CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budu Cap Ketereh Kini Dalam Tiub

22-9-2014 11:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7128| Komen: 53

Description: “Setelah Saya Memperkenalkan Pembungkusan Dalam Bentuk Peket Sekitar Beberapa Tahun Lepas, Saya Menerima Maklum Balas Daripada Pelanggan Yang Turut Mencadangkan Budu Diisi Di Dalam Tiub Yang Lebih Mu ...
Budu Cap Ketereh Kini Dalam Tiub


TUMPAT
– Produk makanan tradisional budu yang lazimnya dipasarkan di dalam botol kini melalui proses inovasi apabila dijual dalam bentuk tiub seperti ubat gigi.

Inisiatif itu diambil oleh pengeluar budu terkenal Budu Cap Ketereh di sini menerusi inovasi yang dibangunkan bersama Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) serta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

Pengusahanya Mat Ismail Jusoh berkata beliau mendapat ilham memodenkan pembungkusan budu keluaran syarikatnya selepas melawat China beberapa tahun lepas.

“Setelah saya memperkenalkan pembungkusan dalam bentuk peket sekitar beberapa tahun lepas, saya menerima maklum balas daripada pelanggan yang turut mencadangkan budu diisi di dalam tiub yang lebih mudah diguna.

“Malah, pembungkusan di dalam tiub ini juga menyelesaikan masalah penggemar yang mahu membawa budu ketika ke luar negara kerana pek di dalam botol memang tidak dibenarkan dibawa dalam penerbangan,” katanya yang ditemui pemberita selepas pelancaran kilang budunya di Kampung Ketil oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, hari ini.

Katanya budu itu boleh diperoleh dalam tiub 100 mililiter dan sudah berada di pasaran sejak enam bulan lalu.

“Diharapkan dengan pembungkusan dalam tiub yang moden dan bersih ini juga akan membantu usaha menembusi pasaran antarabangsa,” katanya yang tidak menolak kemungkinan akan mengurangkan pembungkusan menggunakan botol secara berperingkat jika budu di dalam tiub mendapat sambutan baik.

Usahawan berusia 63 tahun itu berkata beliau mengusahakan perniagaan itu lebih 30 tahun lalu selepas bekalan ikan bilisnya banyak dan tidak terjual.

“Pada peringkat awal saya hanya membuat budu secara kecil-kecilan dan dalam tempoh beberapa tahun berjaya mendirikan kilang,” katanya yang kini mempunyai 80 pekerja dengan pengeluaran 4,000 botol setiap hari serta mencatat nilai jualan RM10 juta setahun. 





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvios 21-9-2014 08:03 AM
dah mcm tiub losyen...
Quote HaifaHanna 21-9-2014 08:57 AM
myvios posted on 21-9-2014 08:03 AM
dah mcm tiub losyen...

Sekali nk sapu losen tersapu budu kt badan, wawawawa....


Quote mattzzx 21-9-2014 09:03 AM
HaifaHanna posted on 21-9-2014 08:57 AM
Sekali nk sapu losen tersapu budu kt badan, wawawawa....

Losen berperisa budu......

Quote rospinki 21-9-2014 09:14 AM
losen muka..pagi2 sapu kt muka bole mencantikkan wajah.
Quote mattzzx 21-9-2014 09:46 AM
rospinki posted on 21-9-2014 09:14 AM
losen muka..pagi2 sapu kt muka bole mencantikkan wajah.

Boleh jadi aweq muda tuu...

Quote famri7 21-9-2014 09:52 AM
Buleh guna buat dajal kat ummah kokeshen...sapu dekat krusi dekat baju diorang...meraunglah.
Quote bangcak 21-9-2014 09:57 AM
kempen kat tempat lain (luar kelantan) kita bleh janji buat sekolah, buat unibesiti,
buat spital, bina romah suma.

tapi,
kempen/janji utk warga kelantan... tu dia !!!
losyen budu
Quote boyagombak 21-9-2014 10:32 AM
Budu cak KETEREH
Wak cicoh uley
colek muko sapu badey pung boleh
10 juta setaun makey x abeh
Quote setokinpurple 21-9-2014 10:42 AM
Kurang berselera tengok bila dlm tiub :Q
Quote mie07 21-9-2014 11:10 AM
setokinpurple posted on 21-9-2014 10:42 AM
Kurang berselera tengok bila dlm tiub :Q

suka budu hok dlm botol kecil2 tu...

Quote shamsadis 21-9-2014 11:20 AM
Masa zaman WW2 askar German makan cheese dlm tub mcm nihebat
Quote Odyman 21-9-2014 12:40 PM
Daripada industri tradisional, pokcik dah jadi millionaire.
Quote nebulagazer 21-9-2014 01:30 PM
Senang bwk travel kot
Ok jgk kan
Mkn budu kat hotel gitu
Quote mattzzx 21-9-2014 01:30 PM
Bila dah dipasarkan keluar negera, mat mat saleh boleh lah try makan budu....
Quote noor2 21-9-2014 01:45 PM
tak suka budu.....dah lama tak make budu...sebab meme tak suko..tak berapo nak suko..
Quote ice_sky92 21-9-2014 01:55 PM
Siapa pernah tgk drama Mek Salmah dari Scotland? Haha lawak la Mek Salmah suka makan budu.
Quote cicicumel 21-9-2014 01:57 PM
budu yg ni pekat ke?kena letak air? kalu cair mcm biasa harus bila buka terus tumpah habis kan
Quote razhar 21-9-2014 02:06 PM
kat GIANT Kota Bharu..dia letak nama 'sos ikan bilis'..dalam RM9.00 untuk sepeket...
Quote akik 21-9-2014 02:14 PM
budu travel pack lah ni ye

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.050998 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top