CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Apa Hak Google 'Skodeng' Rumah Anda?Dan Cara Mengatasinya

7-10-2014 02:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15951| Komen: 99

Description: Dalam Tinjauan Google Street View Tersebut, Sangat Jelas Kebanyakan Kawasan Perumahan Yang Bukan Apartmen Jelas Dirakam Dalam Kamera Yang Boleh Mengundang Kepada Pelbagai Perkara Termasuk Kegiatan Jen ...
Google Malaysia secara rasminya mengumumkan Street View, sebahagian dari fungsi Google Maps yang memaparkan gambar sebenar tempat di dalam peta, kini boleh mula digunakan di Malaysia. Usaha ini dimulakan Google Malaysia hampir setahun lalu dengan memandu kereta Street View untuk merakamkan gambar-gambar d Malaysia.






Google menyatakan ia kini menerbitkan hampir 90 peratus imej-imej pemandangan yang didapati disepanjang jalan-jalan di Semenanjung Malaysia,termasuk lebuhraya-lebuhraya utama dan jalan-jalan bertol, jalan negeri, pusat bandar dan kawasan kejiranan. Imej itu juga turut menunjukkan kawasan-kawasan bukan jalan utama (offroad) yang diambil oleh ‘Street View Trekker’ menggunakan sistem kamera diletakkan di beg sandang.



Di kawasan terdapat ‘Street View’, imejnya boleh diakses dengan mengheret ikon berwarna jingga ‘Pegman’ kebahagian sebelah kanan peta, ke atas jalan berwarna biru. Di dalam Google Maps baharu, orang ramai juga boleh mencari destinasi tempatan dan di mana terdapat akses kepada imej Street View dari karusel imej (imagery carousel) terdapat di bawah skrin.



Antara fungsi yang ada pada Street Maps ialah, melihat gambar-gambar berbeza yang telah diambil sebelum ini. Ini kerana kereta Google Street View akan terus memandu dan merakam gambar walaupun ia telah melalui kawasan tersebut, terutama sekali di dalam bandar. Dengan ini, pengguna boleh membandingkan gambar yang dirakam tahun lepas, dengan gabar yang dirakam tahun ini. Google mungkin akan menyimpan gambar di tempat ang sama setiap tahun, jadi pengguna boleh melihat perkembangan atau perbezaan di tempat itu.


Google juga memastikan privasi di Google Maps akan dijaga dengan baik ketika pengguna menggunakan imej Street View ini. Google telah membangunkan teknologi sofistikated yang dapat mengkaburkan wajah manusia dan plat kenderaan bagi menghalang mereka di kenal pasti. Sebagai tambahan, Google juga dapat menunaikan permintaan mereka yang tidak mahu wajah atau imej mereka dipaparkan di Street View dengan menghantar permintaan tersebut melalui “Report a problem” yang terdapat di bahagian bawah kanan Google Maps.


Namun persoalan timbul kerana tentang kebenaran merakam foto terlebih dulu sebelum meminta izin daripada tubuh badan atau pemilik rumah.


Dalam tinjauan Google Street View tersebut, sangat jelas kebanyakan kawasan perumahan yang bukan apartmen JELAS dirakam dalam kamera yang boleh mengundang kepada pelbagai perkara termasuk kegiatan jenayah.


Dari lokasi pintu, pagar, tingkap, jenis kenderaan yang ada dalam kompaun rumah, berapa luas kawasan rumah, beranda dan macam-macam lagi sangat JELAS dipamerkan dalam Google Street View.


Ingin ditegaskan, kita bukanlah menentang teknologi. Sebelum ini, banyak pun khidmat Google yang digunakan tanpa masalah. Cuma seakan ia agak melampaui batas dengan menangkap gambar tanpa keizinan.


Meskipun ada pilihan untuk ‘request’ membuang gambar atau blur tetapi perumpamaannya begini, bayangkan ada orang ambil gambar anda, sebarkannya di internet. Kemudian selepas beberapa lama baru anda perasan gambar anda di internet. Sebagai mangsa, anda pula perlu meminta gambar anda diturunkan. Dalam masa sama, sudah berapa banyak printscreen yang diperoleh berbilion manusia?


Siapa yang memberi kebenaran kepada Google untuk menangkap gambar sesuka hati? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM ke? Adakah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke?


Secara peribadi, Google Street View ini adalah inovasi yang menarik jadi cadangan saya, kalau Google mahu meneruskannya, blur kan saja SEMUA kediaman peribadi atau rumah siap-siap. Kalau anda mahu rumah anda terpampang di internet, barulah request ke Google.

