CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Dulu Baby Res'2 Kini Lilo Khalil

15-9-2014 02:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 60219| Komen: 131

Description: Mengakui Kesal Kerana Tidak Berhati-Hati Sehingga Terlibat Dengan Beberapa Insiden Mencalarkan Namanya Sebelum Ini Tegas Lilo, Bagaimanapun Semua Itu Adalah Cerita Silam.
Dulu Baby Res'2 Kini Lilo Khalil



TIDAK mahu orang menggelarkan dia Baby Arin Res'2 yang disifatkan terlalu banyak cerita hitam sebaliknya menggunakan Lilo Khalil sebagai nama pentas.

Itu pembaharuan yang diketengahkan seiring dengan kemunculan semula selepas puas dicemuh masyarakat yang memandang serong kepadanya selama ini.

Mengakui kesal kerana tidak berhati-hati sehingga terlibat dengan beberapa insiden mencalarkan namanya sebelum ini tegas Lilo, bagaimanapun semua itu adalah cerita silam.

Yang penting sekarang ini adalah kesedaran dan menghindarkan diri daripada terlibat dalam perkara yang boleh menjatuhkan reputasi diri selepas ini.


Pernah didakwa terlibat dengan aktiviti khurafat yang bertujuan untuk mendapat banyak tawaran sepanjang membabitkan diri dalam pementasan teater, pemilik nama sebenar Lily Zarina Khalil menafikan sekeras-kerasnya.

Malah tegas wanita berusia 35 tahun ini, dia bukan jenis yang mudah mempercayai amalan yang bertentangan dengan agama Islam itu.

"Saya melalui banyak pengalaman kurang manis sepanjang zaman remaja terutama sewaktu dengan kumpulan Res'2. Kejatuhan saya itu cukup memeritkan. Sebab itu saya ambil iktibar. Janji tak mahu mengulangi kesalahan lagi.

"Lagi pun mana ada manusia sempurna. Saya perlu menjadi lebih berhati-hati, memilih kawan dan meninggalkan aktiviti yang berpotensi menjahanamkan diri sendiri.

"Jadi apabila saya sudah insaf dan masih ada orang bercerita buruk tentang saya, sudah pasti saya kecewa," katanya yang aktif dalam pementasaan teater lebih 10 tahun lalu.

Antara teater yang pernah dijayakan Lilo sebelum ini adalah The Secret Life of Nora dan P. Ramlee - The Musical... Hidup, Cinta dan Inspirasi terbitan Enfinity Productions.

Tidak mahu menoleh ke belakang Lilo juga enggan menuduh mana-mana pihak yang cuba menabur pasir ke dalam periuk nasinya sebaliknya mahu terus berdiri dalam bidang seni kerana minat yang mendalam.

"Saya belajar banyak ilmu nyanyian sepanjang terlibat dalam dunia pementasan teater. Walaupun saya hanya memegang watak kecil dan bukan peranan utama, tak mengapa sebab saya minat," katanya lagi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malaywood.NET 10-9-2014 12:35 PM
ya ampun.. tak kenal..
Quote putehkundor 10-9-2014 12:35 PM
Lilo......girtuh.

Kelas kau dik

Quote NHolmes 10-9-2014 12:36 PM
@Jenabmurai mengganas!
Quote kamexkame 10-9-2014 12:36 PM
lain gila muka dia sekarang
Quote callance 10-9-2014 12:37 PM
mane datang nama lilo tu??
Quote kaklehot 10-9-2014 12:39 PM
seksi dia nih dolu2...
Quote yuyoi 10-9-2014 12:40 PM
eloklah tukar nama. umur 35 tahun nak ber baby arin apa  lagi. tapi nama baru pun boleh tahan, teringat kartun lilo & stitch
Quote NHolmes 10-9-2014 12:40 PM

Quote Jenabmurai 10-9-2014 12:42 PM
NHolmes posted on 10-9-2014 12:36 PM
@Jenabmurai mengganas!

hahahahaha

ni namanye bosan tu yg jadi gini ni
Quote aidzue 10-9-2014 12:44 PM
lilo n stitch ???
Quote putehkundor 10-9-2014 12:44 PM
Yg baju belang merah tu kakak dia kan....Erin.
Cantik lagi kakak dia.

Few years back baca paper kata Erin ni jd penari gelek..
Quote jlo 10-9-2014 12:46 PM
erin dah berhijab dah skrang..lawa..
Quote NHolmes 10-9-2014 12:47 PM
Jenabmurai posted on 10-9-2014 12:42 PM
hahahahaha

ni namanye bosan tu yg jadi gini ni

Berapa byk benang dibukak dalam 10minit
Quote fifie_olin 10-9-2014 12:47 PM
trus add dia dlm ig ...pe ig akak dia ek...si erin tu...dh berhijab katanya...dh kawin lain ke
Quote Jenabmurai 10-9-2014 12:49 PM
NHolmes posted on 10-9-2014 12:47 PM
Berapa byk benang dibukak dalam 10minit

kalau ikutkan nak buat 20

Quote NHolmes 10-9-2014 12:50 PM
Jenabmurai posted on 10-9-2014 12:49 PM
kalau ikutkan nak buat 20

Boleh jer
Lepas rindu kat jenabmurai
Quote sueism 10-9-2014 12:51 PM
siapa dia ? sila bilang sama saya
Quote NHolmes 10-9-2014 12:52 PM




Quote NHolmes 10-9-2014 12:52 PM

Mcm rihanna uols!

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.154371 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top