CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Dazrin Mahu Pikat Amyra Kembali,Nafi Bersikap Kaki Perempuan

2-9-2014 11:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19566| Komen: 71

Description: Selepas Kira-Kira Sebulan Berkurung Dalam Rumah Ekoran Perkahwinannya Bersama Tunang, Amyra Rosli Tidak Menjadi, Akhirnya Pelakon Dazrin Kamaruddin Tampil Menghadiri Majlis Hiburan.
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

DAZRIN akui hanya berlaku salah faham dan kesilapan kecil antara dirinya dan Amyra.



SELEPAS kira-kira sebulan berkurung dalam rumah ekoran perkahwinannya bersama tunang, Amyra Rosli tidak menjadi, akhirnya pelakon Dazrin Kamaruddin tampil menghadiri majlis hiburan.


Dazrin dan Amyra dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 8 Ogos lalu selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos tahun lalu.

Ditemui pada majlis rumah terbuka Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Bangi, baru-baru ini, Dazrin mengakui berasa murung dan hilang akal apabila perkahwinannya bersama pelakon drama bersiri Jodoh itu dibatalkan.



Bagaimanapun, Dazrin memberitahu, dia masih menyayangi Amyra dan sedang berusaha menawan kembali hati tunangnya itu.
Ironinya, ada dakwaan mengatakan, perkahwinan mereka batal disebabkan sikap kaki perempuan Dazrin dan juga fotonya bersama pelakon Ramona Zam Zam tersebar di laman sosial.

Ikuti temu bual bersama Dazrin selanjutnya.

Kosmo!: Bagaimanakah keadaan Dazrin selepas perkahwinan anda bersama Amyra dibatalkan?

DAZRIN: Selama sebulan saya jadi tidak betul dan termenung. Bayangkanlah, selama ini saya sentiasa bersama dengan dia ke mana sahaja. Namun, sekarang tidak lagi.


Apakah punca sebenarnya perkahwinan anda dan Amyra dibatalkan?

Sebenarnya benda yang terjadi antara saya dan dia hanya salah faham. Bagi saya ia hanya kesilapan kecil. Tetapi mungkin saya sahaja yang berasa begitu tetapi tidak pada dia. Saya rasa, sepatutnya dengan tempoh selama dua tahun setengah sebagai pasangan, ia tidak patut dibuang begitu sahaja (putus).

Adakah dakwaan yang mengatakan punca sebenar hubungan anda dan Amyra berantakan disebabkan gambar anda dan Ramona Zam Zam menghisap shisha tersebar?

Ramona hanya kawan baik saya. Saya mengenalinya terlebih dulu sebelum Amyra. Kalau saya mahukan dia sudah lama saya cuba. Orang tidak tahu perkara sebenar tetapi senang-senang buat cerita.


Malah, ada juga dakwaan yang mengatakan anda ini kaki perempuan. Komen?


Kalau orang kenal saya mereka tidak akan cakap macam itu. Saya mengakui seorang lelaki yang mudah mesra. Tetapi tidaklah sampai hendak mengambil kesempatan pula. Apabila bekerja, saya akan bersikap profesional.

Adakah anda masih menyayangi Amyra?


Ya. Saya masih menyayangi dan berusaha untuk menawan kembali hatinya. Saya tidak mahu buang masa mengenali orang baharu dan juga mengenali keluarganya. Namun, dengan keluarga Amyra, saya sudah kenal.

Apakah usaha-usaha anda untuk menawan hati Amyra?

Macam-macam usaha saya sudah lakukan. Tetapi benda ini peribadi. Jadi, tidak perlu untuk saya kongsikan. Bagaimanapun, saya akan berusaha habis-habisan untuk mendapatkan Amyra kembali. Usaha saya tidak akan putus sampai bila-bila melainkan memang hubungan kami sudah tidak dapat diselamatkan. Selagi saya rasa masih ada ruang atau peluang untuk kami kembali bersama, saya akan berusaha. Saya tak kisah jika ada yang cakap, saya ini memalukan diri kerana mengejar dia.

Berapa nilai kerugian yang terpaksa ditanggung disebabkan pembatalan perkahwinan anda?

Biarlah ia menjadi peribadi saya. Apa yang saya boleh kongsikan ialah semuanya sudah siap. Kad kahwin juga sebahagiannya sudah diedarkan. Tambahan pula, perkahwinan itu dibatalkan 15 hari sebelum tarikh perkahwinan kami. Disebabkan itu juga, saya tidak sanggup berhadapan dengan orang ramai.


