CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Kamal Adli Tidak Sedar Sudah Putus Dengan Intan Ladyana?

5-9-2014 02:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7503| Komen: 3

Description: Sehingga Ke Hari Ini, Masih Belum Ada Kenyataan Dari Mulut Kamal Adli Tentang Percintaan Beliau & Intan Ladyana Yang Kini Sudah Berakhir. Intan Ladyana Pada 25 Ogos Lalu Telah Memaklumkan Pada Sekum ...
Kamal Adli Terkejut, Tidak Sedar Sudah Putus Cinta Dengan Intan Ladyana?


Sehingga ke hari ini, masih belum ada kenyataan dari mulut Kamal Adli tentang percintaan beliau & Intan Ladyana yang kini sudah berakhir. Intan Ladyana pada 25 Ogos lalu telah memaklumkan pada sekumpulan wartawan yang mereka sudah putus hubungan.


Dua hari selepas pengumuman oleh Intan Ladyana itu, Kamal Adli dilihat memuatnaik sekeping gambar bersama Intan Ladyana di akaun Instagram beliau dan ini menimbulkan persoalan diantara peminat sama ada mereka sebenarnya masih bersama.

“Bohonglah kalau dia kata tidak tahu dan terkejut dengan kenyataan saya bahawa hubungan kami sudah putus itu. Ini kerana tidak mungkin saya buat keputusan ini sendiri atau sengaja berlalu pergi begitu sahaja tanpa berbincang dahulu,” ulas Intan Ladyana tentang perkara ini.

Laporan mStar Online hari ini menyebut yang Kamal Adli meminta masa untuk berbincang dengan Intan Ladyana sebelum mengeluarkan kenyataan beliau. Namun, pihak perempuan menolak kemungkinan masih ada perkara yang mahu dibincangkan.


“Buat apa saya jumpa dia untuk berbincang sebab hubungan kami memang sudah berakhir dan tiada apa nak dibincangkan lagi. Bagi saya itu hak dia untuk memuat naik apa juga gambar yang diinginkan,“ tambah Intan Ladyana turut mengulas gambar di Instagram.

Mungkin Kamal Adli masih dalam proses memujuk Intan Ladyana untuk teruskan hubungan cinta yang sudah bertahun lama terjalin — mana senang senang lepaskan.


Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=825980


4

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mahalnya 8-9-2014 12:13 PM
st#p*d idi@t punya jantan
Quote devilito2 8-9-2014 07:54 AM
erm... merajuk kot.... cer try pujuk dlu...
Quote R.A.M.A_mirror 7-9-2014 10:24 PM
no comment???

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.060453 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top