12

Bagus
9

Marah
13

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cruz2 5-10-2014 10:17 PM
Yup..my brother siap clear lg gambar kereta dgn plet no tgh nak masuk parking dlm pagar rumah
Siap gambar 2nd car jiran dia yg park luar rumah pon nampak
Quote alepmama 5-10-2014 10:27 PM
Street view ni kena guna pc je ke..guna phone boleh x
Quote batu kikir 5-10-2014 10:39 PM
Makna "privacy" dah tak de dah.
Everything will be shared by everyone.
Sok2 masuk tandas pun semua nampak "clear".............
Quote Dzeko 5-10-2014 10:43 PM
goodness... google street view ni dah berapa lama exist.. cuma bila sampai kat sakai2 yang kat malaysia ajer yang jadi kecoh..

aku rasa for those yg selalu travel.. google street view ni amat2 berguna sekali..
Quote pittjie 5-10-2014 10:44 PM
tak suka tak suka tak suka! x privacy langsung.
Quote ultra78 5-10-2014 10:50 PM
Senang sikit aku nak cari lokasi tertentu sebelum drive
Quote dualchicks 5-10-2014 10:52 PM
alepmama posted on 5-10-2014 10:27 PM
Street view ni kena guna pc je ke..guna phone boleh x

henpon cap apa ngko pakai kalau phone takleh view...benda nih dan embedded dlm google map...bukan separate software...just add-on jer...
Quote endus 5-10-2014 11:37 PM
ha'ah la ..baru aku perasan ....
jelas betul lokasi rumah aku ni
Quote NeoMatrix 5-10-2014 11:43 PM
ramai nya sakai
Quote Ferr_Remy 5-10-2014 11:47 PM
PPRT sungguh permikiran chuols...
Quote Changa 5-10-2014 11:52 PM
Dzeko posted on 5-10-2014 10:43 PM
goodness... google street view ni dah berapa lama exist.. cuma bila sampai kat sakai2 yang kat malay ...

biasa la sis umma manusia takut dengan perkara yang mereka tidak ketahui.
sementelah lagi ummah melayu sunni yg memang well known sebagai manusia bimbo.
Quote kekure 5-10-2014 11:55 PM
Dunia tanpa sempadan..kalau nak privasi jangan ada Facebook,instagram bagai..
Quote cmf_inquisitor 5-10-2014 11:56 PM
Paranoid betul..
Quote lazim 6-10-2014 12:04 AM
aku sronok satu je.. aku gi melawat balik rmh2 lama aku. mcm2 negeri.hehe. siap ada rmh dh kena roboh. nak melawat sekolah jah xblh. sekolah dlm kem askar. google xblh masuk
Quote chazey 6-10-2014 12:11 AM
Dzeko posted on 5-10-2014 10:43 PM
goodness... google street view ni dah berapa lama exist.. cuma bila sampai kat sakai2 yang kat malay ...

Kan?

Malaysia dan kesakaian berpisah teda.

Benda bagus macam FB pun boleh dipropaganda sebagai dakyah Yahudi melalaikan ummah. Padahal ummah sindri yang lalai takda Yahudi pun boleh tersesat jauh gitu.
Quote Dzeko 6-10-2014 12:18 AM
cruz2 posted on 5-10-2014 10:17 PM
Yup..my brother siap clear lg gambar kereta dgn plet no tgh nak masuk parking dlm pagar rumah
Siap  ...

sure or not? setahu aku google akan blurkan no plet kete lah..
Quote ultra78 6-10-2014 12:41 AM
No plet dan muka google blurkan.Sampaikan muka colonel sanders di KFC pun kena blur. Cumanya kalau gambar itu contributed oleh orang persendirian, kemungkinan besar ia tidak akan diblurkan. Tanggungjawab org yg upload itulah untuk blurkan

Contoh

https://www.google.com.my/maps/@3.127878,101.670402,3a,51.5y,219.18h,85.68t/data=!3m5!1e1!3m3!1smMmE3WAZ_vMAAAQfCMGM3g!2e0!3e11
Quote hanalisa 6-10-2014 01:20 AM
Kalau tempat pelancongan/business area yang jadi tumpuan ramai ok la.
traveller tak perlu kot nak tau sampai depan pagar rumah orang.
Quote ladyxez 6-10-2014 02:49 AM
Rumah i ckear sesangat nya.   Nak cuba suggestion yg 'report a problem"! tu , siap foto org cross jln dpn umah pyn  nmpk

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.271611 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top