CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Bank Rugi Rm30 Juta, Sistem E-Mel Digodam

30-9-2014 09:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8273| Komen: 49

Description: "Bagaimanapun Setelah Diperiksa Kembali Dengan Pelanggannya Itu Selepas Membuat Pembayaran, Bank Tersebut Dimaklumkan E-Mel Itu Bukan Daripada Syarikat Terbabit," Katanya Ketika Dihubungi Di Sini ...
Bank Rugi Rm30 Juta, Sistem E-Mel Digodam


KUALA LUMPUR 29 Sept. - Sebuah bank yang beroperasi di Labuan, mengalami kerugian sebanyak kira-kira AS$9 juta (RM30 juta) setelah membuat pembayaran kepada sindiket penipuan menerusi e-mel.

Timbalan Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, kejadian berlaku apabila bank tersebut menerima satu e-mel daripada pelanggannya yang merupakan sebuah syarikat minyak dan gas untuk membuat pembayaran kepada dua buah akaun syarikat berpangkalan di Hong Kong dan Kemboja.

"Disebabkan yakin e-mel tersebut daripada syarikat sebenar, bank tersebut telah membuat sebanyak tujuh transaksi kepada dua akaun syarikat itu dengan jumlah sebanyak AS$9 juta.

"Bagaimanapun setelah diperiksa kembali dengan pelanggannya itu selepas membuat pembayaran, bank tersebut dimaklumkan e-mel itu bukan daripada syarikat terbabit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Kamarudin berkata, siasatan awal mempercayai sistem e-mel bank tersebut telah digodam oleh sindiket.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang melakukan siasatan bagi mengesahkan kesahihan e-mel tersebut serta turut bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan dua buah akaun milik syarikat di Hong Kong dan Kemboja tersebut.

"Setakat ini, suspek kita ialah pemilik dua akaun terbabit dan polis menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) bagi menyiasat kes ini," ujarnya.


7

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote carly_lah 30-9-2014 09:04 AM
makin tere penjenayah sekarang.... moga cepat dapat hukuman
Quote mitnick 30-9-2014 09:05 AM
bank mn nie? bahayanya
Quote ultra78 30-9-2014 09:09 AM
Hantar e-mail aje minta transfer duit. Mudahnya. Nak cuba jugalah

Quote fifie_olin 30-9-2014 09:15 AM
slalu aku dpt emel drp 'mb2u' soh update acc bagai...
aku bc title trus delete...
penh kwn aku dpt emel mcm ni...dia pon update la bagai ..
amek ko ..zero dlm acc...padehal br je dpt gaji
Quote batmana 30-9-2014 09:22 AM
fifie_olin posted on 30-9-2014 09:15 AM
slalu aku dpt emel drp 'mb2u' soh update acc bagai...
aku bc title trus delete...
penh kwn aku dpt ...

kwn tu jenis org tk alert ngn berita.
sedangkan berbuih website m2u kata jgn klik cmtu..

baik dia batalkn acct m2u je, pi beratur cm 100 tahun lalu klu nk kuarkn duit..
Quote ladyxez 30-9-2014 09:37 AM
Bank kena verify dulu dgn signatories sblm buat aoa aoa trx even salary pymt pun kena verbally confirm and verify docs n signature etc in ordet dulu
Thru email takkan layan without any supporting yg diyakini Last edited by ladyxez on 30-9-2014 09:39 AM

Quote honeybee1802 30-9-2014 09:39 AM
fifie_olin posted on 30-9-2014 09:15 AM
slalu aku dpt emel drp 'mb2u' soh update acc bagai...
aku bc title trus delete...
penh kwn aku dpt ...

Emel dr bank bese bila ada reansaction jahh...takde nak kenee kelik2 link....yg klik2 link tu mmg scam...cer tgk betul email sender tu....
Itu yg menerima emel n execute the action harus la disiasat rapiii...takkan nak kuar duit juta pakai emel jah?
Quote biosfree 30-9-2014 09:41 AM
Peh..


Genius....

Siap la semua.....mrk ni fulltime mengkaji cara2 nk rompak
Quote myvios 30-9-2014 09:41 AM
bank pon boleh tertipu...
Quote ladyxez 30-9-2014 09:42 AM
AMLA dan offshore ibarat irama dan lagu
Quote Mulan 30-9-2014 09:43 AM
kifarah utk bank yg mengenakan riba?
Quote idril 30-9-2014 09:43 AM
bank ni tak buat reconfirmation thru phone kah? slalu bank akakn call kompeni aku utk pengesahan before buat transaction
gila la, dari email jer boleh yakin transfer duit......
Quote blackred99 30-9-2014 09:45 AM
bangang gila, bank apa yg macam ni? 9 juta tu mintak pakai emel jah? ni offshore bank kot. kes ni lebih dari penipuan daripada money laundering.
Quote prettyuglybabe 30-9-2014 09:54 AM
amboi.. kita ni punya la kena ada surat, cukupkan signatory bla bla bla.. kat sana boleh pakai email je?? bagusnya bank kat labuan ye
Quote atira 30-9-2014 10:01 AM
ke.. orang kat bank tu salah sorang mastermindnye?
Quote jengkoil 30-9-2014 10:03 AM
Masak laa bank officer yang terlibat nga transaction tersebut. .
Quote kecimpret 30-9-2014 10:04 AM
fifie_olin posted on 30-9-2014 09:15 AM
slalu aku dpt emel drp 'mb2u' soh update acc bagai...
aku bc title trus delete...
penh kwn aku dpt ...

seblum aku delete, aku maki hamun dulu sender emel tu
Quote AHMADVW 30-9-2014 10:06 AM
kes terpencil
Quote rosasa 30-9-2014 10:23 AM
bank apa agaknya

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.066762 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top