Pakar motivasi Didik Diri Resources yang juga Perawat Islam Pusat Motivasi Ruqyah, Bangi, Selangor, Ahmadi Baharudin berkata, penerbit filem perlu menghentikan segera penghasilan karya sedemikian. Katanya, penerbit hanya memikirkan keuntungan tanpa mempertimbangkan tindakan mereka memberi impak terhadap masyarakat Islam. Beliau yang berpengalaman selama 10 tahun dalam rawatan Islam berkata, penghasilan karya seumpama itu menggalakkan anak muda terbabit dalam pencarian paranormal. Menurutnya, tidak cukup dengan itu, terdapat juga babak menunjukkan perbuatan syirik yang menggugat akidah dan kepercayaan umat Islam. “Sudah-sudahlah mereka (penerbit) hasilkan filem hantu. Lebih baik hasilkan filem yang mengajar penonton,” katanya. Menurutnya, menerusi pengalamannya dalam bidang perubatan Islam, jin adalah makhluk yang menyukai sekiranya diri mereka dipopularkan. Ahmadi kesal kerana hampir 10 tahun ini, industri seni tanah air banyak menghasilkan filem berunsurkan hantu. “Lebih mengecewakan apabila menyiarkan roh orang mati boleh pulang semula ke keluarga, mengganggu orang ramai atau tersangkut antara langit dan bumi sedangkan perkara itu tidak berlaku,” katanya.
|
prettyuglybabe posted on 1-9-2014 03:55 AM
abis cerita tak hantu yang bercinta berpeluk sakan tu cam mana pulak..
ai lebiu arrogant, rindu 2 ...
prettyuglybabe posted on 1-9-2014 11:55 AM
abis cerita tak hantu yang bercinta berpeluk sakan tu cam mana pulak..
ai lebiu arrogant, rindu 2 ...
PenjualAPAD posted on 1-9-2014 02:50 PM
hantu siam paling best, memang lawak + seram, paling legend, bupah rahthree scent of night flower, s ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.061747 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.