CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Anak Muda Melayu Mati Dalam Lumba Haram

2-9-2014 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15430| Komen: 93

Description: Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh Berkata, Kejadian Dipercayai Berlaku Apabila Kereta Ber- Kenaan Berwarna Biru Yang Dinaiki Empat Sahabat Itu Berlumba Dengan ...

Lagi Anak Muda Melayu Mati Kerana Lumba Haram


JOHOR BAHRU 31 Ogos - Dua sahabat maut manakala dua lagi rakan mereka parah setelah kereta dinaiki mereka terputus dua dalam kemalangan di Kilometer 1.3, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke bandar raya ini awal pagi ini, dipercayai akibat terlibat perlumbaan haram.

Kedua-duanya yang masih belum dikenal pasti identitinya iaitu pemandu kereta Mitsubishi Evolution yang berusia 25 tahun dan penumpang hadapan, berusia 18 tahun mati di tempat kejadian pada pukul 2.10 pagi.

Dua lagi penumpang kereta berkenaan yang berusia 16 dan 18 tahun cedera parah manakala pemandu sebuah lagi kereta jenis sama cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta ber- kenaan berwarna biru yang dinaiki empat sahabat itu berlumba dengan sebuah lagi kereta berwarna kuning yang dipandu seorang lelaki.


"Kedua-dua disyaki berlumba dari arah Kuala Lumpur menghala Johor Bahru sebelum kereta mangsa hilang kawalan lalu melanggar kereta berwarna kuning itu dan sebuah lagi kereta Proton Waja yang berada di lorong kiri dari arah sama, pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya di sini, hari ini.

Sulaiman berkata, kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat manakala dua yang cedera parah itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut. 

"Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan. Polis juga menasihati pengguna jalan raya supaya menghindari perbuatan 'menduga kelajuan' bagi mengelak kejadian buruk," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nobito 1-9-2014 09:27 AM
Aku senyum sinis tengok ummah tua Melayu sebuk kehulu kehilir Melayu tak ingat mati.

Yg Melayu muda pulak bergembira sampai tak ingat mati.
Quote prettyuglybabe 1-9-2014 09:31 AM
tahniah



Quote sidewinder 1-9-2014 09:32 AM
tuhan bg rezeki utk beli kete cun...kete power....moto cun...moto power dia org bwk nak menunjuk sapa yg hebat....sapa yg paling terre....sapa yg paling laju.....haaaa itu dia padan muka luuu....sedap mati eksiden ? sonok kan ? nasib dia org yg mati....kalu yg mati tu org tak bersalah mcm mana ? tak ke aniaya org Last edited by sidewinder on 1-9-2014 09:55 AM

Quote freebird 1-9-2014 09:34 AM
betulke bawak evo??? atau bawak lancer bodoh je...
Quote enchikfitz 1-9-2014 09:39 AM
Melayu dan rempit/drift berpisah tedaa.. Pengaruh drama/filem sungguh
Quote axl_bach 1-9-2014 09:44 AM
freebird posted on 1-9-2014 09:34 AM
betulke bawak evo??? atau bawak lancer bodoh je...

hampeh, ko igt Lancer bodoh ker????hahahahhahahha

tp aku rasa dorg bawak tu bukan EvoX kot.....paling2 pun Evo6.5 TME jer....hahahahahaha

Quote Lina66 1-9-2014 09:47 AM
JOHOR BAHRU 31 Ogos - Dua sahabat maut manakala dua lagi rakan mereka parah setelah kereta dinaiki mereka terputus dua dalam kemalangan di Kilometer 1.3, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke bandar raya ini awal pagi ini, dipercayai akibat terlibat perlumbaan haram.
Kedua-duanya yang masih belum dikenal pasti identitinya iaitu pemandu kereta Mitsubishi Evolution yang berusia 25 tahun dan penumpang hadapan, berusia 18 tahun mati di tempat kejadian pada pukul 2.10 pagi.



SG plate ke Johor plate?


coz SG plate ni slalu drive kat kete kat hiway Meleisia mcm haremmm.... laju beno..   
Quote fire_place 1-9-2014 10:04 AM
hurm..mlam merdeka budak2 ni sume bawak mcm harom.aku tgk je.kat highway p.gudang desaru pun ada eksiden kete moto gak.mlm merdeka mat moto.mat kete..melambak menunjuk kebodohan
Quote Changa 1-9-2014 10:07 AM
Selayak nya lah.Mereput lah kamu dalam tanah.
Quote Audetom 1-9-2014 10:10 AM
freebird posted on 1-9-2014 09:34 AM
betulke bawak evo??? atau bawak lancer bodoh je...

sukahati jer ckp bwk lancer bodoh...org yg pakai lancer mesti terasa ni..sentapp
Quote LUNCH 1-9-2014 10:12 AM
Lain kali jangan berhajat beli kereta sambungan kan dah putus dua gitew.
Quote freebird 1-9-2014 11:07 AM
axl_bach posted on 1-9-2014 09:44 AM
hampeh, ko igt Lancer bodoh ker????hahahahhahahha

tp aku rasa dorg bawak tu bukan EvoX kot..... ...

ye lah, sebab banyak kali nampak lancer bodoh ni letak ejos tipu perasan nak jadi evo...
Quote axl_bach 1-9-2014 11:09 AM
Audetom posted on 1-9-2014 10:10 AM
sukahati jer ckp bwk lancer bodoh...org yg pakai lancer mesti terasa ni..sentapp

maybe dia maksudkan Lancer Galant kot.....LGT xkan laa bowdow,kete idaman ramai anak2 muda kot tu.....(tp dah kureng sbb INSPIRAted dah kuar, babi btol.....)

Quote axl_bach 1-9-2014 11:10 AM
freebird posted on 1-9-2014 11:07 AM
ye lah, sebab banyak kali nampak lancer bodoh ni letak ejos tipu perasan nak jadi evo...

aku pun x berkenan gak set2 LGT yg perasan EvoX mekap bagai.....nak2 set2 GLS rim 16" tu

c.c @penyo   Last edited by axl_bach on 1-9-2014 11:13 AM

Quote Al-Patih 1-9-2014 11:11 AM
sobab tu dikato Haram...
Quote AbukRokok 1-9-2014 11:12 AM
ummah jdt dgn makeup kereta bagai aur dengan tebing
jdt luaskan kuasa mu hingga ke alam barzakh
Quote AbukRokok 1-9-2014 11:14 AM
fefeeling KL menjerit...JB menjerit.... hahahaha
Quote cmf_premierleag 1-9-2014 11:17 AM
Arwah baik orangnya. ..masa hidup rajin solat...hormat org tua
Quote mak_wa95 1-9-2014 11:19 AM
kurang 2 ekor mat rempit..yang 2 lagi tu xserik kalu..masuk kubur juga..

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.109335 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top