CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Emma Maembong Berpurdah Untuk Elak Diserbu Peminat ?

7-10-2014 05:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24877| Komen: 54

Description: Dalam Perkembangan Lain, Emma Baru Sahaja Muncul Menerusi Drama Astana Cinta Aleesa Menerusi Saluan Tv9 Setiap Selasa Dan Rabu Pukul 8.30 Malam.
Emma Maembong Berpurdah Untuk Elak Diserbu Peminat ?

Emma Maembong


PETALING JAYA: Pelakon Emma Maembong berkata dia memakai purdah pada masa-masa tertentu mengikut keselesaannya pada ketika itu.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, bagaimanapun nafi berimej seperti itu di khalayak kerana mahu mengelak daripada diserbu peminat-peminatnya.

"Memang ada masanya saya berpurdah. Saja seronok nak cuba dan ia terpulang pada mood ketika itu.

"Saya tahu ada yang kata saya berpurdah kerana mahu elak daripada dikenali peminat. Taklah, mana ada. Memandangkan saya baru sahaja bertudung, jadi saya seronok mencuba pelbagai fesyen tudung untuk melihat kesesuaian," katanya kepada mStar Online.

Emma berkata demikian bagi mengulas dia kerap kelihatan berpurdah di tempat awam baru-baru ini.

Selain itu dia turut memuat naik beberapa keping gambar berpurdah ketika berada di kawasan umum di Instagram.

Emma Maembong mengakui berpurdah pada masa-masa tertentu.

Sementara itu, tambah Emma, walaupun dia berpurdah, ada juga beberapa peminat masih mengenalinya dan ingin bergambar bersama.

"Terkejut juga peminat datang menyapa 'Emma Maembong kan? Nak ambil gambar boleh?'. Kata mereka, saya boleh dikenali menerusi mata sahaja walaupun berpurdah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Emma baru sahaja muncul menerusi drama Astana Cinta Aleesa menerusi saluan TV9 setiap Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam.

Selain itu, Emma turut sibuk menjalani beberapa penggambaran drama lain.

Kata kekasih pelawak Zizan Razak itu, dia bersyukur, walaupun sudah bertudung sejak dua bulan lalu, dia masih lagi menerima tawaran lakonan seperti biasa.

"Selama ini saya fikir, jika bertudung, rezeki lakonan mungkin akan terbatas, tetapi Alhamdullilah, saya masih lagi mendapat pelbagai tawaran lakonan. Semoga rezeki lakonan ini berkekalan InsyaAllah.

"Dalam pada itu, perniagaan tudung saya iaitu Hijab by Emma Maembong turut mendapat sambutan. Ada juga merancang untuk perluaskan lagi perniagaan, tengok dulu macam mana," tuturnya.

5

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cemolot 7-10-2014 01:05 AM
bukan nak buruk sangka..tapi di sudut hati iols, iols rasa dia ni tak ikhlas nak bertudung..entahlah..

mungkin hati iols tak berapa bersih kot
Quote makadek 7-10-2014 01:54 AM
memey pong x iklas..dok sehgo doh
Quote drivethru 7-10-2014 04:32 AM
Nak cover air mani kat muka ke?
Quote cmf_premierleag 7-10-2014 05:41 AM
Gedik je dia ni...pakai tudung sbb nak jual tudung je
Tp perangai tetap mcm bohsia
Quote makton 7-10-2014 07:34 AM
maaf la, aku rasa dia & felixia mmg sesuatu sgt.... hrp diorg berubah kerana Allah.
Quote toteng 7-10-2014 07:36 AM
Ni bertudung kerana fesyen semasa ker?
Quote doubleA 7-10-2014 07:37 AM
Macam suka main2 dengan imej islam pulak. Sebab fesyen ke?

Sedih la kalau macam tu. Harap betul2 berubah la nanti.

Ketara sangat nampak nak main2nya.
Quote hzln 7-10-2014 07:44 AM
kalu berpurdah tapi masih gedik berselfie hadap pujian oram, lupakan saja
yang penting akhlak ko tuh, bukan berkelubung napok mato duo butir kelip2
Quote mamaal 7-10-2014 07:53 AM
Rupa cantik dah..bior le perangai join skali
Quote honeybee1802 7-10-2014 07:57 AM
Another abby?
Quote haisanor 7-10-2014 08:08 AM
sejak bila minah ni bertudung.. ku tidak tahu bermakna bkn peberet i ler tu. baguslah tp hati mau ikhlas la ya..
Quote rosasa 7-10-2014 08:24 AM
bila masa pulak dia permanent bertudung?
Quote mrsav 7-10-2014 08:47 AM
kann...dia nie on off je bertudung..
Quote kakJOYah 7-10-2014 09:03 AM
kalau dah bertudung pun on off, yg pi berpurdah tu buat apa..?
mcm nak menunjuk2 je, x nampak keihklasan di situ..
abby yg berpurdah tu pun dah bukak nokks..
Quote mizzmimi 7-10-2014 09:07 AM
Mata dia kaler apa ek.. Biru ke..
Quote rosevelvet 7-10-2014 09:11 AM
iols merasakan dia berpurdah lebih kepada mahukan privacy. dia ni betul dh btudung ke?
Quote AshkieLa 7-10-2014 09:27 AM
aku kureng gemor kalo tengok orang main2 bab tudung ni. Tudung sebagai fesyen...jubah sebagai fesyen... design jubah pun skang ni byk yg ikut shape ngan material kain melekat kt badan. Kat opis aku ni, ramai yg pakai bila tngok dr belakang nmpak garis spender...especially kalo kaler terang2... duhhhh
Quote aderaderker 7-10-2014 09:44 AM
Pakai ikut mood??
Habeh kalau ari tu mood nak pakai skirt pendek lagu mano??
Quote azie.dz 7-10-2014 09:46 AM
cemolot posted on 7-10-2014 01:05 AM
bukan nak buruk sangka..tapi di sudut hati iols, iols rasa dia ni tak ikhlas nak bertudung..entahlah ...

kannn

i pon rasa mcm tu...mcm suka2 aku pakai..tak suka aku tak pakai...

somethg wrong with her!!

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.067660 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top