CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Bob Lokman Kini Peniaga Warong Menu Kelantan

26-9-2014 05:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13375| Komen: 71

Description: Abang Bob Lokman, Kini, Gigih Mengusahakan Warong Menu Sarapan Pagi Selera Kelantan Di Kuang Yang Mula Dibuka Seawal 6:30 Pagi Hinggalah Ke Jam 11 Pagi Untuk Melayani Para Pelanggannya.
BOB LOKMAN & ‘WARONG SARAPAN PAGI MENU KELANTAN’NYA 


Bob Lokman meninggalkan dunia hiburan setelah berhijrah. Untuk menyara kehidupan, sekarang beliau melakukan sesuatu yang berbeza.

Seorang rakannya berkongsi di dalam FB tentang punca pendapatannya sekarang.

Kami mengucapkan tahniah kepada Abang Bob dan semoga dilapangkan rezeki dan diluaskan rahmat dan diberi kehidupan penuh barakah. InsyaAllah.



Setelah dimaklumkan bahawa dari segi hukum, dia masih boleh berlakon atau seumpamanya dengan menjaga batas-batas syari’at untuk mencari rezeki, abang Bob Lokman masih mahu meninggalkan dunia itu.


Bimbang, kalau-kalau tidak dapat menjaga hubungannya dengan Allah, abang Bob Lokman, sanggup meninggalkan dunia lakonan dan lain-lain yang bersangkutan; yang menjadi sumber pendapatannya selama ini.

Abang Bob Lokman, kini, gigih mengusahakan Warong Menu Sarapan Pagi Selera Kelantan di Kuang yang mula dibuka seawal 6:30 pagi hinggalah ke jam 11 pagi untuk melayani para pelanggannya. BUKA SETIAP HARI, KECUALI JUMAAT.

Masakannya, tidak usahlah diragui. Kita dijanjikan rasa enak dan kepuasan, apabila menikmati hidangan yang disediakannya itu.
Semua dijemput, memberikan sokongan kepada abang Bob Lokman di dalam usahanya mencari rezqi yang halal bagi menyara anak-anaknya yang sebahagian besar, masih kecil.

Warongnya, di tepi jalan sahaja. Jika dari simpang 3 Sungai Plong (dekat Balai Polis), berada di sebelah kanan selepas beberapa kilometer. Jika dari simpang 4 Kuang, berada sebelah kiri, juga selepas beberapa kilometer. Warong abang Bob menyewa di warong cendol; ‘ILIN CENDOL HOUSE’.






Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ernniey 21-9-2014 09:34 AM
Oohhh...ada nampak last week...tp xberkesempatan lg nk try...nampak mcm ramai jgk customer
Quote encikWawad 21-9-2014 09:49 AM
semoga berjaya - kalau sesapa dah try - share la sedap ke idok
Quote leftrani_kel 21-9-2014 09:53 AM
alhamdulillah..semoga berjaya
Quote soraya 21-9-2014 09:58 AM
good luck abg bob....kehkehkeh
Quote putehkundor 21-9-2014 10:02 AM
Gud luck adek Bob...kehkehkeh
Quote batman_2007 21-9-2014 10:04 AM
This is the life
Quote hatiungu 21-9-2014 10:50 AM
Have to try after this

Good luck abg bob..insyaAllah dipermudahkn oleh-Nya..
Quote malaywood.NET 21-9-2014 11:05 AM
semoga berjaya.. amin.
Quote mesmerize 21-9-2014 11:47 AM
oklah tu janji rezeki halal
Quote Keenah 21-9-2014 11:48 AM
semoga sukses dalam bisnes
Quote alahai 21-9-2014 11:53 AM
dia cucu kepada Tok Kenali kan?
Quote anwarnuwa 21-9-2014 12:42 PM
bukan calang2 org sanggup tinggalkan hidup mewah...tolak semua tawaran and then tinggalkan dunia hiburan. respek abang bob
Quote sepitsiput 21-9-2014 03:16 PM
Bob lokman the legend... penulis lirik yg pling puitis.. pelawak yg pling make sense
Quote chinta89 21-9-2014 04:30 PM
nasi kerabu ade dop?
Quote espri6006 21-9-2014 04:34 PM
Nasi Kerabu Isabela.....meh meh.
Quote idril 21-9-2014 04:42 PM
Bagus la meniaga cari duit dari sibuk berpolitik ke hulu ke hilir
Quote bambimo 21-9-2014 04:42 PM
Dia still lg boleh cipta lirik2 nasyid ketuhanan kan...asalkn tak melalaikn...iols tringt lirik Pada Syurga Di Wajahmu...kalo xsilap iols tulisan dia....

Apa pun bidang yg dia pilih di doakn yg trbaik..drpd dia masuk politik....so unhealthy...
Quote nadieya 21-9-2014 04:47 PM
good luck uncle bob...
lama x lepak sama sejak sakit hari tu
Quote CrowneGlory 21-9-2014 04:47 PM
X kisah la warung ke, politik ke atau retis pun kalau betul jalan nya .. Elok je

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.156649 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top