CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Fizz Fairuz Dilantik Duta Ubat Kuat

26-9-2014 05:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11157| Komen: 47

Description: Tambah Fizz, Sikiap Berfikiran Tidak Terbuka Dengan Produk-Produk Tenaga Batin Juga Membuatkan Ramai Yang Tidak Tahu Mengenai Informasi-Informasi Yang Membabitkan Masalah Hubungan Kelamin Suami-Isteri ...

Fizz Fairuz Dilantik Duta Ubat Kuat




PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz meminta masyarakat agar tidak mengkritik mana-mana selebriti yang diberi peluang menjadi duta produk ubat penambah tenaga batin.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 35, berkata, masyarakat perlu bersikap terbuka mengenai informasi ubat atau makanan tambahan yang berfungsi untuk membaik pulih hubungan kelamin suami-isteri.

"Baru-baru ini saya telah dilantik untuk menjadi duta sebuah produk ubat tenaga batin bersama isteri, Almy Nadia.

"Ada yang memberi komen positif tetapi kebanyakannya mengutuk. Tetapi saya tidak kisah, kerana itu adalah rezeki kami, tidak kiralah apa produk sekalipun. Buat apa nak malu?

"Cuma sepatutnya mereka perlu bersikap terbuka berkenaan perkara ini kerana ia juga berinformasi kepada mereka terutamanya yang sudah berkahwin," katanya kepada mStar Online.

Tambah Fizz, sikiap berfikiran tidak terbuka dengan produk-produk tenaga batin juga membuatkan ramai yang tidak tahu mengenai informasi-informasi yang membabitkan masalah hubungan kelamin suami-isteri.

Sementara itu, Fizz berkata, dia bukan sahaja peka terhadap kesihatan dalaman badan tetapi juga seorang yang prihatin terhadap penampilan diri.

"Kalau nak tahu, saya seorang lelaki yang peka terhadap penjagaan kesihatan dan penampilan. Untuk makanan tambahan sahaja, macam-macam saya ambil.

"Apatah lagi soal penampilan, saya akan pastikan imej saya sentiasa kemas walaupun mahu melepak dengan rakan-rakan di kedai kopi.

"Ini kerana, aktiviti harian saya di luar jangkaan. Elok-elok tengah lepak, tiba-tiba saya mendapat panggilan untuk pergi ke sebuah mesyuarat pula. Kiranya saya perlu sentiasa bersedia," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fizz baru saja selesai penggambaran telefilem Lagenda Long Piah  bersama syarikat produksi Skop Production.


4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 23-9-2014 06:10 PM
Tak apa lah...itu rezeki diaa....
Quote drivethru 23-9-2014 06:17 PM
Rezeki anak.....
Quote NHolmes 23-9-2014 06:32 PM
@kakikuDibibirmu sila komen hehehe

Rezeki ambik jela
Quote dubuk 23-9-2014 07:11 PM
penambah tenaga batin yang paling bagus ialah workout bersenam

mu rajin buat, stamina bertambah

perform pun bagus
Quote tomet05 23-9-2014 09:34 PM
awummmmmmmmmm
Quote September14 23-9-2014 09:42 PM
Iols ada jual vimax ori, murah aje.. Leh pm
Quote setokinpurple 23-9-2014 09:45 PM
Mcm lawak.. Tp bukan ke benda ni ramai jantan2 cari
Quote makneng 23-9-2014 10:56 PM
Tahniah la pis pairus
Quote anis01 23-9-2014 11:33 PM
janji rezeki halal
cuma berpada lah dalam beriklan
perlu ke pic yang double meaning
( x ada niat kutuk mana iklan pun)
Quote melinda_kerr 23-9-2014 11:44 PM
Ok kot.. Nnti klau tak kuat jgn kata dibomohkan org pulak.. Statement harus artis Malaysia
Quote skymania 24-9-2014 12:34 AM
tak mati cepat ker ubat kuat neh?
Quote skymania 24-9-2014 12:34 AM
tak mati cepat ker ubat kuat neh?
Quote 4cupcakes 24-9-2014 12:42 PM
mungkin pihak syarikat berminat amik pis pairus lepas tgk performance almy yg terus bunting pelamin tu.. kahkahkah
Quote callance 24-9-2014 01:36 PM
rezeki dier... ok je..
Quote ninjago 24-9-2014 01:39 PM
ala... nape bukan FK
Quote bambimbom 24-9-2014 01:45 PM
Almy hanya tersenyum bahagia.. poyo je ckp nk g meeting.. mcm ko keje best2 je...
Quote nashrudean 24-9-2014 01:47 PM
ok la drpd amik Fahrin jd duta power root...
Quote hanie_z 24-9-2014 01:57 PM
ok la tu, kutip aje rezeki depan mata..
si almy pun bunting pelamin, tu yang syarikat ni amek jd duta.
xkan la nak amek kuan 2min plak kan ye doookkk..?? kikikiki
Quote offwhite 24-9-2014 02:29 PM
rezeki anak tu fizz...nak try ambik obat kuast ni...ok ke x....huhu...

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.062323 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top