CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tandas Tiada Pintu Yang Meresahkan

19-9-2014 02:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7013| Komen: 32

Description: “Selain Itu, Tangki Air Bocor Hingga Mengakibatkan Air Melimpah Dari Atas Bumbung,” Katanya Kepada Pemberita Ketika Ditemui Semalam.
Tandas Tiada Pintu Yang Meresahkan

Keadaan tandas awam di sebuah stesen bas yang tidak mempunyai pintu meresahkan pengguna.


BATU GAJAH – Keadaan tandas awam di sebuah stesen bas di sini, yang kotor dan tidak diselenggara dengan baik menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengguna.

Pengguna, Anthony R Vijaya, 49, berkata, masalah kebersihan dan kerosakan tandas awam di stesen berkenaan bukan perkara baru kerana telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, keadaan itu amat memalukan kerana stesen berkenaan merupakan tempat awam.

“Tandas lelaki di hentian bas tersebut bukan sahaja kotor malah rosak kerana setengah pam sudah tidak berfungsi dengan baik selain tidak mempunyai pintu.


“Selain itu, tangki air bocor hingga mengakibatkan air melimpah dari atas bumbung,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Anthony berkata, keadaan tandas awam di medan selera sebuah plaza di sini, turut kotor selain lampu di premis itu tidak berfungsi.

Jelasnya, pasti pelanggan yang menjamu selera di situ berasa kecewa dengan keadaan tandas di premis berkenaan.

“Orang luar yang datang ke plaza itu pasti memberi pandangan negatif terhadap keadaan tandas berkenaan.

“Jadi, saya minta pihak berkenaan menyelenggara tandas tersebut secara konsisten bagi menjamin kebersihannya,” katanya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dukulangsat 19-9-2014 12:36 PM

Quote epysha 19-9-2014 12:47 PM
kalo bapok senang je buang air, tak meresahkan.
Quote cowey 19-9-2014 12:49 PM
tandas awam kat malaysia nie bape kerat je yg okay..

kadang2 tu, yg berbayar pun teruk jea..
Quote famri7 19-9-2014 12:49 PM
Mcm baru kena shrapnels..mende la ummah ni buat dlm jamban pprt.
Quote clarizsa 19-9-2014 01:43 PM
klu time i tgh lena tido, pastu rasa nk kencing sgt2, selalu mimpi tandas yg jijik , pelik, xde pintu, xde air, dan mimpi tu menyelamatkan i dr terkucil atas tilam...



true story.. tp tandas jijik  x sempurna mmg sgt meresahkan even  di alam realiti..
Quote bellaa 19-9-2014 02:49 PM
kenape pintu berlubang2... anai-anai makan ke?
Quote kejoraria 19-9-2014 03:07 PM
rasa mcm nk muntahkan balik apa yg aku mkn lunch td
Quote LUNCH 19-9-2014 03:12 PM
Kesihan.

.........
Quote lululun 19-9-2014 03:16 PM
berapa kerat tandas kat malaysia ni yang elok? don't include the ones yang kat hotel banyak bintang atau shopping mall yang grand ok.
Quote sam_survivor 19-9-2014 03:18 PM
epysha posted on 19-9-2014 12:47 PM
kalo bapok senang je buang air, tak meresahkan.

Apsal lak tak meresahkan?

Quote ice_sky92 19-9-2014 03:21 PM
Tandas kat sekolah pun kotor. Dulu aku sanggup tahan berak kot drpd masuk tandas sekolah. Buang kt umah je. Haha.
Quote supernaturalee 19-9-2014 03:27 PM
cowey posted on 19-9-2014 12:49 PM
tandas awam kat malaysia nie bape kerat je yg okay..

kadang2 tu, yg berbayar pun teruk jea..

bab toilet berbayar tp hazab ni mmg xblh diterima

baru2 ni gi nilai3
tandas berbayar tp dlm die pnh vandalism, pintu xblh berkunci
you name it la

Quote fredbok87 19-9-2014 03:40 PM
ice_sky92 posted on 19-9-2014 03:21 PM
Tandas kat sekolah pun kotor. Dulu aku sanggup tahan berak kot drpd masuk tandas sekolah. Buang kt u ...

sama dgn aku.....hahhahaaa
Quote ctcham 19-9-2014 03:56 PM
negara india pun kalah macam ni buat malu jer
Quote nebulagazer 19-9-2014 03:58 PM
Sedih negara islam tp tandas out
Quote edee_91 19-9-2014 04:03 PM
Tandas kokesen yang main selet punggung lagi kapir lehnat tu jugak yang bersih ye dak.
Quote niceghost2005 19-9-2014 04:21 PM
Tandas kat Daya Bumi pung 2 x 5

Tandas lelaki...............pintu pung tarak.
Aku x tau laaaaaaa..............bertahun tahun x ada pintu.
Quote ninja boy 19-9-2014 05:26 PM
negara india n china hidup relax aja tanpa tandas, boleh memberak merata2
Quote Artemesiaa 19-9-2014 06:01 PM
Kalau pintu kayu mungkin sebab kena makan anai2 ni pintu pelastik pun boleh rompong.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.083376 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top