CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Nenek Terjun Kolam Buaya

19-9-2014 02:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11333| Komen: 29

Description: Saksi Mendakwa Melihat Wanita Itu Sengaja Melompat Ke Dalam Kolam Berkenaan Sementara Kamera Keselamatan Mengesahkan Dia Menanggalkan Kasutnya Dan Berjalan Menuju Ke Kolam Berkenaan Sebelum Terjun.

Nenek Terjun Kolam Buaya

Gambar hiasan


Bangkok: Seorang wanita tua membunuh diri dengan terjun ke dalam kolam buaya. Menurut laporan akhbar Bangkok Post, Wanpen Inyai, 65, terjun ke kolam berkenaan yang mempunyai lebih 1,000 buaya di Ladang dan Zoo Buaya Samut Prakarn di ibu negara Thai ini.

Kejadian berlaku Jumaat lalu selepas dia meninggalkan rumahnya di Bangkok pada hari sama.


Saksi mendakwa melihat wanita itu sengaja melompat ke dalam kolam berkenaan sementara kamera keselamatan mengesahkan dia menanggalkan kasutnya dan berjalan menuju ke kolam berkenaan sebelum terjun.

Jurucakap polis, Preecha Iamnui berkata, pemilik dan kakitangan ladang berkenaan menggunakan galah panjang untuk menghalang puluhan buaya membaham Samut, tetapi gagal.


Adik mangsa, Sunan Tharmnat berkata, kakaknya kelihatan murung dan tidak bercakap dengan sesiapa selama beberapa hari sebelum dia menghilangkan diri.


Dia dan keluarganya membuat laporan orang hilang selepas Wanpen tidak pulang pada malam hari berkenaan, tetapi disuruh menunggu 24 jam seperti ditetapkan undang-undang. - Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 17-9-2014 06:08 PM
Apalah masaalah yang berat sangat sampai sanggup bunuh diri dengan cara sebegitu
Quote AMDTurion 17-9-2014 06:13 PM
adalah tu......yg pelik tu ada ka patut bagi tubuh kat boya?
Quote cowey 17-9-2014 06:48 PM
erkh..

cam tersiksa je cara nak mati tu..

ade yg lebih mudah kot..
Quote cloudy_83 17-9-2014 09:53 PM
sekali dah merasa pasti nak lagi
Quote AcikLijah 18-9-2014 12:15 AM
motip macit terjun dlm kandang boya? ada issue ngn boya kah?
Quote non.sari 18-9-2014 12:59 AM
wahh..makan besar la boye2 tu...
Quote mamiayu 18-9-2014 02:52 AM
Agaknya nenek ni kena Schizophrenia kot, dengar boya2 tu dok panggil ajak terjun dlm kolam tu
Quote ais_kosong 18-9-2014 07:29 AM
scary
Quote ana_una 18-9-2014 07:58 AM
kena gigit kucing pun sakit inikan pula buaya....
Quote kucen_miang 18-9-2014 09:01 AM
cara paling mudah bunuh diri, tak menyusahkan org. tak yah nak cuci2 lantai ke apa.
Quote azlinahmad 18-9-2014 09:25 AM
nasib baik dia tak lompat dalam  kolam buaya darat ....kalau tak lain jadinya
Quote solstice 18-9-2014 10:40 AM
Bagus nenek ni
Tak lah mati sia2
Jadi makanan buaya
Quote raxief 18-9-2014 10:55 AM
kalau google ada gambarnya.


peh, kat tmpt aku ni ada ladang ternak buaya, jgn la ada yg bongok tiru perkara ni.
Quote imthegirl 18-9-2014 11:10 AM
Nekad sungguh mak cik ni.
Quote mattzzx 18-9-2014 11:57 AM
kucen_miang posted on 18-9-2014 09:01 AM
cara paling mudah bunuh diri, tak menyusahkan org. tak yah nak cuci2 lantai ke apa.

Cuma sediakan sijil mati sajee.....

Quote supernaturalee 18-9-2014 12:08 PM
why u jump?
nobody will jump after u la nana
Quote telracs 18-9-2014 03:59 PM
cloudy_83 posted on 17-9-2014 01:53 PM
sekali dah merasa pasti nak lagi

kaaannnnn..... nnt buaya2 tu mesti nak rasa makan org lagi....
Quote siape_aku 18-9-2014 04:11 PM
sakitnye la mati gitu...
Quote mattzzx 20-9-2014 11:59 AM
telracs posted on 18-9-2014 03:59 PM
kaaannnnn..... nnt buaya2 tu mesti nak rasa makan org lagi....

SEbab dapat merasa daging manusia.....mungkin sedap kott..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.053269 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top