CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Serah Kereta Langkawi Overstay Sebelum Dirampas - Kastam

3-9-2014 11:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4273| Komen: 4

Description: "Malah Kami Meminta Orang Ramai Agar Berhati-Hati Dalam Urusan Membeli Kenderaan Mewah Daripada Individu, Ejen Atau Syarikat Penjual Kereta.
Serah Kereta Langkawi Overstay Sebelum Dirampas - Kastam


PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyeru pemilik-pemilik kenderaan termasuk pegawai-pengawai penjawatan awam agar tampil menyerah kenderaan dari Langkawi yang berada di luar pulau itu melebihi tempoh ditetapkan (overstay/fraud) sebelum tindakan diambil.

Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Isa Endot berkata, amaran itu diberikan sebelum tindakan tegas dan lebih berat dikenakan jika pemilik gagal berbuat demikian secepat mungkin.

"Pihak kastam mempunyai senarai lengkap serta sentiasa mengesan kedudukan kenderaan yang disembunyikan.

"Malah kami meminta orang ramai agar berhati-hati dalam urusan membeli kenderaan mewah daripada individu, ejen atau syarikat penjual kereta.

"Pembeli dinasihatkan supaya membuat pengesahan berkaitan Lesen Import (AP) dan borang Kastam 1 dengan pihak kastam terlebih dahulu sebelum membeli kenderaan tersebut," katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya, Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Isa memdedahkan, sebanyak 33 kenderaan Overstay/Fraud dari Langkawi kerana kesalahan Butiran 13A, Perintah Duti Kastam (Prngecualian ) 2013 dan Memiliki Barang Belum Lulus Kastam telah dirampas sejak tahun lalu.

"Penghujung tahun 2013 dan awal tahun ini, JKDM telah merampas sebanyak 33 unit kenderaan jenis Lamborghini, Ferrari, Bentley, Porshe dan Nissan GTR.

"Nilai kesemua kenderaan tersebut adalah sebanyak RM11.3 juta, manakala jumlah cukai pula bernilai RM23.2 juta.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 12 unit kenderaan telah membayar cukai bernilai RM 5.9 juta, " jelasnya.

Tambahnya, bagi kes kenderaan fraud (penipuan) pula melibatkan sebanyak 28 buah kenderaan seperti Audi, Toyota, Nissan, Honda, Mitsubishi dan Volkswagen bernilai RM930,431 dengan jumlah cukai sebanyak RM1.4 juta.

"Tujuh buah telah membayar cukai bernilai RM657,298, dan terdapat kes kenderaan dari Singapura yang dirampas berjumlah 59 unit yang terdiri daripada Mercedes, Lexus, Honda, Motosikal BMW bernilai lebih RM2 juta melibatkan sukai sebanyak RM35.4 juta," jelasnya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_blingblings 3-9-2014 02:52 AM
Kawan aku dulu kena saman dgn bayar denda dekat 12K...kereta opel jahpun
Quote munchkin 3-9-2014 03:06 AM
Pulangkan pulangkannnn
Quote chinta89 3-9-2014 07:41 AM
munchkin posted on 3-9-2014 03:06 AM
Pulangkan pulangkannnn

owh misha omar!!!
Quote batusembilan 3-9-2014 08:14 AM
Knp la manusia suka menipu.....

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.160684 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top