x baca label sebelum bg kat anak la ni..
Quote intriQue 29-8-2014 09:21 AM
ryo_takahashi1 posted on 29-8-2014 08:35 AM
hmetro ni mmg cepat je nak kuar berita...

info dari salah seorang petugas di HUSM...

bahana tersalah ubat rupanya......
Quote rospinki 29-8-2014 09:26 AM
ryo_takahashi1 posted on 29-8-2014 08:35 AM
hmetro ni mmg cepat je nak kuar berita...

info dari salah seorang petugas di HUSM...

oooo emaknya ni main sumbat aje..hrp selamat budak tu.
Quote afie_m 29-8-2014 09:30 AM
bahaya tul klau salah ubat ni. lagi2 klau kita tersalah bagi pada kanak2.....
Quote idril 29-8-2014 09:33 AM
lavasyawal posted on 29-8-2014 08:38 AM
Baekk punyerr ubat batuk laki dia simpan dlm fridge..

pakcik budak tu panya la pakcik!
Quote idril 29-8-2014 09:34 AM
lagi kes kecuaian ibubapa.............. anak jadi mangsa!
Quote kikuri 29-8-2014 09:37 AM
maknya pun bacalah dulu...kalo tataw baca tanyalah orang.... jangan aci sumbat je..nasib baik anak dia takde ape-ape

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.053678 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top