CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Terkejut Bil Air Cecah Rm4,000

29-9-2014 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6862| Komen: 41

Description: Warga Emas Itu, Tumpang Mihat, 61, Berkata, Caj Berkenaan Tidak Masuk Akal Langsung Kerana Sebelum Ini Hanya Sekitar Rm15 Hingga Rm25 Sebulan.
Terkejut Bil Air Cecah Rm4,000

Tumpang menunjukkan bayaran bil air berjumlah RM4,223.30.< 1 / 1 >


PALONG - Seorang warga emas yang juga peneroka Felda Palong Satu di sini, terkejut apabila menerima bil air yang mencecah RM4,223.30 bagi bulan Ogos lalu.

Warga emas itu, Tumpang Mihat, 61, berkata, caj berkenaan tidak masuk akal langsung kerana sebelum ini hanya sekitar RM15 hingga RM25 sebulan.

“Mustahil dalam tempoh sebulan penggunaan air boleh mencecah lebih RM4,000 kerana hanya tiga orang sahaja yang tinggal di rumah ini.

“Saya terima bil air ini pada 18 September lepas. Kemudian saya segera membuat aduan kepada Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), secara lisan, namun sehingga ke hari ini belum ada maklum balas positif,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Tumpang berkata, dia yang menetap di tanah rancangan Felda berkenaan sejak 39 tahun lalu tidak pernah menerima caj setinggi itu walaupun ketika mengadakan majlis keramaian.

"Kalau buat kenduri kahwin sekalipun, cajnya tidaklah setinggi itu iaitu sekitar RM100 ke bawah. Manakala setakat ini, tiada pula paip pecah dekat rumah ini.

"Jumlah caj ini seolah-olah saya perlu bayar untuk caj sebulan untuk seluruh penduduk kawasan Felda Palong Satu ini,” katanya dengan nada kecewa.

Sementara itu, menurut Penolong Pengurus Unit Korporat Sains, Norzita Ismail, pihaknya sudah mengambil tindakan dengan mendaftarkan aduan pengadu.

"Aduan yang didaftarkan ini penting untuk memastikan aduan berkenaan dapat diatasi dalam kadar segera. Punca-punca bil pengadu meningkat akan disiasat melalui pelbagai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 26-9-2014 01:18 PM
ada paip bocor ni agaknya..
takut tak perasan.
Quote shernazz 26-9-2014 01:25 PM
Saya syak ramai yang menumpang mandi dan membasuh dirumahnya
Quote clarizsa 26-9-2014 01:29 PM
uish... teraniaya... bil air cam guna untuk penuhkan kolam je...

ade x kolam ape2 kt blkg umah pakcik tu??
Quote bellaa 26-9-2014 01:31 PM
bertabah lah pakcik.. dunia memang zalim..
Quote kentel 26-9-2014 02:17 PM
bellaa posted on 26-9-2014 01:31 PM
bertabah lah pakcik.. dunia memang zalim..

donia tak zalim..ummah nya zalim...hiks..
Quote menjad 26-9-2014 02:30 PM
Oghang kmpg den ni...
Quote CiliPadiSedap 26-9-2014 02:44 PM
ni pakai meter plastik murah ke? awat laju sgt bacaan meter air. kalau pakai meter besi mmg lambat bacaan air
Quote famri7 26-9-2014 02:49 PM
Saya syak ada ummah pprt felda cilok air beliau..pastu basuh kain lama2....sambil mngompat nikmat.
Quote mawarika 26-9-2014 02:52 PM
Rumah I pun  pernah kena 3k. Paip pecah bwh tanah. Bayar je la bising2 pun tak guna. Ckp dlm kawasan rumah.
Quote batmana 26-9-2014 03:42 PM
meter rosak le..
Quote haryatie 26-9-2014 03:50 PM
giler...sebulan byk tu..
teraniaya sungguh..kena bayar jugak ker..
Quote zafira 26-9-2014 04:03 PM
ala pakcik ni.... pi lah komplen kat SAINS tu dulu.... tengok apa dia orang cakap...kalo suh bayo jugak barulah komplen kat paper.... nak publisiti lah tu....
Quote Artemesiaa 26-9-2014 04:11 PM
Kalau meter rosak baru dia orang akan buat penyelarasan ikut bill bulanan.  Masaalahnya kalau paip rumah sendiri yang rosak/ada kebocoran memang kena mebayar le jawabnya.  Elok gi panggil plumber mintak tolong check sama.
Quote leni 26-9-2014 04:14 PM
paip bawah tanah tu bocor pakcik....tak de org nak buat aniaya kat pakcik pun
Quote bangcak 26-9-2014 04:26 PM
belajar2 le bayar lebih sket sementara nunggu GST
Quote nh83 26-9-2014 04:30 PM
bertabahlah pakcik...macam2x daa..
Quote Parit.Hilton 26-9-2014 04:33 PM
member aku duduk kg baru. lepas tukar meter baru, bil air dia rm400++. selama ni lebih kurang rm20 je.

bila cakap dengan Syabas diorang kata, tak boleh buat apa. kena bayar gak 400 tu.
Quote Vellfire 26-9-2014 04:38 PM
sama ada paip bocor or ader org curik ala2 tumpang guna air
Quote GhostWalking 26-9-2014 04:39 PM
Mungkin pakcik tak sedar makcik dah buat swimming pool kat belakang rumah saiz olimpik

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.055188 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top