CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Lembu Didakwa Dirogol Lahir Anak Iras Wajah Manusia

26-9-2014 12:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14797| Komen: 49

Description: “Beberapa Penduduk Berkata, Lembu Itu Mungkin Dicabul Di Padang Ragut Oleh Orang Yang Tidak Dikenali. “Kami Tidak Pasti Bagaimana Untuk Mengebumikannya, Sama Ada Seperti Manusia Atau Menghantarnya K ...


Emazizini: Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia.

Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu ‘dirogol’ selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu.

“Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa,” kata Sebenzile.

“Saya memanggil anak saya untuk membantu. Selepas menarik anak lembu yang sudah mati itu keluar, kami terkejut melihat mukanya seperti manusia.

“Beberapa penduduk berkata, lembu itu mungkin dicabul di padang ragut oleh orang yang tidak dikenali. “Kami tidak pasti bagaimana untuk mengebumikannya, sama ada seperti manusia atau menghantarnya kepada doktor untuk memeriksanya,” kata Sebenzile.

Berita mengenai kelahiran ganjil itu turut mengejutkan Datuk Bandar Ukhahlamba, Thulani Sibeko.

“Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai,” kata Sibeko.

Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia.

Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane.

“Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan,” kata Sebenzile. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irisismail 20-9-2014 03:49 PM
This is sad
Quote cowey 20-9-2014 04:01 PM
cam nie rupe nye kalo manusia bernafsu haiwan..

nasib baik lahir2 dah mati..

kalo hidup cam ne la plak..
Quote mattzzx 20-9-2014 05:27 PM
cowey posted on 20-9-2014 04:01 PM
cam nie rupe nye kalo manusia bernafsu haiwan..

nasib baik lahir2 dah mati..

Kalau hidup bagi bapa dia jaga lah.......
Quote ice_sky92 20-9-2014 05:49 PM
Nauzubillah. Dengan lembu pun stim ke bro.
Quote ninja boy 20-9-2014 05:55 PM

takde le iras, mata masih di sisi bukan di depan
93% lembu 7% manusia
Quote hasniey 20-9-2014 06:25 PM
kesian lembu
Quote non.sari 20-9-2014 06:56 PM
ntah ye ntah tak..
jauh nau memikir dorg ni...

nauzubillah la kalo betol...
Quote dubuk 20-9-2014 09:07 PM
bayangkan kalau tangannya berjari manusia
Quote cowey 20-9-2014 09:09 PM
ninja boy posted on 20-9-2014 05:55 PM
takde le iras, mata masih di sisi bukan di depan
93% lembu 7% manusia

erkhhh..

kalo ape yg didakwa tu tak betul, ok lah..

aku ade bace kat india dulu kes manusia main ngn lembu..

pas tu lembu tu diorg hanyut kan ke laut..
Quote AcikLijah 20-9-2014 11:33 PM
sapa yg dakwa lembu tu dirogol? lembu ke tuan lembu?
Quote lan_86 20-9-2014 11:44 PM
tak nampak belah mana rupa manusia
Quote haniryan 21-9-2014 01:09 AM
ada iras will smith mukanya
Quote roblucci 21-9-2014 01:20 AM
Kalau kat India akan disembah
Quote chazey 21-9-2014 02:07 AM
Gen manusia dengan lembu mana ada serupa sis. Yang paling hampir dekat2 nak sama dengan manusia cuma golongan orang utan, beruk gitu. Kalau mahu hasilkan breed manusia dengan hewan kemungkinan potensi berjaya cuma dengan beruk sajalah.

Kasihan lembu ini difitnah mangsa rogol padahal mungkin mangsa mutasi gen saja.
Quote bunuhdiri 21-9-2014 03:31 AM
haniryan posted on 21-9-2014 01:09 AM
ada iras will smith mukanya

will smith? sama tak?
Quote bunuhdiri 21-9-2014 03:38 AM
chazey posted on 21-9-2014 02:07 AM
Gen manusia dengan lembu mana ada serupa sis. Yang paling hampir dekat2 nak sama dengan manusia cuma ...

komen bijak berisi ilmu. kemungkinan lembu ni hanya dilahirkan cacat. hanya orang low educated jer yang percaya perkara tahyul, kerana mereka tak ada ilmu.

kalau mereka fikir iras2 manusia, maka manusialah depa nampak. kalau  mereka fikir iras2 alien, maka depa akan kata pulak lembu tu dari angkasa lepas. kalau mereka kata ia kerana sumpahan, maka sumpahan la depa kata.

anda adalah apa yang anda fikirkan.
Quote bunuhdiri 21-9-2014 03:41 AM
chazey posted on 21-9-2014 02:07 AM
Gen manusia dengan lembu mana ada serupa sis. Yang paling hampir dekat2 nak sama dengan manusia cuma ...

bagi mereka yang tiada ilmu photoshop pula, mesti mereka yg not educated akan kata gambar di bawah ni adalah sumpahan puaka atau JIN YANG MELAHIRKAN MANUSIA BERMATA MULUT :


Quote alphawolf 21-9-2014 07:51 AM
Lembu cacat...tu aje takde kena mengena dirogol manusia
Quote indras 21-9-2014 08:59 AM
kata anak lembu tu dah mati...tapi tgk gambo berdiri elok jerk...ade sesuatu di situ

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.054184 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top