11

Bagus
2

Marah
9

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 30-8-2014 07:40 AM
masih lagi kecewa dengan thread kaki betina dekat bod masalah peribadi
Quote enchikfitz 30-8-2014 08:09 AM
Apa apa je la. Kalau ada jodoh, kahwin je la. Kalau tak de, cari je yang lain. Btw aku suka Amyra. Dia x nampak bimbo. Dazrin?
Quote chazey 30-8-2014 08:09 AM
kakikuDibibirmu posted on 30-8-2014 07:40 AM
masih lagi kecewa dengan thread kaki betina dekat bod masalah peribadi

Bangang.

Btw obses sungguh titi ini dengan Changa dan Famri. Sampai tudoh meka orang yang sama.
Quote kakikuDibibirmu 30-8-2014 08:15 AM
chazey posted on 30-8-2014 08:09 AM
Bangang.

Btw obses sungguh titi ini dengan Changa dan Famri. Sampai tudoh meka orang yang ...

akak tersenyum sinis jah melehat dia salah syak poremer
Quote Esmiria 30-8-2014 08:19 AM
enchikfitz posted on 30-8-2014 08:09 AM
Apa apa je la. Kalau ada jodoh, kahwin je la. Kalau tak de, cari je yang lain. Btw aku suka Amyra. D ...

bimbo tu bende?
Quote kakikuDibibirmu 30-8-2014 08:23 AM
Esmiria posted on 30-8-2014 08:19 AM
bimbo tu bende?

bimbo tu maksudnya perempuan yang bodoh otak kosong
Quote chazey 30-8-2014 08:24 AM
kakikuDibibirmu posted on 30-8-2014 08:15 AM
akak tersenyum sinis jah melehat dia salah syak poremer

Bak kata akak Cipan Ella,

Bila dah butthurt mula la sebok kulu kilir PA. Padahal urang yang dia PA tu rilek saja.

Ini semua gara2 Yahudi.
Quote kakikuDibibirmu 30-8-2014 08:24 AM
dazrin ni dalam JODOH 1, tapi akak tak tengok langsung
Quote HaifaHanna 30-8-2014 09:09 AM
Ye ke sbb tu...??
Dgr cerita..........................sbb kuarga tak sama taraf..??????
Eh..???
Quote kakikuDibibirmu 30-8-2014 09:22 AM
HaifaHanna posted on 30-8-2014 09:09 AM
Ye ke sbb tu...??
Dgr cerita..........................sbb kuarga tak sama taraf..??????
Eh..???

siapa yang lagi tinggi darojat sis? dazrin ke amyra?
Quote putehkundor 30-8-2014 09:30 AM
Dazrin ni baik sebenarnya....
Hormat orang tua, berbudi bahasa, solat tak tinggal....
Quote kakakmanis 30-8-2014 09:47 AM
dazrin ni berlakon dah la kayu, gosip aje lebih. amyra pn sama gak, berlakon tak best. sesuai la dedua ni , but kalo betul si dazrin ni ada masalah, elok amyra angkat kaki ajelah.

Quote HaifaHanna 30-8-2014 09:54 AM
kakikuDibibirmu posted on 30-8-2014 09:22 AM
siapa yang lagi tinggi darojat sis? dazrin ke amyra?

Dazrin....................

Quote soraya 30-8-2014 09:57 AM
kakikuDibibirmu posted on 30-8-2014 01:23 AM
bimbo tu maksudnya perempuan yang bodoh otak kosong

bagus definisi ko ni nokkss....kehkehkeh
Quote reddots 30-8-2014 09:57 AM
pegi la berguru dgn Fizz Fairuz...
Quote kakikuDibibirmu 30-8-2014 09:59 AM
kehkehkeh               
Quote DhuraNaufa 30-8-2014 10:02 AM
Dah kau mmg kaki perempuan noks. Kalau ditanya sapa Amanda mesti kau kata kau tak kenal kan. Asyik nak curang je kau ni. Bawak bawak le setia. Haha
Quote AbukRokok 30-8-2014 10:56 AM
chazey posted on 30-8-2014 08:09 AM
Bangang.

Btw obses sungguh titi ini dengan Changa dan Famri. Sampai tudoh meka orang yang ...

dulu akak pun syak sebegitu



Quote setankuning 30-8-2014 10:56 AM
DhuraNaufa posted on 30-8-2014 10:02 AM
Dah kau mmg kaki perempuan noks. Kalau ditanya sapa Amanda mesti kau kata kau tak kenal kan. Asyik n ...

cer stori sini noks sapa amanda
senang sket amyra nak buat keputusan lpas ni


Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.198017 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top