Pelakon Mon Ryanti Sudah Bernikah JOHOR BAHRU 12 Sept. - Pelakon dan penyampai radio Ultra.fm, Mon Ryanti, 26, atau nama sebenarnya Haryanti Muhammad Sahudina Lee selamat diijabkabulkan dengan pasangannya di Sangkar Kristal di sini pada pukul 10.25 malam tadi.
Hanya dengan sekali lafaz, Mon Ryanti yang juga seorang model, sah bergelar isteri kepada Mohd. Hasrul Ali, 26, yang dinikahkan oleh Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Datuk Mahat Mohd. Said dengan mas kahwin berjumlah RM515.15 dan hantaran sebanyak RM25,000. Rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran, antaranya beg tangan, minyak wangi dan jam tangan manakala pengantin perempuan membalas dengan 11 dulang, antaranya senaskhah al-Quran, baju melayu, barangan kulit dan manisan.
Majlis pernikahan pasangan tersebut dihadiri kira-kira 200 orang, terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat kedua-dua pengantin. |
kiyudi posted on 15-9-2014 04:07 PM
ada jgk iras2 laki aida gadis melayu...pembaca berita tu ..nama per ye lupa
kiyudi posted on 15-9-2014 04:16 PM
ko ngorat mon ke laki beliau?
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
19-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.065725 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.